Showing posts with label crown diamond manager. Show all posts
Showing posts with label crown diamond manager. Show all posts

19 December 2017

MY DREAM MY STORY | CDM AIN ZULKARNAIND

4 November 2017 


Satu tarikh bersejarah buat Yong dan juga suami. Dah lama Yong nantikan saat untuk bertemu tarikh 4 Nov 2017.


Alhamdulillah. Pada hari tesebut Yong berada di atas pentas untuk menerima anugerah pangkat Crown Diamond Manager. Rasa sangat bersyukur dan gembira bila berada di atas bersama suami. 


Banyak juga persiapan yang Yong buat untuk hadir ke majlis anugerah kali ni. Maklumlah majlis yang sangat special. Maka persiapan haruslah berbulan-bulan lamanya :)


Bermula dengan tempah baju dengan fashion designer, cari servis make-up artis, hotel untuk penginapan dan macam-macam lagi. The best part is lepas je Majlis Ulangtahun SHOM ke 25, malam tu kami team TDC ada annual dinner pula. Dan Yong sebagai Project Manager pada tahun 2017.


Majlis kahwin Yong dulu pun tak se"grand" ini tau. Kiranya tahun ini macam bersanding kali kedua dengan suami la hehe. 






















Terima kasih Yong ucapkan kepada semua ahli keluarga, suami, mentor, rakan kongsi, kawan-kawan dan kepada yang mengenali diri Yong ini kerana sentiasa menyokong bisnes yang Yong buat ini. Rasa terharu bila lihat kawan-kawan team TDC yang hadir tak kira jauh atau dekat. Jauh menempuh perjalanan untuk ke majlis kali ini. Terima kasih buat semua ya.



Teringat saat bermula dulu. Start business dulu bukan terus senang. Zaman tu baru nak start online business. Walaupun masa tu tak mahir dengan bisnes korset ni, tapi tetap juga nak teruskan. Yong yakin dengan bisnes ni mampu mengubah kehidupan Yong.



Dulu, nak datang class di KL pun bukan ada kereta. Terpaksa la naik bus ulang alik dari Kedah ke KL. Bila family beri pinjam kereta. Dapatlah ulang alik ke KL dengan kereta kancil putih. Ramai orang tak percaya kereta kancil comel tu berjaya ke KL, kadang-kadang terlajak ke Seremban.



Banyak perkara LUAR BIASA yong buat masa awal start bisnes dulu. Yong yakin 2018 kita semua akan lalui fenomena luar biasa seperti dulu. Nak income Gemok-Gemok, semangat Fighter dan nak buat yang terbaik dalam hidup.



Semoga kisah kejayaan ini memberi inspirasi buat semua usahawan TDC. Diraikan di pentas Majlis Ulangtahun syarikat merupakan idaman buat semua usahawan SHOM. Saya doakan kejayaan anda juga. Amin.



Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


23 October 2017

DEBARAN KIAN TERASA


Mata asyik scroll newsfeed di facebook. Tiba-tibe terpandang Page Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM).. Eh! Gambar macam dah publish jerk!

SAH!

Ada beberapa gambar CDM yang bakal naik pentas November nanti dan publish di page SHOM. Apa lagi, cepat-cepat Yong cari kot-kot ada juga wajah Yong disitu. hehe Yes! ada pun.. fuhh.. Tak tahu nak cakap apa, rasa sayu sangat hati ni tau saat pertama kali tengok gambar ni.


Terbayang macam-macam. Selama 6 tahun ni macam-macam perkara Yong lalui. Jatuh bangun bersama team TDC. Rasa berbaloi sangat Yong tunggu bertahun-tahun untuk naik ke pangkat Crown Diamond Manager.


Dari dulu lagi Yong dah ditanam dalam minda. Buat bisnes ni tak boleh main-main. Alang-alang dah buat tu, terus je aim naik pengkat paling atas sekali iaitu CDM. Idaman semua usahawan SHOM. Idaman Yong juga! dan Yong mengidam nak naik pentas bersama suami tercinta. Padahal masa start bisnes ni masih single. Nampak tak beria nak kawin sebab nak naik pentas sama-sama hehe



Apa pun, terima kasih buat keluarga Yong, terutama sekali Tok, abah dan adik-adik. Suami Yong, Encik Abdul Halim Ibrahim, Anak tercinta baby Aisyah Amani, makcik-makcik Yong, Mentor, rakan kongsi, kawan-kawan dan semua yang mengenali Yong. Terima kasih atas sokongan anda semua.



Rasa gembira dan excited sangat menunggu saat terima anugerah di atas pentas. U all nantikan ye update pada 4 November 2017 nanti. Malam tu pula ada TDC Dinner. wow! havoc sangat tau nanti.


See tune! Bye :)


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

24 July 2017

JAMUAN RAYA SHOM 2017


Assalamualaikum. 

Pada 12 July 2017 yang lepas Yong berpeluang menghadiri Jamuan Raya Sahajidah Hai-O Marketing  (SHOM). 

Ini kali pertama yong dapat sertai majlis hari raya SHOM setelah bergelar Crown Diamond Manager. Majlis sebegini atas jemputan SHOM khas buat yang telah bergelar CDM sahaja. Wow! Mesti special kan?

Setiap tahun ada saja majlis yang Yong tak sabar nak join. Majlis dari SHOM memang ditunggu-tunggu kerana sentiasa ada good news yang akan diumumkan.  Memang betul! Bagai dijangka SHOM umumkan akan keluarkan beberapa lagi produk baru untuk kami semua. 

