Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

01 June 2014

GOLD COAST | DAY 5 | HARBOUR TOWN FACTORY OUTLET

Ok now dah nak cerita pengalaman di hari kelima percutian yong and team di Gold Coast Autralia. Alhamdulillah memang best sangat. cuma hari kelima kami tak banyak aktiviti dah cuma aktiviti habiskan duit je di Harbour Town Factory Outlet   hehe

Sebelum bergerak ke Harbour Town kami menikmati pemandangan pantai di Suffer Paradise buat kali terakhir :) oh my! now masih teringat-tingat pasir dan laut di sana.. memang teruja sangat..so layan je la gambar ye..







ucapan dari first timer melancong. my protege Fiza Mahazir.



my protege Fatin Zaini



jalan-jalan di luar negara pakai selipar dan t-shirt je,.. oh best nyaaaa..


masa shopping yong tak snap banyak gambar pun.. lagipun tak shopping banyak sangat sekadar beli jam baru je..  murah dan murah! sayang betul tak beli lebih.. balik Malaysia baru terasa.. grrrr

So after shopping we all terus ke Brisbane city... Sebelum ke airport kami menikmati makan malam di sebuah restoren makanan Indonesia..Alhamdulillah. makanan semuanya enak-enak belaka.. puas sangat makan di sana..









meleleh air liur tengok sate tu.. ya ampun! memang sedap sangat uolz..

seronok dapat melancong percuma ni. semuanya tersedia.. bab makan, hotel, pengangkutan dan flight semua tak perlu risau. dah disediakan dah pun.. kita pergi enjoy je di sana..

memang puas hati.. lepas makan semua.. kami ke airport dan habiskan masa di sana sampai waktu kami naiki flight.. pengalaman yang tak dapat dijual beli.. haa anda nak tahu ole-ole apa yang yong beli?? tunggu next entri pula ya..

stay tune :)

25 September 2013

KOREA KAMI DATANG!!

Bismillah.

Assalamualaikum semua.. bertemu kita di entri permulaan untuk travelog ke Seoul, Korea. Ya Allah! terujanya nak menaip entri ni.nak share pengalaman sepanjang perjalanan dari KLIA ke Seoul sampai la pulang ke Kuala Lumpur.  so marilah kita tengok gambar serba sedikir tersedia untuk entri ni.. 


pada 16 September 2013 lepas..Yong and family (biz family la katakan) bergerak ke KLIA pada pukul 6.30 petang.. so dalam 7 lebih macam tu kami dah sampai di KLIA.. fuh! masih awal.. terus ke kaunter untuk check-in.masa tu takda orang lagi.. dalam pukul 8 lebih macam tu baru kawan-kawan mula datang.. 



tema baju kami pada hari tu I LOVE GLAM dan berseluar hijau.. adik yong, Hafiz dan my cousin Fariz pun semangat pakai baju I LOVE GLAM walaupun datang hantar ke we all ke airport... hehe dorang pun excited tengok kami nak fly ke korea. InsyaAllah ada rezeki annti turn my brother pula ikut jejak langkah kakaknya ni untuk turut serta ke Gold Coast..



Muka happy nak ke Korea.. me, kak ija, my partner, Dian dan kak Olyn.. first timer follow trip bersama GLAM.. memang nampak sangat they all happy sangat dengan trip kali ni.. sangat enjoy!



antara qualifier ke Seoul, Korea from The Diamond Circle..Uncle Rosman, Kak Airin, Kak Sha Khalid, Kak ija, Yong, Dian, Olyn, Kak Faeza, Kak Ain & Abg Ezam.



qualifier under CDM Sha Khalid..yong wajib ada sekali :) next trip nak bawak lebih ramai ke GOLD COAST pula insyaAllah!






Suasana dalam Korean Airlines. best! luas dan selesa.. plan awal nak tidur je.. tapi tengok movie best pula.. ada satu cerita ni time nak ke Seoul pun yong tengok. time nak balik ke Kuala Lumpur pun layan..






cerita ni la yong tengok.. u all pun patut tonton juga tau.. memang nangis teresak-esak ok.. tak peduli dah orang kiri kanan.. haha. ingat ke yong je yang nangis.. bila tanya kawan-kawan, they all pun sama.. tangkap leleh hehe..

By the way, percutian kali ni memang superb habis, sangat menarik dan enjoy.. Setiap hari memang penuh aktiviti dan pastinya ada aktiviti melontar (shopping) yeah! Masa di Seoul awal satu jam dari Malaysia.. dari Kuala Lumpur ke Seoul mengambil masa 6 jam 15 minit. Kami bertolak tengah malam, jadi kami sampai di sana dalam pukul 7 pagi waktu Korea. Airport masih agak lengang.

Sampai ke sana kami disambut oleh tour guide Korean yang cantik manis. Alice namanya.. terus dapat jadual aktiviti kami selama 4 hari disana..Excited!




Seronok sangat travel dengan GLAM. Sentiasa Glamour, paling meriah, paling ramai ke KOREA dengan 5 bus!!!  

Ok nantikan entri untuk hari pertama di Seoul, Korea..pastinya lebih banyak gambar-gambar menarik bakal dikongsi untuk anda semua.

Stay tune and cute with me :) muah!

Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


13 March 2013

PENGALAMAN DI LONDON

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi. dah beberapa hari yong and team di kota london. insyaAllah tak lama lagi kami akan berada di kota paris pula pelbagai pengalaman baru yang yong timba disini... sangat best!!

macam tak percaya dapat holiday disini.. percuma pula tu. duit yang dibawa memang khas untuk shopping jerk.. maka dapatlah beli my very first Prada handbag. yay!!!!

insyaAllah yong akan upload perlbagai gambar selama 8 hari di Eropah ya.. nak tengok gambar awal bole klik my facebook yeah ;)

hp: 013-7049413






18 September 2012

Menyusuri Pearl River, Guangzhou


Masa ni di Guangzhou..besttt sgt! harap dapat pergi lagi di masa yang akan datang..teruja dapat naik cruise dan menyusuri sungai yang cantik bersama-sama kawan-kawan :)

Archive

About Me