Showing posts with label THE DIAMOND CIRCLE. Show all posts
Showing posts with label THE DIAMOND CIRCLE. Show all posts

30 April 2019

MAKIN HARI MAKIN SYIOK BERNIAGA


Cayok team! 

Makin hari makin syiokk dengan sales harian yang masyukkk hari-hari. 

Sejak #TDCbasic program dilancarkan. Progress team makin lancar. Makin ramai berani nak beli stok banyak sebab kompom laris macam jualan kepuk lekor kat pasar malam tuh hehe

Agent pun makin bertambah. InsyaAllah yong kenalkan pada u all soon ya

Buat kalian yang belum tahu lagi. Now Yong and team baru sahaja lancarkan program terbaru iaitu TDC BASIC.  Program ini KHAS untuk membantu usahawan-usahawan yang baru nak mula berniaga secara dalam talian dengan modal yang sangat rendah. 

“Nak berniaga mesti ada kena ada modal ke Yong?”

Eh mestilah kena ada modal awak. Nak masuk tandas pun kena bayar sekarang ni tau. Modal ni bukan bayaran untuk Yong. Modal ni untuk dapatkan produk-produk hot yang sangat senang untuk dijual. 

InsyaAllah Yong akan bantu anda yang nak sangat dibimbing. Relakan diri aje tau. Program ini sangat sesuai untuk surirumah dan student. Yang bekerja pun boleh jee cuma ada program yang lebih sesuai untuk kalian yang bekerja. Apa pun boleh hubungi Yong dulu untuk penerangan lanjut. 

Okay? 









01 August 2018

THE DISTANCE BETWEEN DREAMS AND REALITY IS CALLED ACTION


Teamwork makes dream work. 

Bersyukurnya saya dipertemukan dengan team yang sangat support each other. Tak sia-sia bermusafir ke KL demi mencari ilmu. Semalam meeting dengan TDC leaders di KL. 

Wow!

Banyak sungguh idea baru yang di kongsi oleh CDM Shaliza dan kawan-kawan. Bulan baru mestilah kena ada strategy baru kan? Plan strategy dah ada. Now masa untuk BERTINDAK sahaja. 

Semangat betul hari ni. Rasa teruja betul nak all out giler-giler bersama team. Bulan ni mesti ada result yang bombastik! Esok dah mula appointment back to back. Tambah pula our new class di Utara akan bermula tak lama lagi. Serius banyak betul aktiviti untuk bantu lancarkan perjalanan business team. 

Doakan urusan kami semua berjalan lancar ya. Amin.
Thanks to our mentor CDM Shaliza Aziz, my protege Kak Azza Amri dan rakan seperjuangan DDM Suhaili Isa, DSM Wanie Zaaba dan DSM Ainul Aqma for your time. Sanggup spend masa sekejap untuk datang meeting kita semalam. Semangat macam ni kita nak! Jumpa lagi. 





24 July 2017

POWER UP SESSION WITH CDM SHALIZA AZIZ

Assalamualaikum.

Sihat ke kawan-kawan? Hari ni just nak update cerita tentang weekend minggu lepas. Yong and my partners ambil peluang untuk berjumpa dengan our mentor CDM Shaliza Aziz. 


Alang-alang CDM ija balik kampung di Sungai Petani, apa lagi kami curi la masa beliau sekejap untuk berjumpa. Bukan sekadar jumpa tau. Time ni la nak korek tips dan ilmu baru untuk qualify Korea.




Antara rakan kongsi yang hadir iaitu dari team Ddm Fiza Mahazir dan Dsm Kak Siti.



My mentor Cdm Shaliza Aziz. 



Now pakej percutian percuma ke Korea sedang berlangsung. Kami semua nak rebut peluang untuk dapatkan tiket melancong percuma.


Apa yang best! Bila siap tiket ke Korea, automatik BONUS pun besar, dapat naik pangkat, aura terserlah dan team makin berkembang.


So meeting kali ni, kami decide untuk berjumpa Conttiny Korean Cafe. Kena betul dengan tema kan? Hehe



So this is for my lunch. Yums! Sedap juga fried dumpling ni. Next time nak try another menu pula. 


Ok berbalik kepada cerita meeting kami tu. Nampaknya my partner kemain bersemangat tau. Banyak tips dan ilmu baru yang dikongsikan oleh Cdm ija. Apa lagi semua partner memang excited habis. Me also tak sabar nak memecut lebih laju.