Tak lupa kami dipanaskan lagi dengan new trip ke Korea. Dah tahu dah kemana kami akan pergi nanti. Semua tempat best belaka. Tak sabar nak all out leboh lagi bersama team. 






Bergambar tu wajib la kan? Hehe Pada majlis kali ni Yong hadir bersama CDM Shaliza dan pasangan beliau DDM Ridhuan Che Rus. CDM Ain pula tak dapat hadir kerana menunggu saat untuk melahirkan baby ketiga beliau. 



Mentor kesayangan saya ni tau. Terima kasih Cdm Ija kerana setia mendidik dan mencanai saya dari zero sampai la menjadi CDM. 




Bergambar bersama CDM-CDM hebat SHOM. Ambil aura mereka juga. Balik rumah tak senang duduk jadinya tau. Nak kerja lebih lagi 💪






My favourite food. Lemang dan ketupat. Ini la menu yang ditunggu-tunggu setiap kali pergi rumah terbuka tau. Dapat juga makan lemang. Lembut sangat, rendang pun maveles! Tak rugi cheat day hahaha


Makanan yang lain pun super awesome. Ada nasi, aneka mee, kambing bakar, soto, ais kacang dan pelbagai lagi juadah. Semuanya 5 start gitu. 







Acara yang ditunggu-tunggu buat CDM yang cemerlang. Dapat bonus extra 2% di majlis SHOM. Tahniah CDM Shaliza! Proud of you. Bukan calang-calang orang tau boleh dapat bonus ni. 2% bonus pun bernilai Min 5 angka! Wow tak? 


InsyaAllah my turn will coming soon. Tak sia-sia join buainess ni. Banyak manfaat yang kami dapat. Paling penting bisnes ni for long term, produk mudah jual, bisnes plan telus dan boleh diwarisi. 


Best kan? U all yang mana nak join kami boleh segera mesej yong ye. Lagi cepat lagi bagus. 


Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

25 November 2016

TDC CELEBRATION | CDM 2016

SUBHANALLAH 
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR

Gembira tak terkata bila dah "CONFIRM". Inilah saat-saat yang di tunggu-tunggu selama ini. 5 tahun dalam business ni. Pelbagai suka duga sudah ku lalui dengan sabar. Akhirnya pangkat tertinggi dalam bisnes ni iaitu CROWN DIAMOND MANAGER dalam genggaman. Bulan Oktober 2016 pasti terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. 



Terima kasih buat semua yang beri sokongan kepada Yong selama ini. Tanpa anda semua siapalah Yong di saat ini. Kejayaan ini kejayaan bersama. Kita raikan bersama kumpulan. Syukur dipertemukan dengan team THE DIAMOND CIRCLE (TDC). Very strong team, hubungan sangat rapat dan kami seperti satu family. Happy bila dapat berkumpul bersama.Tak lupa kepada rakan kongsi Yong semua kerana percayakan Yong. Terima kasih hadir untuk sama-sama celebrate Yong. Juga kepada my family, Tok, Abah, adik-adik, suami dan yang lain-lain terima kasih kerana memahami kerjaya Yong sekarang. Moga Yong dapat lebih membantu dan tingkatkan ekonomi keluarga kita dan beri nilai dalam kehidupan orang lain juga. Amin. Doakan ya :)



Oh! sebelum terlupa.. Jemputlah lihat perjalan bisnes Yong selama 5 tahun ini.. anda boleh lah ke entri sebelum ni ya klik sini ~~~ > CDM Ain Zulkarnaind.



Tanpa membuang masa, now jom kita enjoy lihat gambar-gambar semasa TDC Celebration awal bulan ini. Kami raikan New Crown Diamond Manager (CDM), New Double Diamond Manager (DDM) dan seorang 100k Qualifier pada hari tersebut.





My DDM, fresh from the oven

DDM Fiza Mahazir



Tahniah DDM Siti Azlina Osman @ DDM Olyn atas pencapaian terbaik anda. Moga terus sukses.




Kek ni sangat-sangat sedap! tak sangka betul bila makan boleh rasa terpegun hehe. 






Masa ni CDM Shaliza baru je share sedikit tentang kisah hidup Yong. Fuh tak tahan sebak. Tak plan nak nangis pun tau huhu Actually, yong pun dah lupa kisah tentang Yong terpaksa berhenti belajar dulu. Kalau difikirkan semula memang sedih sangat. Memang menitis air mata. Rupanya masa depanku yang bersinar baru bermula saat berhenti belajar tu, Syukur Ya Allah.









CDMs of The Diamond Circle team. 




Thanks mak untuk bunga cokelat ni. 





Thanks to my team yang hadir dari Utara juga from Klang Valley.







Tak lupa kepada suami tercinta, Abg Halim datang raikan Yong. Sentiasa support Yong dari dulu sampai sekarang.











Seronok bila bekerja dalam satu team. Perkara yang susah jadi mudah. Idea dan support tak pernah berhenti. TDC satu team yang hebat! Hebat berniaga ONLINE, satu team yang punyai jalinan hebat. Moga ikatan ukhwah kita berterusan dan berkekalan. InsyaAllah.


Kepada yang masih tercari-cari peluang perniagaan atau extra income. Yong sangat mengalu-alukan kedatangan anda bersama kami. InsyaAllah Yong akan cuba bantu anda sedaya upaya Yong. Apa tunggu lagi. Jemputlah contact Yong sekarang ye. Jadilah sebahagian dari TDC. 



Saya Hebat, Kami Hebat, TDC Hebat!
YES!


Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

Archive

About Me