Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

19 March 2017

TIPS BAWA ANAK KE KENDURI

Mencabar betul pergi kenduri berdua saja dengan Aisyah tadi.

Memang tahu akan jadi sedikit rumit tapi tetap nak juga bawa sebab nak belajar handle situasi di kenduri hehe

So lepas ni mama tahu dah

1) mama kena pakai baju paling selesa tak ketat tak longgar just sedang-sedang untuk senang nak berjalan dan dukung baby. Tapi baju mama semua dah tak selesa and old fashion. So lets shopping new baju kurung sama color with Aisyah.

2) mama kena bawa handbag senang nak buka & tutup. Senang nak capai sapu tangan ke botol susu ke, biskut ke atau nak letak topi aisyah. Kejap dia nak pakai kejap dia lempaq tepi.. huhu 

3) masa untuk makan! Lipstick wajib pakai yang jenis tak lekat di cawan. Maklumlah karang nak kiss aisyah. Pastu nak suap makan lagi pastu nak lap bibir.. Iskk. Tadi mama hairan kenapa jari mama merah ang ang. Air kenduri color hijau, mana datang color merah ni. Padahal lupa lipstick lekat di nari masa dok makan tadi.

Mekap pula sila tengok cuaca juga. Time musim panas gini mekap light ajer sudah. Kang cair mekap. Eyeline pakai waterproof tau. Tadi tak pakai pun. Heh

4) kalau boleh makan guna sudu. Senang tak kacau nak p basuh tangan la, nak pegang aisyah time makan la. Dah la makan sambal, pastu nak suap nasi kat aisyah.. sian baby pedas. Sorry Aisyah. Makanan sedap sangat kat kenduri. Aisyah dok reyau pun mama terus menerus tambah nasi haha 

5) sebelum bertolak dari rumah tu baca doa sesiap. Doakan tempat parking dekat je dengan rumah kenduri dan urusan kita kat situ dipermudahkan.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Punya la risau nak bawa Aisyah sekali p kenduri sampaikan mama dah siap fikir strategy dari semalam. Apa pun fikir yang baik-baik. InsyaAllah yang datang pun baik-baik ajer.

Sekian nota untuk diri sendiri.

Pengalaman mama Aisyah bawa p kenduri. Lepas ni siapa jemput moh kita p lagi 

And tak pula nak ucapkan tahniah buat my friend DDM Fiza Mahazir di atas perkahwinan pada hari ini. Cantik betul Jat!


04 October 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum dengan ini yong inginmengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Jika ada salah silap dari yong, harap di maafkan. 

Anda beraya di mana tahun ini? Yong sekeluarga akan beraya di Seremban. InsyaAllah pada hari raya kedua kami akan mengadakan kenduri korban. 




Jika ada kelapangan jemputlah hadir ke majlis Qurban di teratak kami di 


Green Street Homes, Seremban 2, Negeri Sembilan. 
Pada hari Isnin 6hb oct ( raya kedua) pukul 1-5ptg.. 



Kehadiran saudara dan saudari ke majlis yang barakah ini sangat dihargai. Boleh hubungi yong untuk dapatkan alamat lengkap ya. Terima kasih.


Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


20 October 2013

MAJLIS KESYUKURAN BERJALAN SEMPURNA

Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah.. bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana telah merealisasikan impian yong untuk buat kenduri..dah lama teringin nak buat kenduri dan jamu kawan-kawan dan sedara-mara.. syukur Hari Raya Korban kali ni yong bersama keluarga dapat melakukan ibadah korban. Terus buat kenduri kesyukuran juga kenduri arwah.

Banyak juga makanan yang ada.Kawan-kawan pun ramai yang hadir.. Happy sangat! terima ya kawan-kawan datang dari jauh dan dekat..jom kita lihat serba sedikit gambar yang tersedia..


macam biasa..team THE DIAMOND CIRCLE memang wajib datang.. walaupun kerja di siang hari..mereka datang pada waktu malam ke rumah yong.. thanks u all..


kawan sekolah menengah dulu.sama-sama ponteng tuisyen class science dulu masa Form 3. Mujur lah dapat A juga subjek tu haha.. tapi kawan-kawan yong lagi hebat.. semua straight A's.. yong je kurang A nyer hewww :p


terima kasih yong dan family ucapkan kepada Dato Nuriz Zain, Jutawan kosmetik kerana sudi datang ke majlis kesyukuran kami..



yong on that day.. wear JHijab.. cantik tak koleksi shawl from Jovian Mandagie ni? cool oke! wajib beli!


bersama towkey Extra Moist Chocolate Cake, EMCC.. serius kek EMCC memang sedap habis! u all memang kena cuba tau.. nak order boleh roger yong juga... mana tau dapat special price sebab jiran kan hehe . terima kasih sudi datang ya.. 





ramai yang tanya yong buat kenduri apa.?? kenduri kawin kee.. haha belum lagi lah.. mungkin sebab meriah sangat..orang pun tersilap.. :p



antara juadah yang terhidang.. banyak makan..sedap pula tu.. tapi kali ni semua dari katering. we all tak masak pun kecuali buat agar-agar tu jerk 




wakil GLAM TDC :) happy dapat kenal kawan baru juga.. jangan serik datang lagi ke rumah yong ya.. InsyaAllah murah rezeki yong buat kenduri lagi jemput lebih ramai kawan-kawan ya.. terima kasih banyak-banyak yong ucapkan kerana memeriahkan lagi majlis kami :)

16 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah | Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum semua. Belum terlewat lagi untuk yong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah..

Marilah sama-sama kita tingkatkan beribadat dan melakukan ibadah korban. 

InsyaAllah esok keluarga yong akan mengadakan kenduri kesyukuran dan kenduri korban.. jemput semua pembaca AINZULKARNAIND.COM hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis sambil dapat mengeratkan silaturahim :)



Jemputlah datang bersama keluarga dan sahabat handal ya :) jumpa esok!

Archive

About Me