06 September 2017

GOLD COAST TRIP 2017 | KLIA-CHANGI AIRPORT

Assalamualaikum. Entri kali ini Yong ingin berkongsi pengalaman Yong ketika melancong ke Gold Coast Australia. Alhamdulillah ini pakej melancong yang ke-11 Yong bersama Sahajidah Hai-O Marketing. Of course masih rasa teruja dan tak sabar nak sampai ke Gold Coast.


Last time Yong ke Gold Coast pada tahun 2014 dan sudah tentu banyak perubahan pada tahun ini bukan?


So macam biasa, bila semua kelengkapan dah ready. Perkara yang Yong tak boleh ambil ringan iala bab internet connection. Penting sangat tau! Bukan je sebab nak contact client atau nak share info untuk kawan-kawan di Malaysia, tapi nak memudahkan Yong untuk contact family dan anak. Ye la kan. Ini kali kedua Yong berjauhan dengan Aisyah Amani untuk ke luar negara. Dulu kali pertama semasa Yong travel ke Beijing.


Untuk kali ini, Yong masih menggunakan khidmat telco Digi untuk kegunaan Yong di Australia. Tambah pula ada promosi untuk roaming. Rm25 sahaja charge untuk kegunaan 2GB internet dan juga 30 minit telefon selama 3 hari. After 3 hari yong tambah sahaja lagi kuota. So total Rm50 sahaja untuk kegunaan Internet dan panggilan telefon Yong di Australia>



Di Australia, Yong pilih network Telstra. 




Yong pilih pakej Rm25 untuk 2GB. 




Alhamdulillah, tiada cas tersembunyi. Line okay dan internet sangat laju. Memang puas hati sangat. Selalunya sebelum travel memang Yong akan check dulu info untuk kegunaan internet di luar negara. Untung kali ni sebab ada pakej pula. So dapatlah berjimat kan?


Cara nak ON kan pakej tu ialah
- Sampai je Australia. Tunggu dulu line Telstra muncul. 
- Sebelum tu, Off dulu mobile data dan roaming.
- Tekan *800# dan pilih yang yang bersesuaian.
- Setelah terima SMS. boleh On data dan roaming. Selamat menggunakan internet.

 Jom sambung baca cerita Yong.

 I
Ini sebahagian dari ahli bus kami nanti. Sama-sama naik flight as a group. Otai-otai hebat ni tau. Pakar dalam bisnes dan sangat berpengalaman. Untung Yong dapat berjumpa mereka. Dapat belajar banyak perkara baru.


Masa ni malu-malu kucing lagi sebab tak kenal mereka lagi. Lepas dah sampai Australia. Terus okay ajer hehe



Pose di tempat wajib setiap kali nak travel luar negara haha



Kali ini, Yong berpeluang sekali lagi untuk naik Singapore Airlines. Best tau. Sangat selesa dan paling penting. Makanan sangat sedap :p





Boarding time! apa pun ambil gambar dulu. Time ni muka berseri lagi. Maklumlah baru nak gerak kan? Kami akan transit di Changi Airport dulu sebelum meneruskan 7 jam perjalanan ke Brisbane.



Trip kali ini Yong bersama CDM Shaliza dan Ddm Olyn. Cdm Ain tak dapat follow bersama kerana masih dalam pantang. Rindu pulak kan :)




My travel buddy since 2012. Mana je mak pergi I tetap follow okay.



KLIA ke Changi Airport hanya ambil masa lebih kurang 50 minit. Sekejap sangat. Tak sempat apa pun dah sampai hehe. So sampai je airport kami ambil masa lebih kurang 2 jam untuk transit. Dapat 1 kupon untuk kegunaan dalam airport yang bernilai 20 SGD. Banyak la tu kan?


Time ni kami tak guna lagi kupon ni sebab bergegas ke next terminal. Besar juga terminal kat sini. sampai confius kami. hehe So we decided untuk guna this coupon time balik ke sini semula.


Walaupun lapar, tahan jela sebab tahu masuk je flight karang akan dapat makan & I love makanan dalam flight soo much :p



Time to boarding. "May I check your passport madam"

:)



Tara! Banyak sangat makanan kan? Sesuai sangat hidangan ni untuk orang yang kelaparan macam kami ni. Makan sampai tak larat nak habiskan. Lepas tu belum sempat nak hadam makan, diberinya pula aiskrim magnum. Fuh! terpaksa la tolak sebab terlalu kenyang.


Yong suka betul la nasi goreng udang ni. Perfect! My taste gitu. yums!


Mula la rindu nak travel lagi hehehe



Okay cukup untuk entri kali ini. Jangan lupa nantikan entri Hari Kedua pula okay. Stay tune


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


1 comment:

dear anies said...

best nyer.. kupon tu hanya penumpang transit je ke yg dpt?

Archive

About Me