Showing posts with label online business. Show all posts
Showing posts with label online business. Show all posts

30 April 2019

BAGAIMANA NAK RECHARGE ENERGY?

Ilmu.

Bila tak amal lebih 3 hari ianya akan makin hilang. 

Sebab tu kita sentiasa kena upgrade ilmu. Topup yang mana kurang. Gilap yang mana masih berbaki.

Sama juga semangat. Bila dalam kehidupan  realiti. Banyak anasir luar menarik aura positif kita. Sampai satu tahap kita rasa tak bersemangat. Down. Lemah. Tak bermaya. 

Bagaimana nak recharge? 

Kita berkumpul dalam circle yang positif. Tambah energy kita. Cucuk booster biar tahan lama 💪

Itulah yang Yong buat selama 8 tahun ni. Banyak tempat yong belajar. Banyak orang yong p menuntut. Banyak kali dah jatuh bangun. Tapi saya masih di sini. Masih dengan bisnes yang sama. Masih dengan mentor yang sama 😭

Semalam Cdm Shaliza Aziz tanya. Dah lama yong dalam bisnes ni. Apa yang buat Yong masih bertahan. Oh my! Rasa nak teriakkk. 

Alhamdulillah class pada Sabtu lepas beberapa rakan kongsi yong turut sama hadir. Ada yang datang dari KL dan Selangor, tak lupa dari Kedah dan Penang pun turut sama hadir. Bersyukur masih punya team yang sentiasa dahagakan ilmu. Tanpa ilmu susah kita nak maintain dan teruskan bisnes dengan sukses.

InsyaAllah jumpa lagi korang di next class ya. Tak lama lagi Ramadhan bakal berkunjung tiba. Rindunya Ramadhan. Teringat 8 tahun lepas kali pertama berpuasa sebagai agent Korset Premium Beautiful. Indah sungguh perasaan time tu. Syahdu tau! 

03 January 2019

ASALKAN BOLEH DAPAT UNTUNG, MESTI BOLEH JADI BISNES

Throwback Zaman 2010-2011 dulu.

Sebelum Yong bergelar usahawan korset Premium Beautiful, yong hanya seorang peniaga online. 

Jual macam-macam. Asalkan boleh dapat untung. Mesti boleh jadi bisnes 👍

















Maybe u all selalu dengar yang yong ni ex-beautician kan? Pernah berniaga produk kosmetik. Sebab tu cantik hahaha 🙈

Selain dari tu, dulu yong juga giat berniaga kuih apam polkadot, buat cupcake, homemade chocolate dan beberapa jenis makanan lain. 

Perit juga bila kita 100% bergantung pada berniaga sahaja. Takda mentor. Berniaga ikut suka hati je. Follow orang lain. Strategy takda. Setiap hari berniaga sampai takda masa untuk diri sendiri.

Tapi yong tak pernah menyesal dengan apa yang Yong dah lalui dulu. Mungkin ini jalan yang Allah dah tetapkan untuk Yong. 

Masa muda dulu (sebelum kawin), yong ada berangan juga nak buat kuih muih setiap petang untuk suami. Suami balik kerja petang, kita hidangkan kuih dan teh o panas untuk minum petang. 

Teringat masa kecil dulu, arwah mama Yong selalu sediakan kuih time petang. Abah balik boleh makan sama. Tapi zaman sekarang dah berubah. La ni suami balik keje pun malam. Keje over-time u all 😂

Now Yong masih bekerja sendiri cuma lain sikit strategy niaganya. Ada mentor, ada ilmu. Takdalah asyik langgar dinding jee buat kesalahan yang melambatkan kejayaan diri sendiri. Lebih mudah, lebih teratur, lebih gembira. 

Dah berkeluarga, dah ada anak. Penting sangat untuk Yong seimbangkan antara keluarga dan anak. Bisnes sekarang ni sangat-sangat flexible dan kena pada JIWA yong. Syukur Ya Allah. 

InsyaAllah Yong boleh teruskan perjuangan ini.  Menjadi usahawan untuk tingkatkan ekonomi diri dan keluarga juga bantu orang di sekeliling Yong. Yong hargai u all yang berada bersama Yong terutama keluarga, mentor, rakan kongsi dan sahabat semua. 

