Showing posts with label azam tahun baru. Show all posts
Showing posts with label azam tahun baru. Show all posts

07 January 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Assalamualaikum. 

Tak terlambat rasanya untuk Yong mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua pembaca dan followers blog ini. 

Yong doakan apa sahaja azam kita pada tahun ini akan tercapai dengan cemerlang. Minta anda juga doakan agar impian Yong akan terlaksana pada tahun ini ya. Banyak perancangan serius Yong buat agar dapat tingkatkan kehidupan Yong sekeluarga.

Moga kita semua terus sukses. Amin.


29 January 2016

2016 WILL BE MY YEAR!



Assalamualaikum & Happy New Year :)


wah dah nak penghujung bulan Januari dah pun baru nak wish Selamat Tahun Baru. Amacam dengan azam tahun ni? masih teruskan dengan azam tahun lepas atau gantikan azam yang baru?


Yong setakat ni takda azam nak kuruskan badan macam sebelum ni. Thank You to Geng Diet TDC sebab berjaya merealisasikan impian Yong nak turunkan badan. Walaupun takda kurus slim macam model tapi berjaya hilangkan berat badan almost 10 kg.. okay la tu kan??? wehuuu


Alhamdulillah banyak juga kejayaan atau azam yong yang berjaya di tahun 2015. Paling tak boleh lupa kenangan Majlis Bertunang dan Bernikah. wow! yong dah kahwin uolz.. haha


and business macam biasa masih diteruskan sampai ke saat ini. dari belum kahwin sampai dah kahwin pun masih meneruskan business online periuk nasiku ini. Moga di tahun 2016 ini kejayaan makin menyerlah. semangat betul dengan projek-projek yang telah di aturkan sepanjang tahun ini. Good luck untuk saya dan juga my team, The Diamond Circle!


Ain Zulkarnaind

016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

06 December 2015

"SAYA DARI KAMPUNG JE. BELAJAR PUN TAK TINGGI SANGAT...."



Assalamualaikum.. Dah masuk bulan Disember dah kita kan? Ini gambar throwback ketika di Budapest pada Januari yang lepas smile emoticon


selama ni sebelum buat business dengan SHOM. tak pernah yong travel jauh-jauh..apatah lagi nak ke Eropah nun jauh sampai 14 jam dok dalam flight.. sakit pinggang tau.. Mujur pakai korset Premium Beautiful. dapat la kurangkan sakit belakang tu.. Alhamdulillah selama 4 tahun ni.. Yong dapat melancong ke beberapa negara. hampir 10 negara barangkali. lupa dah saya..


bukan niat nak menunjuk-nunjuk. tapi saya rasa seronok berkongsi kegembiraan dengan anda semua. saya dari kampung je. belajar pun tak tinggi. bahasa inggeris pun tak mahir sangat. cry emoticon tapi sampai la juga ke negara omputih nun.. saya cakap je guna loghat utara walau di paris nun. ingat lagi masa sampai London. org tanya berapa hari dok sana. sebab tak faham dia cakap laju sangat maka saya jawab 2 tahun. huhu teruk sangat rasa masa tu.. sadis!


tapi takpalah. belajar tak tinggi bukan penghalang untuk saya tak boleh berjaya bukan? saya sentiasa ingat apa yang saya lalui sebelum ni. bukan senang nak sampai ke tahap ni. setiap hari saya cuba untuk improve. sentiasa fikir apa yang perlu untuk majukan diri dan keluarga. fikir orang sekeliling dan bantu mereka yang memerlukan..


setiap negara saya pergi pula saya dapat belajar banyak perkara. terutama budaya dan bahasa. Dan saya sentiasa nak improve my english. terima kasih kepada yang sentiasa membantu saya.. doakan saya agar lebih maju jaya ya :)



Azam 2015 tinggal sikit belum kecapi.. takpa tak boleh putus asa..kita cuba lagi..Azam 2016 pula kena start tulis dah dari sekarang.. anda pula bagaimana?


03 January 2015

SELAMAT TAHUN 2015



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dah masuk ke tahun 2015 ye sekarang ni. How ur 2014? Banyak pahit manis yang kita semua tempuhi bukan? InsyaAllah this year kita cuba buat yang terbaik untuk diri kita.

Bagaimana dengan azam tahun baru? now masih awal tahun. Jom kita coretkan azam kita.. tulis dalam buku Nota dan simpan elok-elok. Hujung tahun nanti kita tengok result nya pula.

So far my azam 2014 ada beberapa je yang tak dapat lagi nak tunaikan. so kita sambung this year and kasi result yang lebih bombastik!

Boleh?


Archive

About Me