Showing posts with label RESEPI MUDAH. Show all posts
Showing posts with label RESEPI MUDAH. Show all posts

13 December 2019

POPIA TELUR MUDAH

APA NAK BUAT DENGAN STOK PUTIH TELUR YANG BANYAK NI?
Haaa ini jawapannya ⤵️⤵️⤵️

Kita buat POPIA TELUR MUDAH!

Gituuu nama resepinya haha. Stok putih telur banyak sangat guys dalam peti ais. Jenuh memikir nak masak apa. Kuning telur dah selamat jadi JALA EMAS dah. Si putih telur meh akak popiakan je hehe

Bahan-bahan mudah jur.
Kulit popia size kecil/besar
Putih telur
Minyak/butter/marjerin
Perasa (tengok gambar)
Tambahan : crab stick & sosej

Cara-cara:
• Panaskan marjerin
• Masukkan putih telur dan masukkan geng perasa pastu gaul gaul sampai jadi scramble-eggs.
• Masukkan crab stick & sosej. Gaul sampai masak.
• Sediakan kulit popia. Yong guna size yang besar. Sengaja amik size besar sebab nak makan popia goreng gemok montel. Kikiki
• Okay dah boleh start menggulung pastu goreng.
• Dah siappppp! Jemput makan ye.

Marjerin dipanaskan

Masukkan putih telur

Another bekas putih telur

Masukkan garam

Masukkan perasa

Lada hitam sarawak

kacaukan dia yeee

Masukkan crab stick dan sosej



Kalau takda takpa tau. Kebetulan ada, boh ja semua okay.

Gaul aje semua

Tambahan. Serbuk Cheese.

Cheese sekeping. Takda pun takda hal okay

Dah boleh start menggulung.


Gemuk montel popia kita hehe

Start menggoreng. Api jangan kuat sangat k



Jemput makan. Rangupnyaaaa! 


#Share jika bermanfaat.
Ain Zulkarnaind
- suka masak kuih


17 May 2017

RESEPI MUDAH KEK OREN TRADISIONAL.

Kek oren dan Yong dah sinonim hehe. Ini kek kesukaan Tok yong. since Yong mahir buat kek ini maka setiap kali tok teringin mesti suruh Yong buatkan. Kek lain kurang suka, kek yang satu ni suka sangat jadinya. Simple, plain, ringan, gebu. Haa apa la nak describe tentang kek oren Yong ni.


Maybe lain orang lain citarasanya. Some people suka kek yang ada ising, ada cheese or ada cream. Some people suka yang plain ajer macam tok dan abang Halim. So inilah dia kek oren ku. 


Baru-baru Yong buat kek ni untuk kawan-kawan di class TDC Utara. dapatlah mereka rasa kek oren Yong. takdalah sedap sangat tapi boleh lah untuk jadikan mereka ingat kat Yong hehe


Yong buat dengan penuh kasih sayang tau. So alang-alang tu, here the recipe. Maybe ada yang nak try di rumah. Resepi khas yang confirm menjadi kalau follow this recipe tau. Cubalah.


Resepi kek oren Yong

195g marjerin
3/4 cawan gula kastor
3 telur gred A-asingkan kuning telur dan putih telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu sunquick
1 sudu kecil perasa oren


Cara-cara

1.Pukul telur putih hingga kembang.Asingkan.
2. Pukul marjerin dan gula kastor
3.Tambah kuning telur dan perasa oren..Pukul lagi.
4. Tambah tepung sedikit demi sedikit bersama oren sunquick
5. Masukkan putih telur kembali.Pukul sebentar.
6. Panaskan Ovenkan..

7. Bakar pada180 C untuk 40 hingga 45minit


Dah cuba jangan lupa share your feedback ye. Menjadi ke idok hehe Nanti boleh la buat untuk makan selepas solat Terawikh atau jadikan salah satu juadah masa raya nanti.

Selamat mencuba. Jom makan kek Oren.

29 October 2014

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI MUDAH

Ok now dah jadi fenomena kan Jeruk mangga asam boi ni. tengok banyak resepi dan gambar. tak tahan jadinya..

Masa berada di dapur semalam. tak sangka ada mangga muda dan asam boi. fuh! apa lagi.. terus la siapkan jeruk mangga ni kan.. so jom yong share resepi

Bahan-bahan 
2 biji mangga muda (nama mangga yong guna Mango King) - buang kulit dan hiris
4 sudu gula 
7 biji cili padi hijau dan merah - tambah lagi jika suka pedas
10 biji asam boi - boleh tambah lagi jika suka
Secubit garam

Caranya
  • Mangga dibuang kulit dan hiriskan memanjang. Basuh dan toskan.
  • Taburkan gula dan secubit garam. Gaul rata dan sebatikan.
  • Letakkan cili padi yang telah dihiris. Kemudian gaulkan bersama dengan asam boi. 
  • Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.





ini lah rupanya. mangga ni rangup tau. tak buat jeruk pun dah sedap sangat.. oke meleleh air liur. jemput makan ye :)



Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

15 July 2013

AYAM MASAK COKE | RESEPI MUDAH

Assalamualaikum semua. hari ni mood yong oke..so rajin la pulak nak memasak untuk berbuka puasa malam nanti.so menu pilihan yong hari ni ialah Ayam Masak Coke.. mudah sangat u all.. rasanya semua orang boleh buat ni.. alang-alang dah masak tu yong selitkan resepi ayam masak coke ni untuk u all. mana tahu ada yang nak cuba ke kan? selamat mencuba.
Bahan-bahan : -
  • 1 Ekor Ayam ( potong ikut kegemaran anda )
  • 1 Sudu Teh Garam Buluh (garam biasa pun boleh)
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 6 Ulas Bawang Putih ( Dititik )
  • Sebatang Serai (dipotong halus)
  • Sedikit Halia (dipotong halus)
  • Seulas Bawang Besar (dipotong halus)
  • 1 Tin Coca-cola
  • 1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
  • 2 Sudu Teh Gula
  • 1 Sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus 

Cara Penyediaannya : -
  • Perap ayam dengan garam.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, serai dan masukkan ayam.Kacau selama 2 minit.
  • Masukkan coca-cola, serbuk pati ayam dan gula.
  • Biar mendidih hingga sos menjadi pekat.
  • Dah boleh dihidang panas bersama nasi.


Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


Archive

About Me