06 December 2015

"SAYA DARI KAMPUNG JE. BELAJAR PUN TAK TINGGI SANGAT...."



Assalamualaikum.. Dah masuk bulan Disember dah kita kan? Ini gambar throwback ketika di Budapest pada Januari yang lepas smile emoticon


selama ni sebelum buat business dengan SHOM. tak pernah yong travel jauh-jauh..apatah lagi nak ke Eropah nun jauh sampai 14 jam dok dalam flight.. sakit pinggang tau.. Mujur pakai korset Premium Beautiful. dapat la kurangkan sakit belakang tu.. Alhamdulillah selama 4 tahun ni.. Yong dapat melancong ke beberapa negara. hampir 10 negara barangkali. lupa dah saya..


bukan niat nak menunjuk-nunjuk. tapi saya rasa seronok berkongsi kegembiraan dengan anda semua. saya dari kampung je. belajar pun tak tinggi. bahasa inggeris pun tak mahir sangat. cry emoticon tapi sampai la juga ke negara omputih nun.. saya cakap je guna loghat utara walau di paris nun. ingat lagi masa sampai London. org tanya berapa hari dok sana. sebab tak faham dia cakap laju sangat maka saya jawab 2 tahun. huhu teruk sangat rasa masa tu.. sadis!


tapi takpalah. belajar tak tinggi bukan penghalang untuk saya tak boleh berjaya bukan? saya sentiasa ingat apa yang saya lalui sebelum ni. bukan senang nak sampai ke tahap ni. setiap hari saya cuba untuk improve. sentiasa fikir apa yang perlu untuk majukan diri dan keluarga. fikir orang sekeliling dan bantu mereka yang memerlukan..


setiap negara saya pergi pula saya dapat belajar banyak perkara. terutama budaya dan bahasa. Dan saya sentiasa nak improve my english. terima kasih kepada yang sentiasa membantu saya.. doakan saya agar lebih maju jaya ya :)



Azam 2015 tinggal sikit belum kecapi.. takpa tak boleh putus asa..kita cuba lagi..Azam 2016 pula kena start tulis dah dari sekarang.. anda pula bagaimana?


No comments:

Archive

About Me