Showing posts with label lunch. Show all posts
Showing posts with label lunch. Show all posts

22 October 2013

SCHOOL LUNCH IN FRANCE

Assalamualaikum semua :)

hari ni yong nak share u all beberapa gambar tentang menu lunch untuk para sekolah di Perancis..

Actually di saat yong menaip entri ni dah tiba waktu lunch, disebabkan tengah ON diet :p maka haruslah yong mencari-cari menu yang sesuai dengan diriku kala ini.. haha kalo tak asyik cari nasi jerk! hampeh kan??

jom nengok menu yang tersedia.. bukan budak sekolah punya menu jer.. sekali menu orang dewasa oke hehe


macam ni pun oke dah kan? sedap nyaaa


simple.. boleh kenyang nih.. 


menyelerakan


yang ni yong suka!!!


uiks! tak diet ni.. burger pulak tu!


tak kenyang ni haha


simple dan oke lah!



not bad


huaa comel :)


seronok tengok kan? insyaAllah yong pasti boleh dapat berat IDEAL yang yong idamkan selama ini.. cuma makan kena kena kawal sikit..sebelum ni pantang nampak kek, chocolate and ice-cream..pasti makan banyak-banyak.. bukan apa..risau berat naik sangat and ada penyakit.. so sebelum penyakit datang baik yong jaga kesihatan yong..

anyone yang ada tips untuk kurangkan selera makan ni boleh la share.. yong tak nak ambil any product untuk slim dah sebab dah terlalu banyak product yong ambil sejak kecil.. now yong nak cuba tips lain juga senaman yang baik untuk yong..


selain tu yong juga amalkan minum air orang + lemon + cucumber.. sedap juga! minum malam esok pagi memang flush habis.. badan rasa ringan dan perut pun selesa.. yeah!

semoga yong konsisten dengan diet yang ada sekarang.. u all jangan ajak makan kek, aiskrim and colekat dah oke :p

any tips?? pls share with me.. sayang semua!

source: google




07 November 2012

LUNCH DI JO CENDOL PULUT

salam u ols!

last 2 week yong with auntie a.k.a my business partner ada buat road tour tau :) we all jelajah utara dan pantai timur..best sangat! so entri kali ni nak story sket tentang persinggahan we all di kedai JO CENDOL PULUT.. warga changlun dan sekitar sure tahu kedai ni di mana kan.. atau kepada u ols from utara nak ke Siam ikut kereta kalo lalu Changlun mesti nampak punya kedai cendol sedaps ni~ 

actually, bukan je cendol nyer sedap.. bihun sup dan mee rebuh dia pon sedap u ols! kami siap tapaw bawak balik rumah lagi tau after makan di kedai ni hehe.. soon nak pergi makan disana lagi la..


lihat lah~ muka excited ni makan makanan sedap di kedah..and ofcos la harga pun murah.. i like!




bukti kami datang di kedai ni :) bole jadi model tak? hehehe insyaAllah next time pasti nak datang ke sini lagi..

best buat biz sambil jalan-jalan ni.. dapat makan sedap-sedap.. ye x?


17 October 2012

LUNCH AT BUBBA GUMP

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada yong dan keluarga.. Sekurang-kurangnya kehidupan yong makin jauh berbeza dari dahulu..banyak perubahan positif dan peningkatan dalam kehidupan yong..bermula dari berniaga secara perseorangan, sekarang yong dah mula mengembangkan team yong ke seluruh Malaysia..terima kasih di atas kepercayaan rakan kongsi terhadap yong..akan yong semat didalam hati dan sentiasa berikan kerjasama yang terbaik untuk anda semua..

Last week sebelum yong balik ke kedah, yong sempat ke Sunway Pyramid untuk berjumpa salah seorang rakan kongsi yong disana.. so dah alang-alang lunch hour..we decide untuk makan di Bubba Gump.. first time yong makan disini.. makanannya sedap-sedap belaka..yong suka seafood disini..best!


dari kiri Juliana Jalil, Shaliza Aziz, Aishah Ahmad and me, Yong! Yong rasa happy bila bekerja dalam satu kumpulan yang sangat komited dalam kerja..yong pon lagi bersemangat jadinya..



so, inilah makanan yang we all order..banyak jugak makanannya.. salad tu penting ye..now yong dah mula sukakan sayur..hehe terutama timun..hehe... bagus jugak kan..maybe sudah berada di peringkat fasa umur sebegini..maka yong pun mahu ubah cara makan yong supaya lebih sihat dan aktif..nak bekerja dalam beberapa tahun lagi..so kesihatan memang kena jaga la kan.. ? 

kepada u ols yang nak jugak ke Bubba Gump..bole lah ke alamat seperti dibawah :

OB.K2, OB.K3, OB.K3C & OB.K3D, Oasis Boulevard, No 3, Jalan PJS 11/15
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Telephone No : 03-5638 4559 and 03-5635 3559
Fax No : 03-5637 6559
Sales & Marketing Manager: Sherene Lalitha Kanesen

Archive

About Me