Showing posts with label free trip. Show all posts
Showing posts with label free trip. Show all posts

06 September 2017

GOLD COAST TRIP 2017 | KLIA-CHANGI AIRPORT

Assalamualaikum. Entri kali ini Yong ingin berkongsi pengalaman Yong ketika melancong ke Gold Coast Australia. Alhamdulillah ini pakej melancong yang ke-11 Yong bersama Sahajidah Hai-O Marketing. Of course masih rasa teruja dan tak sabar nak sampai ke Gold Coast.


Last time Yong ke Gold Coast pada tahun 2014 dan sudah tentu banyak perubahan pada tahun ini bukan?


So macam biasa, bila semua kelengkapan dah ready. Perkara yang Yong tak boleh ambil ringan iala bab internet connection. Penting sangat tau! Bukan je sebab nak contact client atau nak share info untuk kawan-kawan di Malaysia, tapi nak memudahkan Yong untuk contact family dan anak. Ye la kan. Ini kali kedua Yong berjauhan dengan Aisyah Amani untuk ke luar negara. Dulu kali pertama semasa Yong travel ke Beijing.


Untuk kali ini, Yong masih menggunakan khidmat telco Digi untuk kegunaan Yong di Australia. Tambah pula ada promosi untuk roaming. Rm25 sahaja charge untuk kegunaan 2GB internet dan juga 30 minit telefon selama 3 hari. After 3 hari yong tambah sahaja lagi kuota. So total Rm50 sahaja untuk kegunaan Internet dan panggilan telefon Yong di Australia>



Di Australia, Yong pilih network Telstra. 




Yong pilih pakej Rm25 untuk 2GB. 




Alhamdulillah, tiada cas tersembunyi. Line okay dan internet sangat laju. Memang puas hati sangat. Selalunya sebelum travel memang Yong akan check dulu info untuk kegunaan internet di luar negara. Untung kali ni sebab ada pakej pula. So dapatlah berjimat kan?


Cara nak ON kan pakej tu ialah
- Sampai je Australia. Tunggu dulu line Telstra muncul. 
- Sebelum tu, Off dulu mobile data dan roaming.
- Tekan *800# dan pilih yang yang bersesuaian.
- Setelah terima SMS. boleh On data dan roaming. Selamat menggunakan internet.

 Jom sambung baca cerita Yong.

 I
Ini sebahagian dari ahli bus kami nanti. Sama-sama naik flight as a group. Otai-otai hebat ni tau. Pakar dalam bisnes dan sangat berpengalaman. Untung Yong dapat berjumpa mereka. Dapat belajar banyak perkara baru.


Masa ni malu-malu kucing lagi sebab tak kenal mereka lagi. Lepas dah sampai Australia. Terus okay ajer hehe



Pose di tempat wajib setiap kali nak travel luar negara haha



Kali ini, Yong berpeluang sekali lagi untuk naik Singapore Airlines. Best tau. Sangat selesa dan paling penting. Makanan sangat sedap :p





Boarding time! apa pun ambil gambar dulu. Time ni muka berseri lagi. Maklumlah baru nak gerak kan? Kami akan transit di Changi Airport dulu sebelum meneruskan 7 jam perjalanan ke Brisbane.



Trip kali ini Yong bersama CDM Shaliza dan Ddm Olyn. Cdm Ain tak dapat follow bersama kerana masih dalam pantang. Rindu pulak kan :)




My travel buddy since 2012. Mana je mak pergi I tetap follow okay.



KLIA ke Changi Airport hanya ambil masa lebih kurang 50 minit. Sekejap sangat. Tak sempat apa pun dah sampai hehe. So sampai je airport kami ambil masa lebih kurang 2 jam untuk transit. Dapat 1 kupon untuk kegunaan dalam airport yang bernilai 20 SGD. Banyak la tu kan?


Time ni kami tak guna lagi kupon ni sebab bergegas ke next terminal. Besar juga terminal kat sini. sampai confius kami. hehe So we decided untuk guna this coupon time balik ke sini semula.


