24 July 2017

TDC IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

Hari ni dah last day Syawal but I baru nak share story about our Iftar with TDC team. So sorry sebab terlalu lama hold this story hehe. Banyak sangat story sampai tak tahu nak update mana satu dulu.



So kali ni just nak share tentang majlis berbuka puasa bersama-sama kawan TDC pada 11 June 2017 yang lepas. Majlis Iftar ini berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam. First time Yong ke Hotel Concorde Shah Alam tau. Best.The foods was great. Banyak sangat makan sampai tak tahu nak makan apa dah. 





Decoration with all ulam-ulaman beserta sambal. Ada sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak. You just name it. semua ada tau.




Pelbagai bubur disediakan. Yong try bubur lambuk ayam.. Fuh sedap sangat. Selalu Yong makan bubur lambuk yang agak cair dan kurang masin. But kali ni dapat la makan bubur lambuk yang super sedap! 

alamak, now dah habis raya pun tekak nak makan bubur lambuk. how? kena masak sendiri la jawabnya kan :p





Nasi pun ada pelbagai jenis selain dari nasi putih, ada juga nasi Arab, nasi Briani, Ayam Panggang, Kambing Golek dengan sos yang mantop!. Siapa suka makan kambing elok sangat dapatkan kambing golek kat sini. terbaik tau!

ada juga western food, sate, pasta. banyak sangat la makanan yang sedap-sedap belaka.





ini pula antara senarai pemanis mulut yang ada. ada juga aiskrim tau. kuih muih tradisional pun ada. Yong paling suka dapat makan aiskrim waffer. Memang dah cari lama. apa lagi rasa nak makan banyak-banyak la kan :p





Berbaju raya dari pagi. Untuk pengetahuan semua, sebelah pagi kami semua hadiri TDC Monthly Training di stokis Klang. Memang semangat berapi-rapi la. Aura positif tu meresap masuk ke dalam jiwa.

Buat busines mesti mempunyai minda yang positif kan? Rasa semangat tu perlu sangat. Sebab tu kita buat bisnes dalam satu team supaya tak cepat rasa down. Bila rasa lemau je cepat-cepat hadirkan diri ke class atau jumpa mentor kita. 

betul tak?




Inilah dia cinta hati saya, abg Halim. Sentiasa support saya. TDC Iftar kali ni Yong bawa abg Halim sekali. Actually nak bawa Aisyah bersama tapi sebab Aisyah tak sihat so yong tinggalkan kejap di rumah.



Teman semeja. Time berkumpul macam ni memang keluar habis segala tips nak kurus la nak buat sales besar la. hehe best betul! dorang ni semua kelakar tau. ada je perkara-perkara yang nak buat kita gelak.



antara ahli geng diet TDC. time ni kita "cheat day". ok jangan marah naa





Bersama mentor saya, CDM Shaliza Aziz.




Bersama my partner from Penang, SSM Wani Ameen.




Antara my team yang hadir. From left Kak Azza dari KL, Kak Wani dari Penang, Saya, Ramizah dari Port Dickson dan my Mentor dari Cheras.









Hope next year lebih ramai lagi dapat memeriahkan our activity ye. best bila berkumpul macam ni. Selain dapat mengeratkan ukhwah sesama kita. Aktiviti dalam team juga dapat membantu melancarkan bisnes kita. tak gitu?

Salam Sayang



Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com



No comments:

Archive

About Me