18 January 2018

MILLIONAIRE MARKETING MASTERY 2017

YES! Akhirnya aku disini juga!

Haaa gitulah perasaan Yong masa sampai di IDCC Shah Alam. Sebelum ni Yong dah hadiri Seminar IMKK - entri di sini. Then ke seminar MMM (MILLIONAIRE MARKETING MASTERY) pula pada 1-3 December 2017. Macam tak percaya pun ada tau. Yelah kalau tengok yuran pun rasa nak fitam dah. Masa join IMKK dulu takde plan pun nak datang seminar seterusnya. Tapi aturan Allah tu cantik. Sampai juga Yong ke sini dengan ada sebab dan tujuan yang sangat besar.


Perjalanan kali ini agak special kerana amik masa lebih kurang 6 hari.. 4 hari Yong attend seminar manakala lagi 2 hari perjalanan pergi dan balik Yong ke Sarawak dan Kedah. Phew! Panjang kalau nak cerita ni tau. Nak tahu tak?


Okay sambung baca lagi....


Hari pertama Yong travel dari Kedah ke Shah Alam dengan menaiki bus. Dah lama tak naik bus tau.Teringat zaman mula-mula start bisnes 6 tahun lepas. Bus la pengakutan utama Yong untuk ke KL. Kali ni sebab travel berhari-hari. So Yong gunakan public transport sahaja untuk memudahkan perjalanan Yong. 


6 hari dari Sungai Petani - Shah Alam- KLIA 2- Kuching - Sungai Petani. 

Amacam? 






Seminar kali ini kami berlima (seorang lagi DSM Ezam, suami kepada CDM Ain pun turut serta). Perasaan? Wah! Excited sangat. Lain macam aura nya tau. Bergegar jantung ni!




Penginapan kami 3 hari 2 malam di Acapella Hotel which is hotel favourite team TDC sekarang ni sebab hotel best, makanan sedap dan swimming pool best. Elok benar kalau bawak anak sekali hehe






Seminar kali ini amat berbeza dengan Seminar IMKK yang kami hadiri October lepas. IMKK lebih kepada kerohanian. Bersihkan kolam hati. Sucikan Jiwa ni dulu. Manakala seminar MMM ni lebih kepada belajar marketing.


Fuh! Power sangat ilmu yang kami dapat. Rentung hati ni bila dengar result usahawan-usahawan yang hadir. Lepas setahun confirm sales berjuta! SAYA PUN NAK JUGA MACAM TU!
InsyaAllah kami pun menuju ke arah itu.


Terima kasih Doc Azizan kerana berikan ilmu emas kepada kami semua. Doakan kami berjaya capai apa yang kami idamkan. Amin.


Selesai je seminar pada 3 Dec tu, Yong terus KLIA 2 dan stay di Capsule Hotel untuk teruskan perjalanan ke Kuching Sarawak pula pada 4 Dec 2017. Nak jumpa siapa ye di sana?


Haaa jom bersambung ke next entri.

No comments:

Archive

About Me