Walaupun lapar, tahan jela sebab tahu masuk je flight karang akan dapat makan & I love makanan dalam flight soo much :p



Time to boarding. "May I check your passport madam"

:)



Tara! Banyak sangat makanan kan? Sesuai sangat hidangan ni untuk orang yang kelaparan macam kami ni. Makan sampai tak larat nak habiskan. Lepas tu belum sempat nak hadam makan, diberinya pula aiskrim magnum. Fuh! terpaksa la tolak sebab terlalu kenyang.


Yong suka betul la nasi goreng udang ni. Perfect! My taste gitu. yums!


Mula la rindu nak travel lagi hehehe



Okay cukup untuk entri kali ini. Jangan lupa nantikan entri Hari Kedua pula okay. Stay tune


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


13 April 2017

GRAB OPPORTUNITY TO TANGALOOMA ISLAND, GOLD COAST AUSTRALIA FOR FREE

Melancong ke luar negara boleh buatkan hati kita damai kan? fikiran pun tenang dan rasa perasaan ni happy jer.


Tambah pula kalau dapat melancong ke luar negara bersama keluarga tersayang. Fuh! satu memori yang tak dapat kita nak lupakan sepanjang hidup.


Siapa pernah ke Australia? cer angkat tangan hehe. Yong pernah ke Gold Coast, Australia pada tahun 2014. Entri trip tu u all boleh tengok di sini --> Travelog Gold Coast, Australia 2014


InsyaAllah this year Yong akan ke Australia lagi buat kali kedua. Paling best sekali ianya PERCUMA! Ye betul, percutian percuma untuk kali kedua. MasyaAllah punyalah best kalau dapat melancong free ke merata dunia. Yong hanya perlu bawa duit shopping ajer.


Next trip kami akan di bawa ke beberapa tempat menarik seperti gambar di bawah.



Dapat peluang bagi makan kat Ikan Dolphin.






Dapat main di taman tema Dreamworld. Sebelum ni kami dah ke Movie World. puas juga main roller coaster. cuma next trip ni masih berfikir nak main roller coaster atau tak. Dulu muda lagi, now rasa seram pula nak naik permaianan begitu. Mungkin join CDM Ija pegang handbag kawan-kawan jelah hehe



Wah! ni paling excited! nak tengok ikan paus menari-menari di tengah laut sambil naik cruise mewah. aduh best nya! sebelum ni Yong tengok ikan paus dalam televisyen je tau. Tak sangka akan dapat peluang macam ni.



Last but not least, Shopping tu wajiblah kan. Alang-alang dah ke negara orang mestilah nak beli something special. Kami akan ke Pacific Fair iaitu sebuah mall bertaraf dunia yang baru dibuka di Gold Coast. wow! tak sabar nak ke sana tau.






Moga perancangan Yong berjalan lancar.Doakan Yong sukses ya kawan-kawan. Kalau ada yang berminat nak sertai free trip ke Gold Coast Yong sudi nak share tips how yong buat business ni. Follow je cara betul InsyaAllah hasil pun bombastik.

Contact me okay! See ya :)

Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

04 April 2016

OSAKA, KOBE, KYOTO 2016 | KLIA - HONG KONG - KANSAI

Assalamualaikum pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog Yong ye. Buat pertama kalinya setelah sebulan lebih balik dari Japan baru kini Yong berpeluang untuk update tentang my travelog ke Jepun selama 6 hari 4 malam. 


Syukur ke hadrat Ilahi, rasanya ini kali ke 9 Yong melancong secara percuma dengan syarikat Sahajidah Hai-O Marketing. Tak pernah puas melancong secara percuma ni tau sebab semua FREE belaka. dari flight, hotel, pengangkutan semasa melancong hinggalah bab makanan setiap hari semua FREE, 5 bintang dan service yang sangat terbaik!!


So cerita kita kali ni seperti biasa kita start from KLIA la ye. Perjalanan kami bakal mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih. Flight kami ni Yong berpeluang transit di Hong Kong. Yong tak pernah lagi sampai ke Hong Kong sebelum ni maka dapat transit di airport dia je pun dah rasa seronok sangat tau :)


Perjalanan kami dari KLIA ke Hong Kong Airport bermula pada pukul 5.55 pm . Tapi sebelum ni kami dah berkumpul seawal 3 pm lagi di sana.



