Showing posts with label china. Show all posts
Showing posts with label china. Show all posts

06 February 2015

SHANGHAI TRIP | SAY GOOD BYE TO SHANGHAI

Hari terakhir paling tak best sekali kan? kena packing baju, check passport and flight ticket and kena balik ke tanah air tercinta. hehe



So untuk hari terakhir. Tema baju kami pakai ialah warna kuning. Alhamdulillah walaupun sekejap je di Shanghai tapi pengalaman yang kami dapat sangat best. First time sampai Shanghai tau :p 



Tak banyak sangat yang kami shopping. tapi beg tetap berat. Tak tahu la apa yang ada dalam beg tu ha. Kemain lagi semua orang bawak beg paling besar.




dalam bus. senyum dalam paksa tu tau :p





Semasa tiba di airport. Masing-masing dengan beg. Time ni la kelam kabut nak p sana nak p sini.. And tak lupa. sempat lagi shopping u all. Kalau dah namanya perempuan.. Ada je tempat menarik sure nak habiskan duit haha



kiri sekali tu tour leader kami.. nama beliau Zara.




nampak? semua kuning je.. seronok bila travel dengan GLAM.. kalau naik flight selalu team we all je penuh.. semua kenal pula tu.. best kan?



dah sampai Malaysia.. aktiviti wajib lepas sampai je mesti pergi makan makanan best-best macam nasi lemak ke char kutiow kee. ha macam tu.. lepas tuuu apa lagi waktu tidur lah.. Dok oversea tak mengantok.. Kalau sampai je tanah air asyik mengantok sokmo. dasar kan? hehe


Anda pernah ke Shanghai? cerita kan pada yong pengalaman anda pula.. Terima kasih kerana membaca


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

30 January 2015

SHANGHAI TRIP | DAY 3 | GALA DINNER

Acara wajib setiap kali pergi trip dengan company.. mesti ada GALA DINNER. tak kisah la trip ke ASIA ke EUROPE ke. mesti ada special dinner for us. 


And setiap kali dinner mesti baju tema. so for dinner kali ni, kami semua pakai baju tradisional negara China and me of course pakai nak pakai Cheongsam.  hehe dah lama teringin nak pakai Cheongsam, finally dapat juga merasa pakai di sana..





paling best kalau siapa punya birthday jatuh pada bulan yang sama.. boleh celebrate reramai uolz.. 





our team. The Diamond Circle.. ouchh! cun kan pakai baju begini..?





depan pintu hotel















Gambar makan yong tak update ye untuk this entri sebab asyik upload gambar makan je nanti sure uolz cakap "


yong ni kuat makan betul lah. hujan pun berhenti.. yong makan tiada henti keeee? "


lulz


apa pun memang best. kalau ke negara luar bersama company tak perlu nak fikir tentang duit makan dan tempat makan best. Semuanya syarikat sediakan dan kena dengan selera kita. 


time dinner ni juga kami berpeluang lihat persembahan dari orang tempatan. teringat masa Gala Dinner di Korea dulu. time tu memang meletop dengan Gangnam Style. apa lagi pakat dok menari atas pentas.. tambah pula dapat tengok tarian K-Pop.. fuh! enjoy habis uolz..


 Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

28 January 2015

DAY 3 | SHOPPING TIME IN SHANGHAI CITY

Rasanya kalau ke China selain dari melawat tempat sejarah / menarik, aktiviti shopping merupakan salah satu aktiviti wajib. selagi tak penuh luggage maka rasa bersalah di hati.. hehe

So untuk hari ketiga kami di bawa melawat ke tempat-tempat menarik seperti Tianmai Jade Jewelry Expo Center, Nanjing Road, Chenghuang Miao & Xiang Yang Market. 


bersama roomate Kak Siti Norizam. time pagi muka segar je. maklumlah nak p shopping kan hehe



our team.. mula-mula masuk sini konon semua nak tengok-tengok sahaja. tak nak beli.. last-last hampir dua jam disini.. pakat keluar sambil tunjuk gelang jade sorang satu. ada juga yang beli untuk kasi sedara mara. agak murah berbanding kalau nak beli di luar..





ada penerangan tentang jade di sini. segala sejarah dia mula cerita. hehe ok bagus la kan tambah info pengetahuan umum..




cantik kan?




hasil nya.. yong pun beli gelang dan cincin








Tema biru untuk hari ketiga. so semua orang pakai bertemakan biru.