Nak dapat free trip bukan semudah yang dijangka kan? Mesti ada persediaan rapi. Wajib ada ilmu. Dah dapat ilmu mesti kena tindakan dan elemen rujuk mentor. 


Thanks kepada rakan kongsi yang hadir. Jauh dorang datang dari Kulim semata-mata nak jumpa mentor kami tu. Nampak semangat luar biasa tu tau. 


Next time insyaAllah kita gather lagi ok. Nak makan Korean Food again pun no problem 👍 ada hadiah untuk u all yang qualify trip.


And yong pula tak sabar nak fly kali 12 secara percuma dengan SHOM. Weehuuu.


Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

TDC IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

Hari ni dah last day Syawal but I baru nak share story about our Iftar with TDC team. So sorry sebab terlalu lama hold this story hehe. Banyak sangat story sampai tak tahu nak update mana satu dulu.



So kali ni just nak share tentang majlis berbuka puasa bersama-sama kawan TDC pada 11 June 2017 yang lepas. Majlis Iftar ini berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam. First time Yong ke Hotel Concorde Shah Alam tau. Best.The foods was great. Banyak sangat makan sampai tak tahu nak makan apa dah. 





Decoration with all ulam-ulaman beserta sambal. Ada sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak. You just name it. semua ada tau.




Pelbagai bubur disediakan. Yong try bubur lambuk ayam.. Fuh sedap sangat. Selalu Yong makan bubur lambuk yang agak cair dan kurang masin. But kali ni dapat la makan bubur lambuk yang super sedap! 

alamak, now dah habis raya pun tekak nak makan bubur lambuk. how? kena masak sendiri la jawabnya kan :p





Nasi pun ada pelbagai jenis selain dari nasi putih, ada juga nasi Arab, nasi Briani, Ayam Panggang, Kambing Golek dengan sos yang mantop!. Siapa suka makan kambing elok sangat dapatkan kambing golek kat sini. terbaik tau!

ada juga western food, sate, pasta. banyak sangat la makanan yang sedap-sedap belaka.





ini pula antara senarai pemanis mulut yang ada. ada juga aiskrim tau. kuih muih tradisional pun ada. Yong paling suka dapat makan aiskrim waffer. Memang dah cari lama. apa lagi rasa nak makan banyak-banyak la kan :p





Berbaju raya dari pagi. Untuk pengetahuan semua, sebelah pagi kami semua hadiri TDC Monthly Training di stokis Klang. Memang semangat berapi-rapi la. Aura positif tu meresap masuk ke dalam jiwa.

Buat busines mesti mempunyai minda yang positif kan? Rasa semangat tu perlu sangat. Sebab tu kita buat bisnes dalam satu team supaya tak cepat rasa down. Bila rasa lemau je cepat-cepat hadirkan diri ke class atau jumpa mentor kita. 

betul tak?




Inilah dia cinta hati saya, abg Halim. Sentiasa support saya. TDC Iftar kali ni Yong bawa abg Halim sekali. Actually nak bawa Aisyah bersama tapi sebab Aisyah tak sihat so yong tinggalkan kejap di rumah.



Teman semeja. Time berkumpul macam ni memang keluar habis segala tips nak kurus la nak buat sales besar la. hehe best betul! dorang ni semua kelakar tau. ada je perkara-perkara yang nak buat kita gelak.



antara ahli geng diet TDC. time ni kita "cheat day". ok jangan marah naa





Bersama mentor saya, CDM Shaliza Aziz.




Bersama my partner from Penang, SSM Wani Ameen.




Antara my team yang hadir. From left Kak Azza dari KL, Kak Wani dari Penang, Saya, Ramizah dari Port Dickson dan my Mentor dari Cheras.









Hope next year lebih ramai lagi dapat memeriahkan our activity ye. best bila berkumpul macam ni. Selain dapat mengeratkan ukhwah sesama kita. Aktiviti dalam team juga dapat membantu melancarkan bisnes kita. tak gitu?

Salam Sayang



Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com



06 July 2017

TIP PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL LEBIH BERKESAN

Assalamualaikum


Premium Beautiful ni bukan sebarangan corset. Premium Beautiful tak sama dengan corset lain di pasaran.


So, ada beberapa perkara yang perlu anda ingat dan ikut masa memakai Premium Beautiful. Terutama kalau anda first time user lah kan. 

