28 January 2015

DAY 3 | SHOPPING TIME IN SHANGHAI CITY

Rasanya kalau ke China selain dari melawat tempat sejarah / menarik, aktiviti shopping merupakan salah satu aktiviti wajib. selagi tak penuh luggage maka rasa bersalah di hati.. hehe

So untuk hari ketiga kami di bawa melawat ke tempat-tempat menarik seperti Tianmai Jade Jewelry Expo Center, Nanjing Road, Chenghuang Miao & Xiang Yang Market. 


bersama roomate Kak Siti Norizam. time pagi muka segar je. maklumlah nak p shopping kan hehe



our team.. mula-mula masuk sini konon semua nak tengok-tengok sahaja. tak nak beli.. last-last hampir dua jam disini.. pakat keluar sambil tunjuk gelang jade sorang satu. ada juga yang beli untuk kasi sedara mara. agak murah berbanding kalau nak beli di luar..





ada penerangan tentang jade di sini. segala sejarah dia mula cerita. hehe ok bagus la kan tambah info pengetahuan umum..




cantik kan?




hasil nya.. yong pun beli gelang dan cincin








Tema biru untuk hari ketiga. so semua orang pakai bertemakan biru.




bila dah habis shopping tiba lah waktu makan tengahari pula. memang all the time makan nasi. tambah pula di China ni lauk memang kalau boleh nak hantar sampai 10 jenis. Yong pula memang minat makan. no complaint and I very enjoy the food. Makan je la kan :) tengok muka tuu. buat je ha :p




Antara lauk yang ada.. semua sedap. ada yang yong tak pernah makan pun. time ni la nak cuba makan baru kan?





lepas makan beli roti pula di gerai depan restoren. pantang ada jual apa-apa confirm nak dibelinya.. isk isk iskkk





selesai makan.. so we all sambung shopping di Chenghuang Miao & Xiang Yang Market. siap beli ole-ole untuk family and friends. 









menarik bangunan di sini. banyak souvenier menarik. harga pun berpatutan. kat sini la tempat if nak beli t-shirt ke. fridge magnet ke, snow globe, key-chain and segala souvier. harga ada yang murah.. kena rajin belek-belek di kedai yang lain-lain.





then, next ke tempat lain pula..time petang dah mendung.. kebetulan memang musim hujan di sana time yong pergi tu.. mujur ada bawa payung.




Kota Shanghai sangat membangun. banyak juga bangunan tinggi di sini.. bangunan tersusun.. kagum tengok susun atur kota ni.. tapi jalan di lorong-lorong agak sempit dan orang disini ramai yang berbasikal..





Acara lompat bintang memang wajib setiap kali trip. macam-macam gaya.. dari tak reti lompat now dah boleh lompat tinggi-tinggi..


So sekian cerita di siang hari.. next will share about our GALA DINNER for the next entry. Thanks for reading.


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

No comments:

Archive

About Me