Showing posts with label shom. Show all posts
Showing posts with label shom. Show all posts

20 October 2019

TREFOIL SETIA ALAM SERVICE APARTMENT

Selamat Tengahari 🙋🏼‍♀️

Hari ni Yong nak kongsi sedikit pengalaman Yong stay di Trefoil Service Apartment di Setia Alam. 

Actually this is my third time stay here. Sebab utama stay kat sini sebab ada event di Setia Alam Convention Center (SCCC). 

So ia memudahkan urusan Yong la jadinya bila stay kat sini. Kadang event ada yang berhari-hari. Jadi elok la stay kat Trefoil aje sebab boleh jalan kaki aje from SCCC. Tak jauh pun. 





Yong suka stay sini sebab ada pelbagai kemudahan. Selain dari bilik yang berdekorasi menarik. Ada shower, toilet, small kitchen, kemudahan peti ais, hair dryer, cerek elektrik, iron & board juga ada tv & wifi sekali. 

Di apartment ni juga ada kemudahan gym, swimming pool, tennis court, sauna dan tempat riadah. Best giler! Yong dah siap buat jadual aktiviti dengan kawan-kawan sepanjang kami stay di sini. 






Untuk trip kali ni kami ke Setia Alam untuk menghadiri Majlis Ulang Tahun Shom yang ke-27 di SCCC. Yong bersama Kak Wani, Kak Sue, Along Farah dan Kak Zue. 

We all gerak dari utara around 1 pm. Sampai ke Setia Alam pukul 6 pm. After check in, masuk je bilik yong terus masak nasi. Haha Lapar weh. Seharian tak makan. Lunch jamah daun salad aje huhu

Rice cooker yong bawa nasi rumah. Selalunya bila stay sini Yong akan ke Setia Alam Mall yang berdepan dengan Trefoil apartment ni je. 

Mall ni besar. Pelbagai cafe ada. Food court pun ada. Cuma kali ni saja Yong nak cuba rasai pengalaman berkelah dengan kawan-kawan. So yong bawa la periuk nasi kecil ke sini. 

Yong dah pesan pada kawan-kawan, kita ni bermusafir jangan banyak songeh. Enjoy je pengalaman kita sepanjang bermusafir. Jangan merungut. Allah tak suka. 

Maka malam tu kami dinner simple je. Nasi panas-panas, sambal ikan bilis pedas masakan Yong, salad dan timur Yong bawa, telur rebus dan sambal kering Langkawi Kak Su bawa. Kuih muih hasil tangan mak Along Farah bawa. Enjoy makan memasing. Takda sapa merungut. Bertambah nasi ada la 🤣



Usai makan malam. Terus kami bersiap ke tingkat 7 iaitu lokasi tempat riadah. Spend masa around 45 minit kat situ sambil bersauna sebelum tempat tu close pukul 10pm. Best nya sauna. Hilang kejap rasa bersalah makan banyak kejap tadi tu hihi

Esoknya pula awal pagi lagi kami ke gym. Dapatlah slow walk, berbasikal dan guna peralatan gym sesambil tengok orang berenang kat swimming pool dan tengok pemandangan cantik. Enjoy sangat! 🥰

Alhamdulillah selesai buat aktiviti. Barulah kami naik bilik dan bersiap untuk hadiri majlis. Memasing bersiap sampai jadi cun sangat. Nampak aura kegembiraan di wajah mereka. 


Semangat begini yang kami bawa balik ke utara. InsyaAllah next time boleh stay sini lagi. Harga pun tak mahal. Satu malam around Rm150-180 macam tu je kami spend sepanjang 3x stay kat sini. 

Next time nak bawa anak pun boleh. Berdepan dengan Setia Alam Mall ni ada padang luas tau. Boleh buat pelbagai aktiviti dengan anak-anak di sini. Ramai orang datang beriadah waktu petang. 

Okay sampai sini je coretan Yong. Thank you sudi baca sampai habis. Thanks kawan-kawan join trip kali ni. Thank you partner datang jauh dan dekat. Sayanggg korang 🥰




27 February 2018

CDM CONFERENCE 2018 | HATTEN HOTEL MELAKA


Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulillah. Ini tahun kedua Yong dapat bersama menyertai CDM Conference SHOM. Pada 12 Januari 2018 yang lepas. Yong bersama usahawan-usahawan SHOM telah menghadiri CDM Conference yang diadakan di Hotel Hatten Melaka. 


Rasa teruja sangat dapat join lagi this year. Ini merupakan persidangan tahunan untuk CDM-CDM Sahajidah Hai-O Marketing. Last year CDM Conference diadakan di Port Dickson. This year kami ke Melaka pula. 


Antara CDM G8Unity yang hadir ke CDM Conference 2018. 








Setiap kali Yong hadiri CDM Conference mesti rasa sangat bersemangat. Dapat banyak info baru mengenai perancangan syarikat sehingga 5 tahun akan datang.

Tak lupa, produk-produk baru pun bakal menggegarkan pasaran. Semua produk yang bakal jadi VIRAL. InsyaAllah pasti puas hati. Kegunaan harian untuk seluruh lapisan masyarakat. Sebab tu jadi makin sayang dengan SHOM. SHOM sentiasa berikan yang terbaik buat usahawan-usahawannya.