Bra

  • Jangan pakai bra lain masa pakai Premium Beautiful. Sebab Premium Beautiful ini akan bertindak sebagai pengganti  bra kita yang kita biasa pakai hari-hari tu.
  • Pakai hanya Premium Beautiful untuk mendapat lebih kebaikan FIR (direct contact of FIR fabric dalam Premium Beautiful dengan kulit).

Pakai Minimum 8 Jam Sehari

  • Pakai Premium Beautiful minimum 8 jam sehari. Tapi kalau lebih dari 8 jam pun sangat digalakkan. Kalau nak cepatkan proses pengecilan/penurunan saiz badan, boleh pakai hingga 20 jam. Tidak ada kesan buruk kalau pakai lebih 8 jam, malah adalah lebih baik.

Masa Haid/Period

  • Kalau masa haid/period, boleh pakai seluar dalam/panty untuk senang pakai pad. So, masa period pun mesti pakai Premium Beautiful ni okey.

Minum Air Yang Cukup

  • Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari semasa pakai Premium Beautiful. FIR dalam Premium Beautiful memerlukan air yang cukup dalam badan kita untuk bertindak.
  • Kalau tiba-tiba terasa kepeningan semasa pakai Premium Beatiful, cepat-cepat minum air.

Krisis Penyembuhan

  • Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah normal dan sementara. Ini menandakan badan sedang mengeluarkan toksid. Sakit kepala, pening, gatal dan sakit belakang adalah perkara biasa bagi pengguna Premium Beautiful kali pertama. Bersabar dan teruskan memakai PB.

Masa Basuh

  • Basuh mestilah menggunakan Natural Wash PB @ PB Wash. Bagus pencuci ni menjaga kualiti kain dan bau PB kita sangat fresh! 1 botol tahan 7-8 bulan tau.

Cara Basuh

  • Basuh Premium Beautiful dengan cucian tangan sahaja. Elakkan memerah/memintal dengan kuat.
  • Masukkan separuh air bersih dalam baldi dan campur sedikit Premium Beautiful Wash (PB wash). Kemudian celup dan basuh PB dengan dengan tangan.
  • Bilas Premium Beautiful hingga bersih dan sangkut pada penyidai dalam bilik air supaya air basuhan PB menitik dan kering. Boleh juga keringkan PB dengan tuala bersih.
  • Bila air tidak menitik lagi, boleh sidai Premium Beautiful dalam bilik bawah kipas.
  • Premium Beautiful akan kering dalam masa 4-6 jam so masa terbaik untuk basuh ialah masa balik dari kerja. Esoknya boleh pakai lagi.
  • AWASS!!! jangan terlalu menyental PB.

Pantang Larang

  • Jangan basuh Premium Beautiful dengan mesin basuh atau memerah dengan kuat.
  • Jangan iron atau dry clean.
  • Jangan jemur bawah direct sunlight (cahaya matahari).
  • Jangan basuh dengan sabun serbuk.

Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com




24 May 2017

TDC IFTAR 2017 IS COMING SOON

Assalamualaikum


Ramadan bakal menjelma. Banyak planning for Ramadhan kali ni. Antaranya aktiviti team TDC untuk bulan Ramadhan kali ni. Selain kelas bulanan, InsyaAllah this year kita akan ada TDC IFTAR 2017. 


Kali ni berbeza lokasi dari tahun sebelum ni kerana TDC IFTAR kali ni akan jalankan di Hotel Concorde Shah Alam pada 10 June 2017.





Happy nak berbuka puasa bersama TDC Partners nanti. Last year Yong tak dapat join sekali sebab balik bersalin di Kedah. Sedar tak sedar dah dekat setahun dah bersalin hehe


Birthday Aisyah 12 June 2017 nanti. Genaplah setahun usia Aisyah Amani Binti Abdul Halim. Boleh lah celebrate sekali nanti dengan kawan-kawan TDC. yeah!


Aisyah Amani 10 months. Masa ni bergambar di City Park, Seremban.


Di bawah ni gambar-gambar masa TDC IFtar 2016. Jom layan dulu gambar cantik-cantik ni. Makin rasa tak sabar nak join Iftar kali ni pula. This year sure gambar lagi havoc and meriah!