bila dah habis shopping tiba lah waktu makan tengahari pula. memang all the time makan nasi. tambah pula di China ni lauk memang kalau boleh nak hantar sampai 10 jenis. Yong pula memang minat makan. no complaint and I very enjoy the food. Makan je la kan :) tengok muka tuu. buat je ha :p




Antara lauk yang ada.. semua sedap. ada yang yong tak pernah makan pun. time ni la nak cuba makan baru kan?





lepas makan beli roti pula di gerai depan restoren. pantang ada jual apa-apa confirm nak dibelinya.. isk isk iskkk





selesai makan.. so we all sambung shopping di Chenghuang Miao & Xiang Yang Market. siap beli ole-ole untuk family and friends. 









menarik bangunan di sini. banyak souvenier menarik. harga pun berpatutan. kat sini la tempat if nak beli t-shirt ke. fridge magnet ke, snow globe, key-chain and segala souvier. harga ada yang murah.. kena rajin belek-belek di kedai yang lain-lain.





then, next ke tempat lain pula..time petang dah mendung.. kebetulan memang musim hujan di sana time yong pergi tu.. mujur ada bawa payung.




Kota Shanghai sangat membangun. banyak juga bangunan tinggi di sini.. bangunan tersusun.. kagum tengok susun atur kota ni.. tapi jalan di lorong-lorong agak sempit dan orang disini ramai yang berbasikal..





Acara lompat bintang memang wajib setiap kali trip. macam-macam gaya.. dari tak reti lompat now dah boleh lompat tinggi-tinggi..


So sekian cerita di siang hari.. next will share about our GALA DINNER for the next entry. Thanks for reading.


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

06 January 2014

SHANGHAI | MY SECOND TRIP IN 2014 !!

Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian, dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia, dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.

Pada asalnya merupai sebuah kota perikanan yang lengang, Shanghai menjadi bandar raya China yang terpenting menjelang abad ke-20serta pusat kebudayaan rakyat, maksiat, perbincangan ilmiah, dan komplot-komplot politik semasa Republik China. Pada suatu ketika, Shanghai menjadi pusat kewangan yang ketiga terbesar di dunia, selepas Bandaraya New York dan London, serta bandar raya perdagangan yang terbesar di Timur Jauh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Selepas ambil alih komunis pada tahun 1949, Shanghai menjadi lembap di bawah pencukaian kerajaan pusat yang begitu berat serta penyingkiran kebanyakan unsur borjuisnya. Menyusuli kebenaran kerajaan pusat terhadap pembangunan semula ekonomi pasaran Shanghai pada tahun 1992, Shanghai dengan pantasnya mengatasiShenzhen dan Guangzhou yang telah bermula lebih awal dan sejak dari masa itu, bandar raya ini telah mendahului pertumbuhan ekonomi China. Setengah-setengah cabaran masih dihadapai oleh Shanghai pada permulaan abad ke-21, dengan bandar raya ini menghadapi penghijrahan pekerja yang semakin meningkat serta jurang kekayaan yang besar. Bagaimanapun dengan mengetepikan cabaran-cabaran tersebut, pencakar-pencakar langit dan gaya hidup moden Shanghai menandakan mercu pembangunan ekonomi China yang baru-baru ini.



cantik kan keindahan kota Shanghai.yong dah tak sabar nak ke negara China lagi..sebelum ni yong ke Guangzhou..insyaAllah after this ke Shanghai pula..


Shanghai kota bisnes.. memang sungguh mewah.. so wajib dah standby duit nak shopping nanti :p




Keindahan di waktu malam..memang berwarna -warni kan?



Wah banyak tempat wajib dikunjungi kan? tak sabar betul.. InsyaAllah this February yong akan ke Gold Coast dulu.. sangat happy bila diberi peluang melihat dunia luar secara percuma.. banyak perkara baru dapat belajar. banyak game nak main di theme park nanti. tak lupa nak ambil gambar dengan koala dan kanggaroo hehe.. 



ok.. now next pakej sudah pun bermula.. start dari Januari 2014 hingga 30 April 2014.. anyone yang berminat nak join travel free sama macam yong pernah join sebelum ni bole la roger yong.. insyaAllah yong bole share bagaimana yong bole dapat FREE trip ni.. memang best bila dapat pergi percutian percuma.. tambah lagi bersama yang tersayang.honeymoon FREE u ols! sapa nak? contact yong oke?



Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

Archive

About Me