Showing posts with label KLIA. Show all posts
Showing posts with label KLIA. Show all posts

06 September 2017

GOLD COAST TRIP 2017 | KLIA-CHANGI AIRPORT

Assalamualaikum. Entri kali ini Yong ingin berkongsi pengalaman Yong ketika melancong ke Gold Coast Australia. Alhamdulillah ini pakej melancong yang ke-11 Yong bersama Sahajidah Hai-O Marketing. Of course masih rasa teruja dan tak sabar nak sampai ke Gold Coast.


Last time Yong ke Gold Coast pada tahun 2014 dan sudah tentu banyak perubahan pada tahun ini bukan?


So macam biasa, bila semua kelengkapan dah ready. Perkara yang Yong tak boleh ambil ringan iala bab internet connection. Penting sangat tau! Bukan je sebab nak contact client atau nak share info untuk kawan-kawan di Malaysia, tapi nak memudahkan Yong untuk contact family dan anak. Ye la kan. Ini kali kedua Yong berjauhan dengan Aisyah Amani untuk ke luar negara. Dulu kali pertama semasa Yong travel ke Beijing.


Untuk kali ini, Yong masih menggunakan khidmat telco Digi untuk kegunaan Yong di Australia. Tambah pula ada promosi untuk roaming. Rm25 sahaja charge untuk kegunaan 2GB internet dan juga 30 minit telefon selama 3 hari. After 3 hari yong tambah sahaja lagi kuota. So total Rm50 sahaja untuk kegunaan Internet dan panggilan telefon Yong di Australia>



Di Australia, Yong pilih network Telstra. 




Yong pilih pakej Rm25 untuk 2GB. 




Alhamdulillah, tiada cas tersembunyi. Line okay dan internet sangat laju. Memang puas hati sangat. Selalunya sebelum travel memang Yong akan check dulu info untuk kegunaan internet di luar negara. Untung kali ni sebab ada pakej pula. So dapatlah berjimat kan?


Cara nak ON kan pakej tu ialah
- Sampai je Australia. Tunggu dulu line Telstra muncul. 
- Sebelum tu, Off dulu mobile data dan roaming.
- Tekan *800# dan pilih yang yang bersesuaian.
- Setelah terima SMS. boleh On data dan roaming. Selamat menggunakan internet.

 Jom sambung baca cerita Yong.

 I
Ini sebahagian dari ahli bus kami nanti. Sama-sama naik flight as a group. Otai-otai hebat ni tau. Pakar dalam bisnes dan sangat berpengalaman. Untung Yong dapat berjumpa mereka. Dapat belajar banyak perkara baru.


Masa ni malu-malu kucing lagi sebab tak kenal mereka lagi. Lepas dah sampai Australia. Terus okay ajer hehe



Pose di tempat wajib setiap kali nak travel luar negara haha



Kali ini, Yong berpeluang sekali lagi untuk naik Singapore Airlines. Best tau. Sangat selesa dan paling penting. Makanan sangat sedap :p





Boarding time! apa pun ambil gambar dulu. Time ni muka berseri lagi. Maklumlah baru nak gerak kan? Kami akan transit di Changi Airport dulu sebelum meneruskan 7 jam perjalanan ke Brisbane.



Trip kali ini Yong bersama CDM Shaliza dan Ddm Olyn. Cdm Ain tak dapat follow bersama kerana masih dalam pantang. Rindu pulak kan :)




My travel buddy since 2012. Mana je mak pergi I tetap follow okay.



KLIA ke Changi Airport hanya ambil masa lebih kurang 50 minit. Sekejap sangat. Tak sempat apa pun dah sampai hehe. So sampai je airport kami ambil masa lebih kurang 2 jam untuk transit. Dapat 1 kupon untuk kegunaan dalam airport yang bernilai 20 SGD. Banyak la tu kan?


Time ni kami tak guna lagi kupon ni sebab bergegas ke next terminal. Besar juga terminal kat sini. sampai confius kami. hehe So we decided untuk guna this coupon time balik ke sini semula.