Terima kasih sayangkan Yong ya. Love youuuu! 😍💞💐




Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)


ainzulkarnaind@gmail.com

31 December 2018

CLOSING BERGAYA, PENUTUP 2018!

Sejak balik dari class di Klang last week. Yong perasan semangat rakan kongsi Yong makin membara. Dasyat betul semangat mereka sampai Yong pun takleh tidur lena minggu ni. 



Tambah pula bila di class last weekend, kami dapat suntikan semangat dari CDMs dan mentor berpengalaman. Ya Allah. Serius berkobar-kobar sangat kami nih. Aura positif dan semangat tu dah seminggu pun tak habis lagi. Nak bawa masuk tahun 2019. Moga berterusan semangat ini. 




Antara produk viral yang berjaya dipancing oleh client minggu ini. Syukur Alhamdulillah. Korset Premium Beautiful pun tak ketinggalan. Sentiasa ada permintaan. 



Agent di Ipoh, Rodzidah. Dah berapa kali ke stokis bulan ni penangan Promosi Akhir Tahun yang kani jalankan. Meriah sales bulan ni. Tahniah! 



Agent Penang. Ratu korset Premium Beautiful Kak Wani Ameen bersama Shake Me Cocoa yang tengah hangat diperkatakan sekarang. Serius rata-rata stokis pun habis stok. Sebab tu kami sebagai agent memang simpan stok terusss. Taknak ketinggalan dah. Sambil amalkan setiap hari sambil berkongsi kebaikan Shake Me Cocoa bersama kawan-kawan. 



Yong pun tak ketinggalan. Stok kat rumah mesti kena ada. If tak cukup terus cepat-cepat ke stokis untuk restock. 



Stok untuk team Kulim, Kak Asma. 



Agent di Johor Bahru, Suriati. Balik dari kampung aje terus shopping produk viral di stokis. Hari ni last day promosi. Apa lagi terusss menerus promosi sampai 11.59 pm nih. 



Tahniah Kak Sue. Happy sangat. Closed Premium Beautiful Waist Nipper untuk client di Bangi.



Stok ustazah Farah Eliana yang kali ke berapa ke stokis bulan ni. Sikit sikit lama lama membukit. Asal restock aje habis. Lepas ni kena restock lebih banyakkkk lagi kan?




Terakhir di petang ini. Si manis Ramizah Rahman bersama korset Premium Beautiful untuk client di Seremban. Tahniah Ramizah. Setiap bulan ada client korset Premium Beautiful. Keep it up! Teruskan usaha yaaa. 

Apa pun Yong sayang korang. Doa Yong sentiasa bersama langkah anda ye. Moga 2019 ini menjadi kita lebih sukses dan maju jaya bersama. Love ya. 




Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)


ainzulkarnaind@gmail.com


SURPRISE MENJADI!


Tak boleh MOVE ON betullah tengok reaksi my team kelmarin masa CDM Shaliza Aziz sampai ke tempat meeting kami. 

Dah la bertukar sampai 3 tempat sebab kedai banyak tutup. Pastu dah masuk Secret Recipee boleh pula line “no service”.

Haha jenuhhh panik.




Alhamdulillah semua berjalan lancar. Menjadi juga kejadian nak surprise kan my team dengan kehadiran MENTOR tersayang kami. Saja nak bagi kejutan dan EXTRA SEMANGAT buat mereka. 



Bersama menuju kejayaan. 
Biar susah bersama senang bersama.

Terima kasih team sentiasa bersama Yong. Moga kasih sayang dan ukhwah kita berpanjangan. 



Thanks for coming. Yong sangat hargai kalian. Love you all to the moon and back.

Dah jelas apa hala tuju kita kan? Serius makin semangat dan naik progress mereka bulan ini. 

1 hari lagi for closing! Let’s do this! All the best team 🚀🚀🚀









Love Ain Zulkarnaind Protege 

Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)


ainzulkarnaind@gmail.com


01 August 2018

THE DISTANCE BETWEEN DREAMS AND REALITY IS CALLED ACTION


Teamwork makes dream work. 

