Showing posts with label idcc shah alam. Show all posts
Showing posts with label idcc shah alam. Show all posts

18 January 2018

MILLIONAIRE MARKETING MASTERY 2017

YES! Akhirnya aku disini juga!

Haaa gitulah perasaan Yong masa sampai di IDCC Shah Alam. Sebelum ni Yong dah hadiri Seminar IMKK - entri di sini. Then ke seminar MMM (MILLIONAIRE MARKETING MASTERY) pula pada 1-3 December 2017. Macam tak percaya pun ada tau. Yelah kalau tengok yuran pun rasa nak fitam dah. Masa join IMKK dulu takde plan pun nak datang seminar seterusnya. Tapi aturan Allah tu cantik. Sampai juga Yong ke sini dengan ada sebab dan tujuan yang sangat besar.


Perjalanan kali ini agak special kerana amik masa lebih kurang 6 hari.. 4 hari Yong attend seminar manakala lagi 2 hari perjalanan pergi dan balik Yong ke Sarawak dan Kedah. Phew! Panjang kalau nak cerita ni tau. Nak tahu tak?


Okay sambung baca lagi....


Hari pertama Yong travel dari Kedah ke Shah Alam dengan menaiki bus. Dah lama tak naik bus tau.Teringat zaman mula-mula start bisnes 6 tahun lepas. Bus la pengakutan utama Yong untuk ke KL. Kali ni sebab travel berhari-hari. So Yong gunakan public transport sahaja untuk memudahkan perjalanan Yong. 


6 hari dari Sungai Petani - Shah Alam- KLIA 2- Kuching - Sungai Petani. 

Amacam? 






Seminar kali ini kami berlima (seorang lagi DSM Ezam, suami kepada CDM Ain pun turut serta). Perasaan? Wah! Excited sangat. Lain macam aura nya tau. Bergegar jantung ni!




Penginapan kami 3 hari 2 malam di Acapella Hotel which is hotel favourite team TDC sekarang ni sebab hotel best, makanan sedap dan swimming pool best. Elok benar kalau bawak anak sekali hehe






Seminar kali ini amat berbeza dengan Seminar IMKK yang kami hadiri October lepas. IMKK lebih kepada kerohanian. Bersihkan kolam hati. Sucikan Jiwa ni dulu. Manakala seminar MMM ni lebih kepada belajar marketing.


Fuh! Power sangat ilmu yang kami dapat. Rentung hati ni bila dengar result usahawan-usahawan yang hadir. Lepas setahun confirm sales berjuta! SAYA PUN NAK JUGA MACAM TU!
InsyaAllah kami pun menuju ke arah itu.


Terima kasih Doc Azizan kerana berikan ilmu emas kepada kami semua. Doakan kami berjaya capai apa yang kami idamkan. Amin.


Selesai je seminar pada 3 Dec tu, Yong terus KLIA 2 dan stay di Capsule Hotel untuk teruskan perjalanan ke Kuching Sarawak pula pada 4 Dec 2017. Nak jumpa siapa ye di sana?


Haaa jom bersambung ke next entri.

01 November 2017

INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN | IMKK OCT 2017

Sebelum ni Yong tak pernah terfikir pun nak join seminar Dr.Azizan. Entah kenapa. Walaupun rasa ilmu dalam diri ni dah tepu. Tapi stilll buat derk ajer. haha Tak baik sikap macam ni kan? kena UBAH!


Cuma sampai satu satu masa tu, my mentor ajak join seminar INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN pada 27-29 October 2017 di IDCC Shah Alam. 


Fuh! Tak boleh tidur beberapa hari sebelum tu sebab rasa berdebar sangat. Tak pasti kenapa berdebar tu tapi rasa teruja sangat nak attend seminat Dr Azizan. 


 

Keluar rumah awal pagi sebab nak pergi seminar. Muka hari pertama. Berseri-seri nak upgrade ilmu. 




Sebelum masuk ke dewan. Wah! Time ni kejutan budaya kejap. Korang jangan main-main dengan semangat usahawan ni tau. Nak masuk dewan pun perlukan semangat dan hati yang kental sebab semua MEREMPUH masuk ke dewan. Berpusu-pusu nak duduk bahagian depan.



Ni sahabat-sahabat seperjuangan Yong. Kami datang ke sini memang betul-betul nak ubah kehidupan kami. Ya Allah bantulah kami. 


Ilmu-ilmu yang kami dapat dalam seminar ni InsyaAllah akan dikongsi bersama team TDC. 
"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain". Tak sabar nak share ilmu. Adalah menjadi kebanggaan kami bila tengok rakan kongsi pun berjaya dalam bisnes ni.



Disebabkan class bermula awal pagi dan berakhir pada lewat malam. So we decided untuk stay di hotel area Shah Alam je. We choose Concorde Hotel Shah Alam sebagai tempat kami bermalam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 






Seminar kali ni selama 3 hari. Sungguh banyak input yang kami dapat. Rasa terlebih-lebih ilmu yang kami perolehi semasa di sana. Best tak terkata. Rasa diri seperti orang baru. Puas hati kena "brain wash" dan di "clorox" oleh Dr Azizan. Hati rasa lebih tenang dan dekat dengan-Nya.






Energy memang LUAS BIASA sangat! Panas betul tengok usahawan-usahawan yang dapat hasil BERJUTA dari seminar-seminar yang mereka hadir ni. Kami pun nak macam tu jugak! 



InsyaAllah December nanti kami akan join next class yang lebih MANTOP! Doakan kami sukses. Kami nak membantu umat Islam dan orang yang disekeliling kami meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik.



Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

Archive

About Me