Muka happy + excited nak travel. Buat pengetahuan semua trip kali ni Yong travel dengan kandungan 5 Bulan. Alhamdulillah semua baik-baik aja. 



 Suami-suami yang menghantar isteri kecuali yang pegang kamera tu, DSM Ezam. Beliau turut serta dalam trip ke Jepun kali ni. My husband, Abg Halim awal lagi dah balik ke rumah. Beliau hantar sampai pintu airport sahaja hehe sampai hati kan? tapi lebih elok rasanya kalau tak karang ada yang drama air mata sebabak di airport :p







Geng travel since 2012.. muka senyum lebar je semua. 




Dalam flight dapat duduk dekat-dekat. Selesa sikit nak tidur kan? hehe So this time Yong travel menaiki flight Cathay Pacific. Alhamdulillah selesa sangat.




Sampai je airport Hong Kong semua terus On WIFI. nak check-in la kan. walaupun dah malam. mata dok celik je lagi ni. hari pertama ofcourse tak selera nak tidur lagi haha





Airport Hong Kong sangat-sangat besar dan luas. Sampai lenguh we all berjalan. Rasanya ada lebih 500 pintu untuk berlepas. Bayangkan! Kedai-kedai juga banyak. terdapat ruang surau untuk solat tapi disebabkan trip kami terlalu ramai maka tak muat semua orang nak solat dalam surau tersebut. Jadi kami solat di luar sahaja. 

Best juga airport ni, banyak kedai menarik tapi tak sempat nak jenguk semua sebab dah tutup dan masa pun tak cukup hehe



Kami sampai di Kansai Airport lebih kurang pukul 6.15 am.. 

Okay nantikan sambungan travelog ini di next entri. Tempat pertama kami pergi ialah melawat Bandar Kyoto.

Stay tune!

Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

10 March 2016

[ VIDEO ] TOGETHERNESS - OSAKA-KYOTO-KOBE FREETRIP 2016

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah percutian Yong bersama The Diamond Circle team ke Osaka, Jepun. Selain ke Osaka kami juga dibawa ke Kyoto juga ke Kobe. Video percutian kami dah siap. Jom tengok! 

Entry mengenai my trip akan menyusul kemudian ye. Tak sabar nak bercerita. Ada banyak gambar menarik tau! seronok betul bercuti kali ni. Selain dah FREE kami juga dilayan 5 bintang! wehuu! next FREE trip is Beijing. jom follow Yong ke sanaaa...

Apa pun enjoy watching this video okay!



Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

29 January 2016

2016 WILL BE MY YEAR!



Assalamualaikum & Happy New Year :)


wah dah nak penghujung bulan Januari dah pun baru nak wish Selamat Tahun Baru. Amacam dengan azam tahun ni? masih teruskan dengan azam tahun lepas atau gantikan azam yang baru?


Yong setakat ni takda azam nak kuruskan badan macam sebelum ni. Thank You to Geng Diet TDC sebab berjaya merealisasikan impian Yong nak turunkan badan. Walaupun takda kurus slim macam model tapi berjaya hilangkan berat badan almost 10 kg.. okay la tu kan??? wehuuu


Alhamdulillah banyak juga kejayaan atau azam yong yang berjaya di tahun 2015. Paling tak boleh lupa kenangan Majlis Bertunang dan Bernikah. wow! yong dah kahwin uolz.. haha


and business macam biasa masih diteruskan sampai ke saat ini. dari belum kahwin sampai dah kahwin pun masih meneruskan business online periuk nasiku ini. Moga di tahun 2016 ini kejayaan makin menyerlah. semangat betul dengan projek-projek yang telah di aturkan sepanjang tahun ini. Good luck untuk saya dan juga my team, The Diamond Circle!


Ain Zulkarnaind

016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

06 December 2015

"SAYA DARI KAMPUNG JE. BELAJAR PUN TAK TINGGI SANGAT...."



