Showing posts with label GOLD COAST AUSTRALIA. Show all posts
Showing posts with label GOLD COAST AUSTRALIA. Show all posts

06 September 2017

GOLD COAST TRIP 2017 | KLIA-CHANGI AIRPORT

Assalamualaikum. Entri kali ini Yong ingin berkongsi pengalaman Yong ketika melancong ke Gold Coast Australia. Alhamdulillah ini pakej melancong yang ke-11 Yong bersama Sahajidah Hai-O Marketing. Of course masih rasa teruja dan tak sabar nak sampai ke Gold Coast.


Last time Yong ke Gold Coast pada tahun 2014 dan sudah tentu banyak perubahan pada tahun ini bukan?


So macam biasa, bila semua kelengkapan dah ready. Perkara yang Yong tak boleh ambil ringan iala bab internet connection. Penting sangat tau! Bukan je sebab nak contact client atau nak share info untuk kawan-kawan di Malaysia, tapi nak memudahkan Yong untuk contact family dan anak. Ye la kan. Ini kali kedua Yong berjauhan dengan Aisyah Amani untuk ke luar negara. Dulu kali pertama semasa Yong travel ke Beijing.


Untuk kali ini, Yong masih menggunakan khidmat telco Digi untuk kegunaan Yong di Australia. Tambah pula ada promosi untuk roaming. Rm25 sahaja charge untuk kegunaan 2GB internet dan juga 30 minit telefon selama 3 hari. After 3 hari yong tambah sahaja lagi kuota. So total Rm50 sahaja untuk kegunaan Internet dan panggilan telefon Yong di Australia>



Di Australia, Yong pilih network Telstra. 




Yong pilih pakej Rm25 untuk 2GB. 




Alhamdulillah, tiada cas tersembunyi. Line okay dan internet sangat laju. Memang puas hati sangat. Selalunya sebelum travel memang Yong akan check dulu info untuk kegunaan internet di luar negara. Untung kali ni sebab ada pakej pula. So dapatlah berjimat kan?


Cara nak ON kan pakej tu ialah
- Sampai je Australia. Tunggu dulu line Telstra muncul. 
- Sebelum tu, Off dulu mobile data dan roaming.
- Tekan *800# dan pilih yang yang bersesuaian.
- Setelah terima SMS. boleh On data dan roaming. Selamat menggunakan internet.

 Jom sambung baca cerita Yong.

 I
Ini sebahagian dari ahli bus kami nanti. Sama-sama naik flight as a group. Otai-otai hebat ni tau. Pakar dalam bisnes dan sangat berpengalaman. Untung Yong dapat berjumpa mereka. Dapat belajar banyak perkara baru.


Masa ni malu-malu kucing lagi sebab tak kenal mereka lagi. Lepas dah sampai Australia. Terus okay ajer hehe



Pose di tempat wajib setiap kali nak travel luar negara haha



Kali ini, Yong berpeluang sekali lagi untuk naik Singapore Airlines. Best tau. Sangat selesa dan paling penting. Makanan sangat sedap :p





Boarding time! apa pun ambil gambar dulu. Time ni muka berseri lagi. Maklumlah baru nak gerak kan? Kami akan transit di Changi Airport dulu sebelum meneruskan 7 jam perjalanan ke Brisbane.



Trip kali ini Yong bersama CDM Shaliza dan Ddm Olyn. Cdm Ain tak dapat follow bersama kerana masih dalam pantang. Rindu pulak kan :)




My travel buddy since 2012. Mana je mak pergi I tetap follow okay.



KLIA ke Changi Airport hanya ambil masa lebih kurang 50 minit. Sekejap sangat. Tak sempat apa pun dah sampai hehe. So sampai je airport kami ambil masa lebih kurang 2 jam untuk transit. Dapat 1 kupon untuk kegunaan dalam airport yang bernilai 20 SGD. Banyak la tu kan?


Time ni kami tak guna lagi kupon ni sebab bergegas ke next terminal. Besar juga terminal kat sini. sampai confius kami. hehe So we decided untuk guna this coupon time balik ke sini semula.


Walaupun lapar, tahan jela sebab tahu masuk je flight karang akan dapat makan & I love makanan dalam flight soo much :p



Time to boarding. "May I check your passport madam"

:)



Tara! Banyak sangat makanan kan? Sesuai sangat hidangan ni untuk orang yang kelaparan macam kami ni. Makan sampai tak larat nak habiskan. Lepas tu belum sempat nak hadam makan, diberinya pula aiskrim magnum. Fuh! terpaksa la tolak sebab terlalu kenyang.


Yong suka betul la nasi goreng udang ni. Perfect! My taste gitu. yums!


Mula la rindu nak travel lagi hehehe



Okay cukup untuk entri kali ini. Jangan lupa nantikan entri Hari Kedua pula okay. Stay tune


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


02 February 2017

GOLD COAST AUSTRALIA 2017 | VIDEO


Ya Allah best nya! 