Waktu break, sempat lagi ber"photoshoot" dengan CDMs G8Unity. Dah tentu kelihatan seperti model gitu kann


Pada sebelah malam pula diadakan GALA DINNER bertemakan Kesultanan Melayu Melaka. Apa lagi, malam tu Yong berkebaya la u all. Jarang nak pakai kebaya, so this time merasa la pakai baju kebaya. Khas beli untuk dinner kali ni. Warna oren pula tu. Warna di luar kebiasaanku.



Masing-masing dengan baju Kesulatanan Melayu Melaka. Kemain ayu dan manis gitu.



CDM Hanis terpilih sebagai salah seorang best dress. Maka haruslah buat satu persembahan. Yong takda di atas pentas sebab jaga audio di bawah pentas hehe




Sedap betul makanan di Hotel Hatten ni. Dari pagi sampai ke malam. Makanan di hotel ni sangat menyelerakan. Kena betul dengan tekak Malaysia ai ni tau haha. Enjoy makan dengan satu team pula tu. Ada je perkara yang buatkan kita ketawa.



Keesokan harinya. Awal pagi lagi kami dah join aktiviti WALK HUNT. 
Wow mencabar juga ni. Yong first time sertai aktiviti begini tau. Mujurlah ramai-ramai kan? Kalau tak mahu juga Yong tercengat kat situ. 



My team masa WALK HUNT berlangsung. Team kami diketuai oleh CDM Kelvin. Memang enjoy sangat. Masing-masing berikan kerjasama yang padu.






Antara tempat yang wajib kami lalui untuk siapkan task yang diberikan. Baru je aktiviti berjalan, hujan renyai-renyai pagi tu. Apalagi, kami terus je redah sampai siapkan task kami semua.







Last sekali, task kami berakhir di JONKER WALK. Ramai juga CDM-CDM yang Yong baru kenal. Maklumlah saya ni kategori super junior. Rasa kerdil sangat bila bersama usahawan-usahawan hebat ni semua. InsyaAllah Yong pun akan tingkatkan prestasi agar boleh berdiri sama hebat seperti CDMs semua. 


Bagus bila diadakan aktiviti begini. Dari tak kenal boleh kenal diri masing-masing. Lepas ni insyaAllah pasti ketemu lagi.




Tahniah team CDM Shaliza kerana menang. Hebat betul mereka kerana berjaya siapkan task dengan betul. Confirm enjoy sangat! Muka pun masing-masing dah burn sebab berjemur.



InsyaAllah next year, makin ramai CDM yang akan dibawa bersama ke CDM Conference. Buat business bersama SHOM ni bukan kerana wang semata-mata. Sebenarnya dari sini Yong mengenal erti hidup yang sebenar dan erti persahabatan yang dibina. Bestnya berbisnes dengan Sahajidah Hai-O Marketing. Sedar tak sedar dah nak masuk 7 tahun dah.


Tambah pula now Yong bersama business circle G8Unity. Terus semangat kerja naik 300% gitu bila tengok kawan-kawan seperjuangan sama meroket. Masing-masing tingkatkan prestasi dan dapat bonus GEMOK. Kiter pun follow je lah.


Anyway, if u all ada yang berminat nak buat sama aktiviti macam Yong ni. Jemputlah hubungi Yong ya. No contact ada di bawah ini

Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

04 October 2016

I AM GOING TO MAKE YOU AWESOME

Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah masuk ke bulan oktober dah dalam tahun 2016 ni.

How our progress? Azam dah tercapaikah? Yang nak kurus tu dah berjaya kurus tak? Hehe

Me? Alhamdulillah.. Penghujung 2016 ni nampaknya makin menunjukkan sinar. Sikit lagi nak siapkan azamku yang dah bertahun lamanya. Harap 2017 akan beri sinar lebih indah buat Yong and keluarga. 

Doakan ya!


06 June 2016

PERCUMA HAMPER RAYA | PROMOSI PREMIUM BEAUTIFUL RAMADHAN

Assalamualaikum. 

Berjumpa lagi kita di Bulan Ramadhan yang mulai ini. Yong berbesar hati nak berkongsi kegembiraan bersama anda.. dapatkan HAMPER RAYA PERCUMA dengan setiap pembelian satu SET PREMIUM BEAUTIFUL KORSET

Promosi ni khas untuk promosi raya naaa.

dari 6 June 2016 - 3 July 2016 

Jom booking sekarang





Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

29 January 2016

2016 WILL BE MY YEAR!



Assalamualaikum & Happy New Year :)


wah dah nak penghujung bulan Januari dah pun baru nak wish Selamat Tahun Baru. Amacam dengan azam tahun ni? masih teruskan dengan azam tahun lepas atau gantikan azam yang baru?


Yong setakat ni takda azam nak kuruskan badan macam sebelum ni. Thank You to Geng Diet TDC sebab berjaya merealisasikan impian Yong nak turunkan badan. Walaupun takda kurus slim macam model tapi berjaya hilangkan berat badan almost 10 kg.. okay la tu kan??? wehuuu


Alhamdulillah banyak juga kejayaan atau azam yong yang berjaya di tahun 2015. Paling tak boleh lupa kenangan Majlis Bertunang dan Bernikah. wow! yong dah kahwin uolz.. haha


and business macam biasa masih diteruskan sampai ke saat ini. dari belum kahwin sampai dah kahwin pun masih meneruskan business online periuk nasiku ini. Moga di tahun 2016 ini kejayaan makin menyerlah. semangat betul dengan projek-projek yang telah di aturkan sepanjang tahun ini. Good luck untuk saya dan juga my team, The Diamond Circle!


Ain Zulkarnaind

016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

Archive

About Me