03 January 2019

ASALKAN BOLEH DAPAT UNTUNG, MESTI BOLEH JADI BISNES

Throwback Zaman 2010-2011 dulu.

Sebelum Yong bergelar usahawan korset Premium Beautiful, yong hanya seorang peniaga online. 

Jual macam-macam. Asalkan boleh dapat untung. Mesti boleh jadi bisnes 👍

















Maybe u all selalu dengar yang yong ni ex-beautician kan? Pernah berniaga produk kosmetik. Sebab tu cantik hahaha 🙈

Selain dari tu, dulu yong juga giat berniaga kuih apam polkadot, buat cupcake, homemade chocolate dan beberapa jenis makanan lain. 

Perit juga bila kita 100% bergantung pada berniaga sahaja. Takda mentor. Berniaga ikut suka hati je. Follow orang lain. Strategy takda. Setiap hari berniaga sampai takda masa untuk diri sendiri.

Tapi yong tak pernah menyesal dengan apa yang Yong dah lalui dulu. Mungkin ini jalan yang Allah dah tetapkan untuk Yong. 

Masa muda dulu (sebelum kawin), yong ada berangan juga nak buat kuih muih setiap petang untuk suami. Suami balik kerja petang, kita hidangkan kuih dan teh o panas untuk minum petang. 

Teringat masa kecil dulu, arwah mama Yong selalu sediakan kuih time petang. Abah balik boleh makan sama. Tapi zaman sekarang dah berubah. La ni suami balik keje pun malam. Keje over-time u all 😂

Now Yong masih bekerja sendiri cuma lain sikit strategy niaganya. Ada mentor, ada ilmu. Takdalah asyik langgar dinding jee buat kesalahan yang melambatkan kejayaan diri sendiri. Lebih mudah, lebih teratur, lebih gembira. 

Dah berkeluarga, dah ada anak. Penting sangat untuk Yong seimbangkan antara keluarga dan anak. Bisnes sekarang ni sangat-sangat flexible dan kena pada JIWA yong. Syukur Ya Allah. 

InsyaAllah Yong boleh teruskan perjuangan ini.  Menjadi usahawan untuk tingkatkan ekonomi diri dan keluarga juga bantu orang di sekeliling Yong. Yong hargai u all yang berada bersama Yong terutama keluarga, mentor, rakan kongsi dan sahabat semua. 

Terima kasih sayangkan Yong ya. Love youuuu! 😍💞💐




Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)


ainzulkarnaind@gmail.com

No comments:

Archive

About Me