Bersyukurnya saya dipertemukan dengan team yang sangat support each other. Tak sia-sia bermusafir ke KL demi mencari ilmu. Semalam meeting dengan TDC leaders di KL. 

Wow!

Banyak sungguh idea baru yang di kongsi oleh CDM Shaliza dan kawan-kawan. Bulan baru mestilah kena ada strategy baru kan? Plan strategy dah ada. Now masa untuk BERTINDAK sahaja. 

Semangat betul hari ni. Rasa teruja betul nak all out giler-giler bersama team. Bulan ni mesti ada result yang bombastik! Esok dah mula appointment back to back. Tambah pula our new class di Utara akan bermula tak lama lagi. Serius banyak betul aktiviti untuk bantu lancarkan perjalanan business team. 

Doakan urusan kami semua berjalan lancar ya. Amin.
Thanks to our mentor CDM Shaliza Aziz, my protege Kak Azza Amri dan rakan seperjuangan DDM Suhaili Isa, DSM Wanie Zaaba dan DSM Ainul Aqma for your time. Sanggup spend masa sekejap untuk datang meeting kita semalam. Semangat macam ni kita nak! Jumpa lagi. 





31 August 2017

DINNER AT SIAM SIAM BOAT NOODLE SEREMBAN

Dah lama yong teringin nak makan Boat Noodle. Ramai kawan update cakap sedap. So I wonder la juga cemanalah rasanya Boat Noodle tu kan? hehe *pengaruh rakan sebaya betul Yong ni. 


Since Yong stay di Seremban beberapa hari after balik dari Gold Coast hari tu, so Yong ada contact my partner Kak Mashithah di Sepang & Kak Sarinah di Nilai untuk jumpa. We decided nak jumpa di Seremban Gateaway. and yes kami dinner di SIAM SIAM BOAT NOODLE. 




Dapatlah merasa juga Boat Noodle BUT bagi Yong masakan di sini biasa-biasa saja. Yong order tomyam dan sup. Tomyam agak masam. Sup tu boleh la. Takdalah teruk sangat hehe. Tu pun order sampai bermangkuk-mangkuk. 4 mangkuk je Yong makan, okay la tu kan.


Dengar kata kedai lain ada lagi sedap. So nanti Yong nak pergi try.




Pulut Mangga ni pun biasa je sebab di tempat Yong boleh dapat lagi sedap dari ni haha. Siapa mai Sungai Petani mai la Yong bawa p makan pulut mangga atau pulut durian yang super sedap :p




Eh asyik cerita makan je kan? actually tujuan yong jumpa kakak berdua ni untuk beri ole-ole yang yong beli di Gold Coast hari tu. Sempat la Yong share cerita dan pengalaman Yong bercuti secara percuma di Australia. ternyata memang super best! U all pun mesti follow tau!



Alhamdulillah dikurniakan rakan kongsi seperti mereka. Rela dibimbing dan sentiasa nak belajar ilmu baru. Nak mulakan atau belajar sesuatu yang baru tak kenal usia ya. Tahun ini tahun terbaik jika nak mulakan bisnes. So kakak berdua ni amik cabaran nak start business. Ini juga sebagai langkah persediaan buat mereka untuk hadapi ekonomi sekarang dan persiapan untuk pencen.. tak gitu?



Jika ada diluar sana juga ingin seperti mereka. Jangan malu-malu segera hubungi Yong okay. InsyaAllah Yong akan terangkan semuanya secara lebih terperinci. Let's du-it! Projek 50k!


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


13 April 2017

TDC UTARA INTENSIVE TRAINING MARCH 2017

Memang tersangat banyak kelebihan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang bergelar penuntut ilmu. Jika kita mengetahui keutamaan ilmu ini, pasti akan semakin semangat untuk belajar.


Alhamdulillah, usahawan-usahawan TDC memang rajin ambil peluang. Sebab tu kami TDC Utara akan adakan Intensive Training setiap bulan. Ilmu kalau tak diguna kita akan cepat lupa kan? So kita akan selalu ulang topik-topik penting dan buat praktikal juga.


Untuk bulan March, Yong bersama kak Hanifa, kak Siti Norizam dan kak Asma bertugas mengendalikan class TDC Utara. Alhamdulillah class berjalan lancar. Semua usahawan TDC yang hadir puas hati kerana dapat belajar ilmu baru.


