Showing posts with label budapest. Show all posts
Showing posts with label budapest. Show all posts

06 December 2015

"SAYA DARI KAMPUNG JE. BELAJAR PUN TAK TINGGI SANGAT...."



Assalamualaikum.. Dah masuk bulan Disember dah kita kan? Ini gambar throwback ketika di Budapest pada Januari yang lepas smile emoticon


selama ni sebelum buat business dengan SHOM. tak pernah yong travel jauh-jauh..apatah lagi nak ke Eropah nun jauh sampai 14 jam dok dalam flight.. sakit pinggang tau.. Mujur pakai korset Premium Beautiful. dapat la kurangkan sakit belakang tu.. Alhamdulillah selama 4 tahun ni.. Yong dapat melancong ke beberapa negara. hampir 10 negara barangkali. lupa dah saya..


bukan niat nak menunjuk-nunjuk. tapi saya rasa seronok berkongsi kegembiraan dengan anda semua. saya dari kampung je. belajar pun tak tinggi. bahasa inggeris pun tak mahir sangat. cry emoticon tapi sampai la juga ke negara omputih nun.. saya cakap je guna loghat utara walau di paris nun. ingat lagi masa sampai London. org tanya berapa hari dok sana. sebab tak faham dia cakap laju sangat maka saya jawab 2 tahun. huhu teruk sangat rasa masa tu.. sadis!


tapi takpalah. belajar tak tinggi bukan penghalang untuk saya tak boleh berjaya bukan? saya sentiasa ingat apa yang saya lalui sebelum ni. bukan senang nak sampai ke tahap ni. setiap hari saya cuba untuk improve. sentiasa fikir apa yang perlu untuk majukan diri dan keluarga. fikir orang sekeliling dan bantu mereka yang memerlukan..


setiap negara saya pergi pula saya dapat belajar banyak perkara. terutama budaya dan bahasa. Dan saya sentiasa nak improve my english. terima kasih kepada yang sentiasa membantu saya.. doakan saya agar lebih maju jaya ya :)



Azam 2015 tinggal sikit belum kecapi.. takpa tak boleh putus asa..kita cuba lagi..Azam 2016 pula kena start tulis dah dari sekarang.. anda pula bagaimana?


11 April 2015

DAY 1 - EURO TRIP IN BUDAPEST, HUNGARY

Assalamualaikum :) 


Alhamdulillah dah tiba nya masa untuk update story about my free trip tu Vienna and Budapest pada January yang lepas..dah 3 bulan berlalu tapi masih segar di ingatan tau.. Alhamdulillah ini free trip yong yang ke-7 dengan business online yang buat sekarang.. seronok bila dapat free trip ni sebab semuanya di tanggung beres.. Hote mewah, flight terbaik, makanan halal dan jalan-jalan di sana semuanya di tanggung..


Yong just bawa diri dan beg je sebab nak isi barang shopping.. hehe.. teruja betul nak share cerita menarik di sana.. tanpa membuang masa jom kita lihat gambar yang tersedia.




waktu nak check in di KLIA.. muka excited semua ni. pakai baju merah and tudung pun sama untuk kami bertiga. (kami = Yong, Kak Ija & Kakak Ain)




so perjalanan kami amik masa about 6-7 hours sebelum transit di Dubai.. masa ni masih terlalu awal.. so tunggu kejap sebelum kami mula breakfast di airport..




welcome to Dubai.. my first time here




my breakfast di kala itu.. pertama kali makan pizza as my breakfast. sungguh tak kena tekak.. bukan tak suka makan pizza cuma topping dia agak masam sikit and saya kurang selera.. makan sikit je tak habis pun..



Ni lah restaurant nya.




menjadi pilihan kawan-kawan yang lain juga. so kami transit di sana about 4 hours. dari airport tak ramai orang sampai la penuh sesak.. hehe apa pun best sebab sempat shopping souvier di sana..




sampai je airport Budapest terus salin baju sejuk. nah! muka excited lagi nih.. dah lama tak pegang salji macam ni la rupa dia haha




 setiap kali travel kami mesti tak lepaskan peluang untuk singgah ke Hard Rock Cafe di negara yang kami pergi.. syukur kali ni dapat ke Hard Rock Cafe Budapest. ramai kawan order t-shirt and pins. maka dapat lah shopping sikit di sini..




sampai lah kami di Budapest. seronok tengok pemandangan di depan hotel yang kami stay.. bangunan di sini bangunan lama.. kawasan sekitar pula tak ramai orang. penduduk kurang.








sebelum keluar dinner di tempat yang special.. ini Hotel yang kami stay








keadaan bilik kami.. sangat selesa.. sepanjang trip di Europe yong sebilik dengan Kakak Ain.. ok la tu kan.. Ain bertemu Ain.. so sweet! haha





Restoren makan malam kami.. ada tarian juga tau.. hebat betul.. unik! makanan pun sedap of course tak sama langsung dengan makanan kita di Malaysia.. mujur la tekak ku ini boleh je makan apa pun.. so we enjoy our food here sambil tengok persembahan dari orang tempatan..


so tamat lah cerita di hari pertama.. stay tune.. yong will update our Day 2 story..


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

Archive

About Me