Assalamualaikum.. Dah masuk bulan Disember dah kita kan? Ini gambar throwback ketika di Budapest pada Januari yang lepas smile emoticon


selama ni sebelum buat business dengan SHOM. tak pernah yong travel jauh-jauh..apatah lagi nak ke Eropah nun jauh sampai 14 jam dok dalam flight.. sakit pinggang tau.. Mujur pakai korset Premium Beautiful. dapat la kurangkan sakit belakang tu.. Alhamdulillah selama 4 tahun ni.. Yong dapat melancong ke beberapa negara. hampir 10 negara barangkali. lupa dah saya..


bukan niat nak menunjuk-nunjuk. tapi saya rasa seronok berkongsi kegembiraan dengan anda semua. saya dari kampung je. belajar pun tak tinggi. bahasa inggeris pun tak mahir sangat. cry emoticon tapi sampai la juga ke negara omputih nun.. saya cakap je guna loghat utara walau di paris nun. ingat lagi masa sampai London. org tanya berapa hari dok sana. sebab tak faham dia cakap laju sangat maka saya jawab 2 tahun. huhu teruk sangat rasa masa tu.. sadis!


tapi takpalah. belajar tak tinggi bukan penghalang untuk saya tak boleh berjaya bukan? saya sentiasa ingat apa yang saya lalui sebelum ni. bukan senang nak sampai ke tahap ni. setiap hari saya cuba untuk improve. sentiasa fikir apa yang perlu untuk majukan diri dan keluarga. fikir orang sekeliling dan bantu mereka yang memerlukan..


setiap negara saya pergi pula saya dapat belajar banyak perkara. terutama budaya dan bahasa. Dan saya sentiasa nak improve my english. terima kasih kepada yang sentiasa membantu saya.. doakan saya agar lebih maju jaya ya :)



Azam 2015 tinggal sikit belum kecapi.. takpa tak boleh putus asa..kita cuba lagi..Azam 2016 pula kena start tulis dah dari sekarang.. anda pula bagaimana?


09 September 2015

"SAYA MEMANG PERLUKAN EXTRA MONEY KETIKA ITU" ~ AIN ZULKARNAIND



HO CHI MINTH, VIETNAM


My first trip with SHOM. Masa ni saya baru berumur 24 tahun.. saya tak sangka langsung buat business online pun dapat pergi melancong luar negara secara PERCUMA. 

Sebenarnya tak tahu pun.. yang saya tahu saya nak DUIT sahaja. Sebab saya memang perlukan EXTRA MONEY untuk tampung ekonomi saya yang biasa-biasa saja ketika itu..

Dengan ZERO knowledge.. apa yang saya tahu.. saya follow apa saja yang mentor saya cakap.. suruh datang class untuk belajar. saya datang.. suruh update blog.. saya update.. suruh update facebook saya buat.. masa tu Instagram takda lagi. jadi kita buat je la apa yang perlu..

makin lama makin seronok.. sebab income makin banyak. Ye lah. saya ni belajar tak tinggi mana pun. Tapi impian saya ni tinggi menggunung. Nak income lebih dari kawan yang ada sijil degree..

tambah lagi saya ni kuat berangan. Dah berangan pastu gigih nak juga capai apa yang diimpikan tu.

Alhamdulillah.. sepanjang buat business ni. Saya diajar untuk berfikiran positif dan mudahkan yang susah. Tiada apa yang mustahil kata mentor.. Apa masalah yang datang mesti ada jalan penyelesaian..

Kekurangan dalam diri saya ni bukan halangan untuk saya capai impian saya. Terima kasih mentor saya CDM Shaliza Aziz , ahli keluarga terutama Tok dan adik-adik, abe halim bakal suami saya, rakan kongsi, clients dan kawan-kawan yang beri support sepanjang penglibatan saya dalam alam perniagaan ni.. aduhh rasa nak nangis masa taip entri ni..

