Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

17 May 2017

RESEPI MUDAH KEK OREN TRADISIONAL.

Kek oren dan Yong dah sinonim hehe. Ini kek kesukaan Tok yong. since Yong mahir buat kek ini maka setiap kali tok teringin mesti suruh Yong buatkan. Kek lain kurang suka, kek yang satu ni suka sangat jadinya. Simple, plain, ringan, gebu. Haa apa la nak describe tentang kek oren Yong ni.


Maybe lain orang lain citarasanya. Some people suka kek yang ada ising, ada cheese or ada cream. Some people suka yang plain ajer macam tok dan abang Halim. So inilah dia kek oren ku. 


Baru-baru Yong buat kek ni untuk kawan-kawan di class TDC Utara. dapatlah mereka rasa kek oren Yong. takdalah sedap sangat tapi boleh lah untuk jadikan mereka ingat kat Yong hehe


Yong buat dengan penuh kasih sayang tau. So alang-alang tu, here the recipe. Maybe ada yang nak try di rumah. Resepi khas yang confirm menjadi kalau follow this recipe tau. Cubalah.


Resepi kek oren Yong

195g marjerin
3/4 cawan gula kastor
3 telur gred A-asingkan kuning telur dan putih telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu sunquick
1 sudu kecil perasa oren


Cara-cara

1.Pukul telur putih hingga kembang.Asingkan.
2. Pukul marjerin dan gula kastor
3.Tambah kuning telur dan perasa oren..Pukul lagi.
4. Tambah tepung sedikit demi sedikit bersama oren sunquick
5. Masukkan putih telur kembali.Pukul sebentar.
6. Panaskan Ovenkan..

7. Bakar pada180 C untuk 40 hingga 45minit


Dah cuba jangan lupa share your feedback ye. Menjadi ke idok hehe Nanti boleh la buat untuk makan selepas solat Terawikh atau jadikan salah satu juadah masa raya nanti.

Selamat mencuba. Jom makan kek Oren.

14 April 2015

RESEPI PANTANG SELEPAS BERSALIN NORMAL DAN PEMBEDAHAN


Assalamualaikum.. 

Today yong share beberapa resepi untuk masakan dalam berpantang. tak kisah jika berpantang selepas bersalin ataupun berpantang selepas berkhatan/sunat.. nak diet pun boleh juga cuba hehe

Since ramai kawan-kawan dan ada mak sedara yong yang sedang hamil sekarang, maka harus lah kita share makanan yang sesuai di masak dan dimakan ketika dalam tempoh berpantang nanti.. let's check it out!

1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

29 October 2014

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI MUDAH

Ok now dah jadi fenomena kan Jeruk mangga asam boi ni. tengok banyak resepi dan gambar. tak tahan jadinya..

Masa berada di dapur semalam. tak sangka ada mangga muda dan asam boi. fuh! apa lagi.. terus la siapkan jeruk mangga ni kan.. so jom yong share resepi

Bahan-bahan 
2 biji mangga muda (nama mangga yong guna Mango King) - buang kulit dan hiris
4 sudu gula 
7 biji cili padi hijau dan merah - tambah lagi jika suka pedas
10 biji asam boi - boleh tambah lagi jika suka
Secubit garam

Caranya
  • Mangga dibuang kulit dan hiriskan memanjang. Basuh dan toskan.
  • Taburkan gula dan secubit garam. Gaul rata dan sebatikan.
  • Letakkan cili padi yang telah dihiris. Kemudian gaulkan bersama dengan asam boi. 
  • Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.





ini lah rupanya. mangga ni rangup tau. tak buat jeruk pun dah sedap sangat.. oke meleleh air liur. jemput makan ye :)



Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

17 December 2013

CARA BUAT SIRAP STRAWBERRY MUDAH!

Assalamualaikum semua!


Yong suka buat strawberry syrup sekarang ni. Cara nak buat mudah saja. Tambah pula yong hanya menggunakan rice cooker untuk memasak di rumah sewa. So kebanyakan resepi yang yong share sangat sesuai kepada anda yang mempunyai alatan dan perkakas dapur yang tidak mencukupi.





First, barang yang wajib ada ialah strawberry, gula dan air.. Then masak air di dalam rice cooker bersama buah strawberry tadi dicampur dengan gula. Biaq p sampai mendidih.. bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais. Sangat sesuai dihidang bersama ais! Slurpppp!!! 


Selamat mencuba!


15 July 2013

AYAM MASAK COKE | RESEPI MUDAH

Assalamualaikum semua. hari ni mood yong oke..so rajin la pulak nak memasak untuk berbuka puasa malam nanti.so menu pilihan yong hari ni ialah Ayam Masak Coke.. mudah sangat u all.. rasanya semua orang boleh buat ni.. alang-alang dah masak tu yong selitkan resepi ayam masak coke ni untuk u all. mana tahu ada yang nak cuba ke kan? selamat mencuba.
Bahan-bahan : -
  • 1 Ekor Ayam ( potong ikut kegemaran anda )
  • 1 Sudu Teh Garam Buluh (garam biasa pun boleh)
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 6 Ulas Bawang Putih ( Dititik )
  • Sebatang Serai (dipotong halus)
  • Sedikit Halia (dipotong halus)
  • Seulas Bawang Besar (dipotong halus)
  • 1 Tin Coca-cola
  • 1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
  • 2 Sudu Teh Gula
  • 1 Sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus 

Cara Penyediaannya : -
  • Perap ayam dengan garam.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, serai dan masukkan ayam.Kacau selama 2 minit.
  • Masukkan coca-cola, serbuk pati ayam dan gula.
  • Biar mendidih hingga sos menjadi pekat.
  • Dah boleh dihidang panas bersama nasi.


Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


29 October 2012

BUBUR PULUT HITAM | RESEPI MUDAH DAN CEPAT

Alhamdulillah..semalam sempat juga memasak untuk family..tekak ni teringin nak merasa bubur pulut hitam..so ringan je tangan ni bergerak capai barang dan terus memulakan operasi.. hehe dah lama tak memasak untuk family..sejak-sejak dah pencen jadi tukang buat kek ni kan..dapur pun segan je nak masuk hik hik hik




inilah rupa BUBUR PULUT HITAM yang yong masak semalam..nice jugak rasanya.. alhamdulillah abah suka :) next abah suruh masak BUBUR GANDUM pulak..hehehe cemana nak buat bubur gamdum ek..kena la yong mintak pertolongan Mr.Goggle lagi nanti.. oke kepada yang nak cuba resepi ni..yong ada sediakan resepi untuk rujukan masa hadapan.. silakan mencuba :)



Bahan :

1 cawan beras pulut hitam ~ direndam sejam (semalam lagi ok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
1 cawan santan fresh
2 helai daun pandan


Cara:
  • Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk  api sederhana).
  • Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam. Masak lagi hingga gula hancur.
  • Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
  • Padamkan api. Siap! 



Archive

About Me