Showing posts with label tdc journeys. Show all posts
Showing posts with label tdc journeys. Show all posts

04 April 2016

OSAKA, KOBE, KYOTO 2016 | KLIA - HONG KONG - KANSAI

Assalamualaikum pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog Yong ye. Buat pertama kalinya setelah sebulan lebih balik dari Japan baru kini Yong berpeluang untuk update tentang my travelog ke Jepun selama 6 hari 4 malam. 


Syukur ke hadrat Ilahi, rasanya ini kali ke 9 Yong melancong secara percuma dengan syarikat Sahajidah Hai-O Marketing. Tak pernah puas melancong secara percuma ni tau sebab semua FREE belaka. dari flight, hotel, pengangkutan semasa melancong hinggalah bab makanan setiap hari semua FREE, 5 bintang dan service yang sangat terbaik!!


So cerita kita kali ni seperti biasa kita start from KLIA la ye. Perjalanan kami bakal mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih. Flight kami ni Yong berpeluang transit di Hong Kong. Yong tak pernah lagi sampai ke Hong Kong sebelum ni maka dapat transit di airport dia je pun dah rasa seronok sangat tau :)


Perjalanan kami dari KLIA ke Hong Kong Airport bermula pada pukul 5.55 pm . Tapi sebelum ni kami dah berkumpul seawal 3 pm lagi di sana.



Muka happy + excited nak travel. Buat pengetahuan semua trip kali ni Yong travel dengan kandungan 5 Bulan. Alhamdulillah semua baik-baik aja. 



 Suami-suami yang menghantar isteri kecuali yang pegang kamera tu, DSM Ezam. Beliau turut serta dalam trip ke Jepun kali ni. My husband, Abg Halim awal lagi dah balik ke rumah. Beliau hantar sampai pintu airport sahaja hehe sampai hati kan? tapi lebih elok rasanya kalau tak karang ada yang drama air mata sebabak di airport :p







Geng travel since 2012.. muka senyum lebar je semua. 




Dalam flight dapat duduk dekat-dekat. Selesa sikit nak tidur kan? hehe So this time Yong travel menaiki flight Cathay Pacific. Alhamdulillah selesa sangat.




Sampai je airport Hong Kong semua terus On WIFI. nak check-in la kan. walaupun dah malam. mata dok celik je lagi ni. hari pertama ofcourse tak selera nak tidur lagi haha





Airport Hong Kong sangat-sangat besar dan luas. Sampai lenguh we all berjalan. Rasanya ada lebih 500 pintu untuk berlepas. Bayangkan! Kedai-kedai juga banyak. terdapat ruang surau untuk solat tapi disebabkan trip kami terlalu ramai maka tak muat semua orang nak solat dalam surau tersebut. Jadi kami solat di luar sahaja. 

Best juga airport ni, banyak kedai menarik tapi tak sempat nak jenguk semua sebab dah tutup dan masa pun tak cukup hehe



Kami sampai di Kansai Airport lebih kurang pukul 6.15 am.. 

Okay nantikan sambungan travelog ini di next entri. Tempat pertama kami pergi ialah melawat Bandar Kyoto.

Stay tune!

Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

06 February 2015

SHANGHAI TRIP | SAY GOOD BYE TO SHANGHAI

Hari terakhir paling tak best sekali kan? kena packing baju, check passport and flight ticket and kena balik ke tanah air tercinta. hehe



So untuk hari terakhir. Tema baju kami pakai ialah warna kuning. Alhamdulillah walaupun sekejap je di Shanghai tapi pengalaman yang kami dapat sangat best. First time sampai Shanghai tau :p 



Tak banyak sangat yang kami shopping. tapi beg tetap berat. Tak tahu la apa yang ada dalam beg tu ha. Kemain lagi semua orang bawak beg paling besar.




dalam bus. senyum dalam paksa tu tau :p





Semasa tiba di airport. Masing-masing dengan beg. Time ni la kelam kabut nak p sana nak p sini.. And tak lupa. sempat lagi shopping u all. Kalau dah namanya perempuan.. Ada je tempat menarik sure nak habiskan duit haha



kiri sekali tu tour leader kami.. nama beliau Zara.




nampak? semua kuning je.. seronok bila travel dengan GLAM.. kalau naik flight selalu team we all je penuh.. semua kenal pula tu.. best kan?



dah sampai Malaysia.. aktiviti wajib lepas sampai je mesti pergi makan makanan best-best macam nasi lemak ke char kutiow kee. ha macam tu.. lepas tuuu apa lagi waktu tidur lah.. Dok oversea tak mengantok.. Kalau sampai je tanah air asyik mengantok sokmo. dasar kan? hehe


Anda pernah ke Shanghai? cerita kan pada yong pengalaman anda pula.. Terima kasih kerana membaca


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

Archive

About Me