InysyaAllah  next week saya akan terbang lagi bersama SHOM ke Vietnam.. untuk percutian percuma hampir yang ke 10 (sebenarnya dah lupa berapa kali dah fly) hehe. lebih 800 orang dan yang pasti 1 bus geng Glam dan The Diamond Circle.. seronok travel dengan geng.. ada geng makan-makan hehe

Actually ini kali kedua yong ke Vietnam bersama SHOM. patutnya kami ke Bangkok, Thailand. tapi disebabkan faktor keselamatan sebab Bangkok baru di bom. Maka trip tersebut di tukarkan ke Vietnam. takpa lah.. mana-mana pun saya okay je sebab FREE.. 

Tak rugi apa pun start business ni.. boleh belajar sampai pandai. boleh dapat ilmu macam-macam lagi. Jika anda berminat nak sertai Yong dan team. Boleh la contact yong.. takpa dengar je dulu. Beri Peluang diri untuk nikmati perubahan hidup.. Ter
ima kasih kerana sudi membaca..


Your Personal Business Coach,
Ain Zulkarnaind










Gambar masa di Vietnam dulu.. amiki mood nak pergi lagi sekali..


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

11 April 2015

DAY 1 - EURO TRIP IN BUDAPEST, HUNGARY

Assalamualaikum :) 


Alhamdulillah dah tiba nya masa untuk update story about my free trip tu Vienna and Budapest pada January yang lepas..dah 3 bulan berlalu tapi masih segar di ingatan tau.. Alhamdulillah ini free trip yong yang ke-7 dengan business online yang buat sekarang.. seronok bila dapat free trip ni sebab semuanya di tanggung beres.. Hote mewah, flight terbaik, makanan halal dan jalan-jalan di sana semuanya di tanggung..


Yong just bawa diri dan beg je sebab nak isi barang shopping.. hehe.. teruja betul nak share cerita menarik di sana.. tanpa membuang masa jom kita lihat gambar yang tersedia.




waktu nak check in di KLIA.. muka excited semua ni. pakai baju merah and tudung pun sama untuk kami bertiga. (kami = Yong, Kak Ija & Kakak Ain)




so perjalanan kami amik masa about 6-7 hours sebelum transit di Dubai.. masa ni masih terlalu awal.. so tunggu kejap sebelum kami mula breakfast di airport..




welcome to Dubai.. my first time here




my breakfast di kala itu.. pertama kali makan pizza as my breakfast. sungguh tak kena tekak.. bukan tak suka makan pizza cuma topping dia agak masam sikit and saya kurang selera.. makan sikit je tak habis pun..



Ni lah restaurant nya.




menjadi pilihan kawan-kawan yang lain juga. so kami transit di sana about 4 hours. dari airport tak ramai orang sampai la penuh sesak.. hehe apa pun best sebab sempat shopping souvier di sana..




sampai je airport Budapest terus salin baju sejuk. nah! muka excited lagi nih.. dah lama tak pegang salji macam ni la rupa dia haha




 setiap kali travel kami mesti tak lepaskan peluang untuk singgah ke Hard Rock Cafe di negara yang kami pergi.. syukur kali ni dapat ke Hard Rock Cafe Budapest. ramai kawan order t-shirt and pins. maka dapat lah shopping sikit di sini..




sampai lah kami di Budapest. seronok tengok pemandangan di depan hotel yang kami stay.. bangunan di sini bangunan lama.. kawasan sekitar pula tak ramai orang. penduduk kurang.








sebelum keluar dinner di tempat yang special.. ini Hotel yang kami stay








keadaan bilik kami.. sangat selesa.. sepanjang trip di Europe yong sebilik dengan Kakak Ain.. ok la tu kan.. Ain bertemu Ain.. so sweet! haha





Restoren makan malam kami.. ada tarian juga tau.. hebat betul.. unik! makanan pun sedap of course tak sama langsung dengan makanan kita di Malaysia.. mujur la tekak ku ini boleh je makan apa pun.. so we enjoy our food here sambil tengok persembahan dari orang tempatan..


so tamat lah cerita di hari pertama.. stay tune.. yong will update our Day 2 story..


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

Archive

About Me