Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

03 November 2016

BIOZONE FOOD PURIFER | EVERY FAMILY SHOULD OWN ONE

Assalamualaikum semua :) hari ni yong nak share info tentang one product yang yong gunakan di rumah.. namanya BIOZONE FOOD PURIFER . ok Biozone Food ni kegunaan dia untuk menyahkan  bacteria, viruses, antibiotics dan fatty acids dari bahan mentah sebelum masak sebelum kita masak makanan..


contoh macam keluarga yong..tok yang selalu masak dirumah. so yong hadiahkan satu unit biozone untuk tok. Bila beli bahan mentah.. sebelum nak bersihkan ayam, daging, ikan, sayur dan buah-buahan..tok akan purify dulu bahan-bahan tersebut dengan menggunakan biozone food purifier ni..


Alhamdulillah..sedikit sebanyak yong dapat lindungi keluarga yong dari penyakit sebab biozone ni mampu untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.



Lihat apa yang kita makan selama ini...bahan kimia daripada baja dan ubat yang tidak boleh hancur melalui proses penghadaman..


Usah risau, penyelesaian sudah ada dengan teknologi pembersih makanan 'Biozone Food Purifier'...



ini gambar contoh semasa tok yong purify ikan.. lihat tu...buih-buih toksin tu berwarna kelabu dan berbau hanyir.. jika ayam pula.. warna toksin agak kekuningan dan juga berbau busuk..




1. Sediakan semangkuk air.
2. Bersihkan makanan dan potong kepada kepingan.
3. Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam mangkuk. 
4. Pastikan paras air menutupi makanan. (isipadu air yang maksimum untuk purifikasi ialah 10 liter)
5. Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam mangkuk dengan merendamkan batu seramik di dalam air.
6. Tekan butang pengawal masa untuk memilih masa purifikasi anda.


Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

26 July 2016

SAMBUT RAYA BERTIGA TAHUN NI.

Assalamualaikum :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Yong ucapkan buat semua. Masih available lagi untuk wish kan walaupun dah 21 Syawal. hehe

Alhamdulillah raya kali ni amat bermakna buat yong dan keluarga kerana tahun ini kami ada kehadiran orang baru dalam keluarga. 

Yong selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada bulan Ramadhan yang lepas. Maknanya raya kali ni Yong dalam pantang lah hehe. Memang kena pantang lah kan dari makan segala makanan-makanan sedap di hari raya. Mujur Yong dah makan siap-siap masa pregnant hari tu. Jadi takda lah terliur sangat kan :p

Raya kali ni Yong beraya di Kedah sahaja. InsyaAllah next raya akan raya di kampung suami di Kelantan pula.



Bersama suami tercinta. Last year, masa raya Aidilfitri Yong masih berstatus tunang. This year jadi isteri dan ibu. Happy sangat!


With our princess, Aisyah Amani



Dah ada anak ni excited lebih la kan. Awal-awal lagi mandikan anak sebab nak pakaikan baju baru hehe. Raya kali ni dapat la collect duit raya untuk Aisyah. Yong dah siap masukkan ke dalam bank Tabung Haji atas nama Aisyah. Seronok rasanya bila Aisyah dah ada akaun Tabung Haji sendiri. Lepas ni boleh la kerap menabung.




Bergambar bersama Tok tercinta. Si kenit Aisyah Amani time ni dok nangis. Comel je tengok hehe




Maklong dari Kuala Lumpur bersama anak-anak datang beraya di rumah tok.



Dari kiri adik yong, Huda, abah dan maklong



My auntie dari kiri Maklong, Maklang, Makteh dan Maksu.



Sesi minta ampun maaf.. haha

Raya kali ni memang touching habis.. habis make-up sebab nangis. Dah jadi ibu ni perasaan lain macam sikit. mudah tersentuh gitu. mula la nak nangis.



Yong and Alang



Raya kali ni geng perempuan punya baju tema color biru. Geng lelaki pula tema jubah hitam. 

Dari kiri my brother Hafiz, si kecil tu Qaadir my cousin dan kanan sekali Abg Halim.












Abah dan Maklong

Sederhana sahaja kami beraya. Yong memang takda baju raya baru sebab masih dalam pantang kan. jadi hanya recycle Jubah lama. Dah habis pantang and slim nanti baru beli baju baru. Sekarang ni kena teruskan diet berterusan hehe

Nak tahu pengalaman Yong hamil dan bersalin di bulan puasa? Nanti Yong share di entri akan datang ya, boleh la kawan-kawan tatap wajah Aisyah Amani selepas dilahirkan. 

Terima kasih kerana singgah baca di blog Yong..Bagaimana raya anda pula? mesti seronok kan? Share la pengalaman anda pula.

24 April 2013

TERIMA KASIH | TERIMA KASIH | TERIMA KASIH

Alhamdulillah..yong selamat sampai di Utara tanah air..rasa rindu sangat..padahal baru je 2 minggu lebih di KL.. :) tapi rindu pada family tu..fuh! tak tahu lah nak cakap cemana.. ok.. di KL pun tinggal bersama family.. jadi takda la rasa janggal sangat~

ok pada hari ni yong buat entri ni Khas kepada pasangan dalam gambar di bawah iaitu my uncle and my auntie a.k.a my Mentor in my business now.. syukur bila dapat peluang buat business bersama-sama ahli keluarga..lebih mudah untuk yong rujuk dan kejayaan pun kami sama-sama dapat rasa..susah senang bersama..





kepada Pakngah dan Kak Eija, terima kasih banyak bantu yong selama ni.. banyak lagi yang yong perlu belajar.. terima kasih atas teguran dan kasih sayang yang kalian berikan.. Allah sahaja dapat balas segala budi baik kalian.. semoga terus bagi semangat dan ilmu untuk yong berjaya juga ya.. yong pun nak berjaya macam kak eija :)

Thanks for everything~ love both of u! 

xoxo
yong

19 April 2013

RINDUNYA KAT TOK!!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :) 

hari ni short entri jerk.. saja nak lekatkan muka nenek kesayangan yong di blog ni.. dah hampir dua minggu yong di Kuala Lumpur melaksanakan tugas :) oh sangat lama tu tau.. rindunya pada tok yong.. kat utara we all panggil nenek dengan panggilan "tok" 


ni gambar yong and tok semasa di Songkhla..tok yong ni suka travel tau, setakat ni dah ke China, Singapore, Thailand, Indonesia.. Next akan ke Australia pula..


ni semua gambar lama yong amik di blog lama yong.. huaa.. rindu betul kat tok.. yong selalu update cerita dan gambar tentang tok di blog yong dulu.. 



yong doakan tok sihat ya.. harap balik nanti dapat tinggal lama di kedah. nak spend time dengan tok T__T
rindu tok tau! love u tok!



Archive

About Me