Assalamualaikum :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri Yong ucapkan buat semua. Masih available lagi untuk wish kan walaupun dah 21 Syawal. hehe
Alhamdulillah raya kali ni amat bermakna buat yong dan keluarga kerana tahun ini kami ada kehadiran orang baru dalam keluarga.
Yong selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada bulan Ramadhan yang lepas. Maknanya raya kali ni Yong dalam pantang lah hehe. Memang kena pantang lah kan dari makan segala makanan-makanan sedap di hari raya. Mujur Yong dah makan siap-siap masa pregnant hari tu. Jadi takda lah terliur sangat kan :p
Raya kali ni Yong beraya di Kedah sahaja. InsyaAllah next raya akan raya di kampung suami di Kelantan pula.
Bersama suami tercinta. Last year, masa raya Aidilfitri Yong masih berstatus tunang. This year jadi isteri dan ibu. Happy sangat!
With our princess, Aisyah Amani
Dah ada anak ni excited lebih la kan. Awal-awal lagi mandikan anak sebab nak pakaikan baju baru hehe. Raya kali ni dapat la collect duit raya untuk Aisyah. Yong dah siap masukkan ke dalam bank Tabung Haji atas nama Aisyah. Seronok rasanya bila Aisyah dah ada akaun Tabung Haji sendiri. Lepas ni boleh la kerap menabung.
Bergambar bersama Tok tercinta. Si kenit Aisyah Amani time ni dok nangis. Comel je tengok hehe
Maklong dari Kuala Lumpur bersama anak-anak datang beraya di rumah tok.
Dari kiri adik yong, Huda, abah dan maklong
My auntie dari kiri Maklong, Maklang, Makteh dan Maksu.
Sesi minta ampun maaf.. haha
Raya kali ni memang touching habis.. habis make-up sebab nangis. Dah jadi ibu ni perasaan lain macam sikit. mudah tersentuh gitu. mula la nak nangis.
Yong and Alang
Raya kali ni geng perempuan punya baju tema color biru. Geng lelaki pula tema jubah hitam.
Dari kiri my brother Hafiz, si kecil tu Qaadir my cousin dan kanan sekali Abg Halim.
Abah dan Maklong
Sederhana sahaja kami beraya. Yong memang takda baju raya baru sebab masih dalam pantang kan. jadi hanya recycle Jubah lama. Dah habis pantang and slim nanti baru beli baju baru. Sekarang ni kena teruskan diet berterusan hehe
Nak tahu pengalaman Yong hamil dan bersalin di bulan puasa? Nanti Yong share di entri akan datang ya, boleh la kawan-kawan tatap wajah Aisyah Amani selepas dilahirkan.
Terima kasih kerana singgah baca di blog Yong..Bagaimana raya anda pula? mesti seronok kan? Share la pengalaman anda pula.
No comments:
Post a Comment