Walaupun lapar, tahan jela sebab tahu masuk je flight karang akan dapat makan & I love makanan dalam flight soo much :p



Time to boarding. "May I check your passport madam"

:)



Tara! Banyak sangat makanan kan? Sesuai sangat hidangan ni untuk orang yang kelaparan macam kami ni. Makan sampai tak larat nak habiskan. Lepas tu belum sempat nak hadam makan, diberinya pula aiskrim magnum. Fuh! terpaksa la tolak sebab terlalu kenyang.


Yong suka betul la nasi goreng udang ni. Perfect! My taste gitu. yums!


Mula la rindu nak travel lagi hehehe



Okay cukup untuk entri kali ini. Jangan lupa nantikan entri Hari Kedua pula okay. Stay tune


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


04 April 2016

OSAKA, KOBE, KYOTO 2016 | KLIA - HONG KONG - KANSAI

Assalamualaikum pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog Yong ye. Buat pertama kalinya setelah sebulan lebih balik dari Japan baru kini Yong berpeluang untuk update tentang my travelog ke Jepun selama 6 hari 4 malam. 


Syukur ke hadrat Ilahi, rasanya ini kali ke 9 Yong melancong secara percuma dengan syarikat Sahajidah Hai-O Marketing. Tak pernah puas melancong secara percuma ni tau sebab semua FREE belaka. dari flight, hotel, pengangkutan semasa melancong hinggalah bab makanan setiap hari semua FREE, 5 bintang dan service yang sangat terbaik!!


So cerita kita kali ni seperti biasa kita start from KLIA la ye. Perjalanan kami bakal mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih. Flight kami ni Yong berpeluang transit di Hong Kong. Yong tak pernah lagi sampai ke Hong Kong sebelum ni maka dapat transit di airport dia je pun dah rasa seronok sangat tau :)


Perjalanan kami dari KLIA ke Hong Kong Airport bermula pada pukul 5.55 pm . Tapi sebelum ni kami dah berkumpul seawal 3 pm lagi di sana.



Muka happy + excited nak travel. Buat pengetahuan semua trip kali ni Yong travel dengan kandungan 5 Bulan. Alhamdulillah semua baik-baik aja. 



 Suami-suami yang menghantar isteri kecuali yang pegang kamera tu, DSM Ezam. Beliau turut serta dalam trip ke Jepun kali ni. My husband, Abg Halim awal lagi dah balik ke rumah. Beliau hantar sampai pintu airport sahaja hehe sampai hati kan? tapi lebih elok rasanya kalau tak karang ada yang drama air mata sebabak di airport :p







Geng travel since 2012.. muka senyum lebar je semua. 




Dalam flight dapat duduk dekat-dekat. Selesa sikit nak tidur kan? hehe So this time Yong travel menaiki flight Cathay Pacific. Alhamdulillah selesa sangat.




Sampai je airport Hong Kong semua terus On WIFI. nak check-in la kan. walaupun dah malam. mata dok celik je lagi ni. hari pertama ofcourse tak selera nak tidur lagi haha





Airport Hong Kong sangat-sangat besar dan luas. Sampai lenguh we all berjalan. Rasanya ada lebih 500 pintu untuk berlepas. Bayangkan! Kedai-kedai juga banyak. terdapat ruang surau untuk solat tapi disebabkan trip kami terlalu ramai maka tak muat semua orang nak solat dalam surau tersebut. Jadi kami solat di luar sahaja. 

Best juga airport ni, banyak kedai menarik tapi tak sempat nak jenguk semua sebab dah tutup dan masa pun tak cukup hehe



Kami sampai di Kansai Airport lebih kurang pukul 6.15 am.. 

Okay nantikan sambungan travelog ini di next entri. Tempat pertama kami pergi ialah melawat Bandar Kyoto.

Stay tune!

Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

10 October 2014

SHANGHAI | DAY 1 : KLIA

Assalamualaikum.. Finally berjaya juga update entry tentang my free trip to Shanghai..terlalu banyak gambar nak edit sampai berpinar biji mata ni ha.. so yong akan share my story sikit demi sedikit ya. slow but steady gitu! hehe

Ok Shanghai merupakan trip ke 6 yong melancong secara percuma bersama team GLAM. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat masih diberi peluang sebegini. Melancong secara percuma dengan 5 star treatment bulan satu impian yong di saat awal yong buat business ni tapi dah jadi idaman yong setiap tahun untuk melancong bersama GLAM.

