19 December 2017

MY DREAM MY STORY | CDM AIN ZULKARNAIND

4 November 2017 


Satu tarikh bersejarah buat Yong dan juga suami. Dah lama Yong nantikan saat untuk bertemu tarikh 4 Nov 2017.


Alhamdulillah. Pada hari tesebut Yong berada di atas pentas untuk menerima anugerah pangkat Crown Diamond Manager. Rasa sangat bersyukur dan gembira bila berada di atas bersama suami. 


Banyak juga persiapan yang Yong buat untuk hadir ke majlis anugerah kali ni. Maklumlah majlis yang sangat special. Maka persiapan haruslah berbulan-bulan lamanya :)


Bermula dengan tempah baju dengan fashion designer, cari servis make-up artis, hotel untuk penginapan dan macam-macam lagi. The best part is lepas je Majlis Ulangtahun SHOM ke 25, malam tu kami team TDC ada annual dinner pula. Dan Yong sebagai Project Manager pada tahun 2017.


Majlis kahwin Yong dulu pun tak se"grand" ini tau. Kiranya tahun ini macam bersanding kali kedua dengan suami la hehe. 






















Terima kasih Yong ucapkan kepada semua ahli keluarga, suami, mentor, rakan kongsi, kawan-kawan dan kepada yang mengenali diri Yong ini kerana sentiasa menyokong bisnes yang Yong buat ini. Rasa terharu bila lihat kawan-kawan team TDC yang hadir tak kira jauh atau dekat. Jauh menempuh perjalanan untuk ke majlis kali ini. Terima kasih buat semua ya.



Teringat saat bermula dulu. Start business dulu bukan terus senang. Zaman tu baru nak start online business. Walaupun masa tu tak mahir dengan bisnes korset ni, tapi tetap juga nak teruskan. Yong yakin dengan bisnes ni mampu mengubah kehidupan Yong.



Dulu, nak datang class di KL pun bukan ada kereta. Terpaksa la naik bus ulang alik dari Kedah ke KL. Bila family beri pinjam kereta. Dapatlah ulang alik ke KL dengan kereta kancil putih. Ramai orang tak percaya kereta kancil comel tu berjaya ke KL, kadang-kadang terlajak ke Seremban.



Banyak perkara LUAR BIASA yong buat masa awal start bisnes dulu. Yong yakin 2018 kita semua akan lalui fenomena luar biasa seperti dulu. Nak income Gemok-Gemok, semangat Fighter dan nak buat yang terbaik dalam hidup.



Semoga kisah kejayaan ini memberi inspirasi buat semua usahawan TDC. Diraikan di pentas Majlis Ulangtahun syarikat merupakan idaman buat semua usahawan SHOM. Saya doakan kejayaan anda juga. Amin.



Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


No comments:

Archive

About Me