Tak sabar nak ke Gold Coast lagi.

Tahun 2014 dah ke sana. Sememangnya percutian yang sangat best! Dah baca entry tentang trip sebelum ni? boleh klik sini okay. ---> GOLD COAST 2014

Selamat membaca.

01 June 2014

GOLD COAST | DAY 5 | HARBOUR TOWN FACTORY OUTLET

Ok now dah nak cerita pengalaman di hari kelima percutian yong and team di Gold Coast Autralia. Alhamdulillah memang best sangat. cuma hari kelima kami tak banyak aktiviti dah cuma aktiviti habiskan duit je di Harbour Town Factory Outlet   hehe

Sebelum bergerak ke Harbour Town kami menikmati pemandangan pantai di Suffer Paradise buat kali terakhir :) oh my! now masih teringat-tingat pasir dan laut di sana.. memang teruja sangat..so layan je la gambar ye..







ucapan dari first timer melancong. my protege Fiza Mahazir.



my protege Fatin Zaini



jalan-jalan di luar negara pakai selipar dan t-shirt je,.. oh best nyaaaa..


masa shopping yong tak snap banyak gambar pun.. lagipun tak shopping banyak sangat sekadar beli jam baru je..  murah dan murah! sayang betul tak beli lebih.. balik Malaysia baru terasa.. grrrr

So after shopping we all terus ke Brisbane city... Sebelum ke airport kami menikmati makan malam di sebuah restoren makanan Indonesia..Alhamdulillah. makanan semuanya enak-enak belaka.. puas sangat makan di sana..









meleleh air liur tengok sate tu.. ya ampun! memang sedap sangat uolz..

seronok dapat melancong percuma ni. semuanya tersedia.. bab makan, hotel, pengangkutan dan flight semua tak perlu risau. dah disediakan dah pun.. kita pergi enjoy je di sana..

memang puas hati.. lepas makan semua.. kami ke airport dan habiskan masa di sana sampai waktu kami naiki flight.. pengalaman yang tak dapat dijual beli.. haa anda nak tahu ole-ole apa yang yong beli?? tunggu next entri pula ya..

stay tune :)

01 April 2014

GOLD COAST | DAY 4 | MOVIE WOLRLD

Ok. sudah bersedia untuk baca cerita di hari keempat? yeah! yong pun semangat nak share dengan anda tentang percutian yong ke Gold Coast yang yong kira percutian yang sangat AWESOME tau!

ok masuk je bus perkara wajib kena buat ialah SELFIE hahaha boleh ke gitu? haa nampak tak mukaku yang kembang masa ni.. time ni yong tengah mengalami masalah skin yang sangat teruk.. makin teruk dan makin tak sedar.. alahan dengan sunblock dan skin care.. degil sangat inilah padahnya..



tanpa membuang masa marilah kita layan gambar-gambar yong and team di MOVIE WORLD

Amaran, entri ini mempunyai banyak gambar menarik. Scroll secara perlahan untuk merasai perasaan ketika di sana ( boleh?)


Bukti! haa harus ambil gambar depan Movie World.. Tempat ni dibuka awal 2 jam untuk our team. Fuh memang nikmat la kan bila masuk taman tema tanpa ada orang lain selain dari warga GLAM sahaja.. :)



Breakfast cara Omputih.. beginilah caranya.. haha tapi macam melampau sangat ni ambil banyak sangat roti.. macam lah tak dapat makan lunch.. dasar kuat makan! :p


Sambil makan boleh lah beramah mesra dengan karakter-karakter yang famous amous ni.. apa lagi.. makan pun dah takda selera.. asyik nak bergambar aja.. mari saksikan gembar lanjut.


















ambil gambar selepas naik sambil tumbs up. maksud dia best la tu kan? kalo snap gambar sebelum naik rasanya tak naik dah kot roller coaster tu haha




tu nampak tak betapa tingginya roller coaster tu? tapi berapa saat je dia pusing. perasaan ada la rasa macam jadi Superman kejap hehe. best sangat!

Pendek kata, seharian berada di sini memang berbaloi-baloi. Gelap kulit pun takpa janji puas. Kalau ada rezeki memang akan ke sini lagi. ada lagi kot games yang belum main.



#followmeto




Lompat bintang acara wajib bila time bergambar di oversea.. dok Malaysia lompat pun tak :p


Kami GLAMpreneurs di Gold Coast













best kan? yong akan sambung entri untuk hari kelima pula.. fuh panjang berjela update ni.. harap anda happy membaca ye :)


Untuk pengetahuan anda. Gold Coast, Australia merupakan negara keenam yong melancong secara percuma since yong menjalankan business online bersama GLAM. Kepada anda yang suka melancong, apa kata sertai kami untuk melancong secara percuma ke Shanghai pula.. Boleh contact yong untuk penerangan lanjut. yang pasti ianya akan menjadi pengalaman yang paling hebat dalam hidup anda. trust me!



Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com



Archive

About Me