Kak Hanifa dari Alor Setar bertugas sebagai emcee untuk kelas kali ini.




Kak Siti Norizam dari Kulim menyampaikan ilmu tentang teknik follow up secara berkesan.







Kak Asma pertama kali bertugas di class berkongsi ilmu artwork. Best topik ni. Lepas belajar terus praktik. lepas ni senang nak buat artwork dan testimoni.






 Antara usahawan TDC yang hadir. Semangat betul mereka. Banyak artwork yang dihasilkan pada waktu kelas.


Barisan AJK kelas bulan March. terima kasih atas kerjasama kalian.



Special datang dari jauh. Kak Mas from Sepang. Alang-alang balik kampung di Kuala Ketil, terus ajer datang kelas menimba ilmu. tak gitu kak Mas?




Slot terakhir. Slot motivasi. Naik semangat anak didik. Teruskan perjuangan sampai garisan terakhir. Alang-alang dah mula berniaga, berniagalah sampai jadi kaya. Kita semua boleh!




Thanks kepada yang hadir. Moga ilmu bermanfaat dan jumpa di next class okay!

Anda juga berminat nak sertai keluarga TDC? jangan segan silu contact Yong segera.



Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


31 March 2017

MAJLIS ANUGERAH SALES MANAGER & SENIOR SALES MANAGER MARCH 2017


Meriah betul event kali. Alhamdulillah pada 11 March 2017 yang lepas, Yong bersama team The Diamond Circle (TDC) berkumpul di IDCC, Shah Alam bagi meraikan qualifiers yang telah berjaya naik pangkat Sales Manager dan  Senior Sales Manager.

Tahniah diucapkan kepada yang terlibat. Rasa bangga dengan pencapaian anda semua. Titik peluh selama ini berhasil dengan jayanya. 

Event kali ini sangat menarik kerana ramai usahawan TDC dari jauh dan dekat. Team TDC Utara siap sewa satu van untuk perjalanan ke Shah Alam. Hebat betul! semangat berkobar-kobar nampaknya tu kan?

Jom kita lihat dulu siapa yang berjaya naik pentas kali ni.


Tahniah kepada SSM Encik Zahir dan SSM Munirah Ibrahim di atas pencapaian anda. Seorang dari Kulim, Kedah dan seorang lagi dari Pontian Johor.



Ini pula SSM Hanifa dari Alor Setar dan SM Fazlon Anita dari KL.


Kenalkan SM Farah Eliana dari Batu Kurau, Perak dan SM Fatimah Nik Mat dan Serdang, Kedah. Mereka berdua anak didik DDM Fiza Mahazir dan DSM Siti Norizam. Congratulations for their leaders.


Ini pula SM Noormizan dari Kepala Batas, Penang dan SM Nor Asma dari Kulim.


Tahniah kepada penerima award. Happy betul mereka kan?



Sebahagian my team yang hadir ke majlis. Terima kasih sangat di ucapkan. Terharu dapat tengok anak didik berdiri atas pentas terima award. Lepas ni aim lebih lagi okay.


CDM in The Diamond Circle. InsyaAllah this year kami akan lahirkan lebih ramai lagi CDM. more to come. 











Bergambar sakan tu wajib lah kan? Dalam setahun banyak event yang ada. Bila ambil peluang hadir, kita pun terima tempias kejayaan usahawan-usahawan yang lain juga. Aura positif tu perlu sangat bila kita nak berjaya. 


Kalau rasa down, lemau, tak semangat nak teruskan bisnes. Apa lagi cepat-cepatlah bergaul dengan kawan-kawan yang positif orang nya. Paling mudah datang class atau join event. Confirm balik tu terus berseri muka kita. tak gitu?


 Ini lah hasil bila bekerja dalam team. Rasa seronok, semangat membara dan hasil pun bombastik. Thanks team buat yong rasa nak bekerja lebih kuat membantu kalian. Moga terus sukses okay!


Kepada kawan-kawan di luar sana yang teringin nak memulakan bisnes and join TDC yong sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua. Jangan segan silu. Boleh hubungi Yong ye. Yong akan share tips dengan anda.

Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

Archive

About Me