If anda juga nak join TDC IFTAR, jom la sertai kami. Cepat-cepat contact Yong ye. boleh berbuka puasa bersama nanti :)


Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


13 April 2017

GRAB OPPORTUNITY TO TANGALOOMA ISLAND, GOLD COAST AUSTRALIA FOR FREE

Melancong ke luar negara boleh buatkan hati kita damai kan? fikiran pun tenang dan rasa perasaan ni happy jer.


Tambah pula kalau dapat melancong ke luar negara bersama keluarga tersayang. Fuh! satu memori yang tak dapat kita nak lupakan sepanjang hidup.


Siapa pernah ke Australia? cer angkat tangan hehe. Yong pernah ke Gold Coast, Australia pada tahun 2014. Entri trip tu u all boleh tengok di sini --> Travelog Gold Coast, Australia 2014


InsyaAllah this year Yong akan ke Australia lagi buat kali kedua. Paling best sekali ianya PERCUMA! Ye betul, percutian percuma untuk kali kedua. MasyaAllah punyalah best kalau dapat melancong free ke merata dunia. Yong hanya perlu bawa duit shopping ajer.


Next trip kami akan di bawa ke beberapa tempat menarik seperti gambar di bawah.



Dapat peluang bagi makan kat Ikan Dolphin.






Dapat main di taman tema Dreamworld. Sebelum ni kami dah ke Movie World. puas juga main roller coaster. cuma next trip ni masih berfikir nak main roller coaster atau tak. Dulu muda lagi, now rasa seram pula nak naik permaianan begitu. Mungkin join CDM Ija pegang handbag kawan-kawan jelah hehe



Wah! ni paling excited! nak tengok ikan paus menari-menari di tengah laut sambil naik cruise mewah. aduh best nya! sebelum ni Yong tengok ikan paus dalam televisyen je tau. Tak sangka akan dapat peluang macam ni.



Last but not least, Shopping tu wajiblah kan. Alang-alang dah ke negara orang mestilah nak beli something special. Kami akan ke Pacific Fair iaitu sebuah mall bertaraf dunia yang baru dibuka di Gold Coast. wow! tak sabar nak ke sana tau.






Moga perancangan Yong berjalan lancar.Doakan Yong sukses ya kawan-kawan. Kalau ada yang berminat nak sertai free trip ke Gold Coast Yong sudi nak share tips how yong buat business ni. Follow je cara betul InsyaAllah hasil pun bombastik.

Contact me okay! See ya :)

Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

TDC UTARA INTENSIVE TRAINING MARCH 2017

Memang tersangat banyak kelebihan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang bergelar penuntut ilmu. Jika kita mengetahui keutamaan ilmu ini, pasti akan semakin semangat untuk belajar.


Alhamdulillah, usahawan-usahawan TDC memang rajin ambil peluang. Sebab tu kami TDC Utara akan adakan Intensive Training setiap bulan. Ilmu kalau tak diguna kita akan cepat lupa kan? So kita akan selalu ulang topik-topik penting dan buat praktikal juga.


Untuk bulan March, Yong bersama kak Hanifa, kak Siti Norizam dan kak Asma bertugas mengendalikan class TDC Utara. Alhamdulillah class berjalan lancar. Semua usahawan TDC yang hadir puas hati kerana dapat belajar ilmu baru.


Kak Hanifa dari Alor Setar bertugas sebagai emcee untuk kelas kali ini.




Kak Siti Norizam dari Kulim menyampaikan ilmu tentang teknik follow up secara berkesan.







Kak Asma pertama kali bertugas di class berkongsi ilmu artwork. Best topik ni. Lepas belajar terus praktik. lepas ni senang nak buat artwork dan testimoni.






 Antara usahawan TDC yang hadir. Semangat betul mereka. Banyak artwork yang dihasilkan pada waktu kelas.


Barisan AJK kelas bulan March. terima kasih atas kerjasama kalian.



Special datang dari jauh. Kak Mas from Sepang. Alang-alang balik kampung di Kuala Ketil, terus ajer datang kelas menimba ilmu. tak gitu kak Mas?




Slot terakhir. Slot motivasi. Naik semangat anak didik. Teruskan perjuangan sampai garisan terakhir. Alang-alang dah mula berniaga, berniagalah sampai jadi kaya. Kita semua boleh!




Thanks kepada yang hadir. Moga ilmu bermanfaat dan jumpa di next class okay!

Anda juga berminat nak sertai keluarga TDC? jangan segan silu contact Yong segera.



Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


Archive

About Me