Mari kita mulakan dengan perjalanan kami di KLIA dulu.. Ok kami dijadualkan berkumpul di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 10.40 pm, 19 September 2014. Tapi siang tu dapat info from our tour leader, Miss Zara menyatakan our flight delay. So kami berkumpul di KLIA at 2.15 am. Our flight to Pudong International Airport, Shanghai at 5.15am.

Ok la tu.. kebetulan siang tu Yong di Seremban. Sempat la take time balik ke Kuala Lumpur semula dengan tenangnya.. Sempat lagi jogging petang tu hehe.. Konon nak tingkatkan stamina buat larian di Shanghai :p


Hand carry ni yong beli di Guangzhou dulu.. jadi beg wajib bila yong travel kemana-mana.. Also bantal kecil tu.. bantal kesayangan tu tau.. banyak negara dah bawak p hehe. bantal my Tok actually. rindu tok peluk bantal la..


with Miss Aini and Kak Siti Norizam. suka betul dapat travel dengan mereka ni tau..





gaya gedik santai namanya ni. kami semua from The Diamond Circle team :)




Our Tour Leader, Miss Zara. Cun kan?






dalam train pun wajib snap pictures. dah biasa begitu hehe




duduk dengan mereka ni tak gelak tak sah.. happy sokmo! sangat menceriakan hidup yong.. thanks kakak semua :)




Passport and duit. Eh satu lagi handphone. antara benda wajib perlu ada.. jangan lah takda benda-benda ni.. susah jadi nya tau.. baju takda boleh beli.. passport takda haru jadinya.. phone tu pula jangan lupa On roaming.. tapi di sana boleh je beli simcard. Yong lebih suka guna line internet macam biasa.. cuma kena bayar cas lebih. contoh macam DIGI.. about Rm38/day. unlimited usage.. oke sangat la kan.. apa lagi upload gambar kat Instagram tanpa henti la. Powerbank jangan lupa.. sebab bila ON internet sepanjang masa bateri pula cepat habis keh keh keh



Oke next entry yong nak share tentang aktiviti kami di Pearl Oriental Tower pula.. banyak sangat gambar so yong bahagikan kepada beberapa entry ye...terima kasih kerana membaca. :)



Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com



Nota : some pictures credit to Kak Airin & Cdm Ija


25 March 2013

TOP BEAUTILICOUS DI KLIA DAN EYE OF LONDON

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izin limpah kurnia dari - Nya merasa jugak yong ke tanah eropah iaitu ke London dan Paris. Syukur sangat merasa ke Europe dengan pakej perlancongan percuma bersama-sama rakan seperjuangan tercinta..memang teruja habis u ols~ 

so untuk entri kali ni yong share sedikit gambar yong and team di KLIA dan di Eye Of London. jom check it out!!


muka orang tak sabar nak ke London hehe~ semangat GREEN gitew~




This is Top Beautilicous GlamPrenuer!




dah sampai Gatwick Airport.time ni pakai trech coat..dengan boots and sarung tangan..alamak! best nyaa kih3~ happy betul time ni u ols~ ni first time yong sampai negara eropah..satu pengalaman yang baru and I enjoy it~!












sampai je London terus dibawanya kami ke Eye Of London~ wah! menariks betul.. pusing-pusing naik "kipas besar" haha dalam setengah jam juga tu tau.. dah nak turun baru nak tengok pemandangan alam sekitar..kalo tak dok sibuk nak snap pictures je haa..  

masa sampai tu.cuaca agak sejuk juga..yong ni tak tahan sejuk.tapi dah sampai sana alhamdulillah semuanya berjalan lancar.yong dapat bertahan sampai la ke hari terakhir.pelbagai pengalaman menarik sepanjang kami disana.insyaAllah yong akan share semua cerita di blog kesayangan ku ini..nantikan ye..

stay tune!

Archive

About Me