Showing posts with label Malaysia Food. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Food. Show all posts

08 October 2013

PERTAMA KALI KE SABAH | AWESOME!!!

Assalamualaikum semua.. wah! sangat teruja nak update cerita tentang pengembaraan yong di Sabah.. actually, tak da lah mengembara sangat kan sebab pergi 3 hari sahaja.. seronoknya kalau yong dapat tinggal lama disana. Rasa bersyukur juga sebab dapat juga menjejaki negeri Sabah. Dah lama yong teringin nak kesana tapi tiada peluang.. kebetulan ada seminar dan kerja disana, maka yong ambil keputusan untuk ke sana bersama partner..

Yong ke sana dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines..Alhamdulillah penerbangan berjalan lancar, makan pun sedap. tu paling penting oke! haha



makanan di pagi hari, lapar sebab tak makan pagi lagi. naik flight tidur sekejap then bangun terus makan.. indah betul hidup kan?



Sampai di Kota Kinabalu.. kami terus ke Promenade Apartment. Disebabkan hotel penuh maka dapatlah kami menginap disini. Alhamdulillah, selesa la juga.. dekat dengan mall dan teksi juga senang nak cari.. dari tempat ini nak ke Filipino market juga dekat, yong jalan kaki ke untuk ke Centre Point Kota Kinabalu, Sabah.Jika ada yang berminat nak stay di apartment ni, boleh la click web nyer di SINI. alamat pula disini

Promenade Apartment
3-G-17, Lorong Api-Api 2, Api-Api CentreKota Kinabalu 88000Malaysia
012-832 8102 ‎ 


hari pertama sampai Kota Kinabalu terus jatuh cinta dah.. suka dengan keadaan disana. tak tahu kenapa, mungkin sebab dekat dengan laut buat yong rasa tenang aja.. Petang tersebut sempat jumpa kawan lama. Kenal di alam maya juga..Seronok bila buat business ni.. dapat mengeratkan silaturrahim antara kawan-kawan lama..  so after jumpa kawan, yong dan kak Ija terus ke Philippines Market Kota Kinabalu. Senang je nk cari pasar tu, just search Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Pasar tu depan hotel tu sahaja..



Malam tu kami makan malam di Philippines Market. Ada macam-macam makanan laut dijual disana, yang fresh juga yang kering. Boleh juga beli ole-ole untuk dibawa pulang.  Tengok tu yong makan, tak tengok kiri kanan dah. Makan je sampai merah hidung haha. Balik bilik kepala pening. Kolestrol naik kee? haha





tengoklah udang tu. besar kan.. haruslah pilih yang besar sekali. puas hati makan dua orang aja..


antara makanan yang kami berdua makan.. puas hati betul. kenyang sangat..next time nak datang sini lagi..sebab banyak lagi benda tak beli hehe :p


Pemandangan dari bilik apartment

Pada hari kedua di Sabah, berlangsungnya seminar dan class for GLAM Sabah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. terima kasih untuk syarikat kerana beri sokongan penuh dalam menjayakan program untuk GLAM.. terima kasih juga buat mentor-mentor yang yong sayangi kerana sanggup datang dari jauh demi memberi bimbingan kepada GLAM SABAH.. semoga our team makin kuat dan mara ke hadapan.


oke malam kedua tu kami dinner beramai-ramai. yong berpeluang kenal dengan seorang si cantik dari Sabah. Namanya Alyah :) dari Labuan.. 

So macam biasa, kalo ke Sabah haruslah makan seafood kan.. wah! memang sedap.. masakan yang yong jarang makan pula tu macam butter milk Crab .. waduh! best gilossss!~



sedap! first time makan butter milk crab


sayur licin namanya


tak tahu apa nama ni.cicah dengan sos butter milk barangkali


yang ni butter prawn. manis betul udang ni


haaa kami berlima.. dua orang from utara, dua orang dari sabah seorang KL hehe :) happy dapat kenal kawan baru.



pertama kali tengok kerang sebesar ni. terkejut betul. tak order pun. kalo order takut pula nak makan haha..



Lepas habis makan seafood, kami menuju ke Anjung Senja untuk makan Pisang Cheese. mak aihhhh! serius sedap sangat.. first time dapat makan.. ada juga pisang cheese + choc.. air pula yong order Teh C Special.. 


dah siap makan! kami ke Tanjung Aru Beach. dapat tengok laut sambil makan jeruk yang masam manis hehe.. rasanya jeruk di penang sedap lagi kot.. haha

so aktiviti satu hari memang padat dan menyeronokkan.. enjoy!

Pada hari Ketiga pula aktiviti kami di waktu pagi ialah shopping di GAYA Market atau GAYA Street. Macam biasa, jalan kaki je ke pasar Gaya tapi balik kami naik teksi sebab tak larat dah nak jalan hehe..



panjang juga pasar ni. macam-macam ada. nak beli ole-ole pun boleh..



haa pokok halau nyamuk.. kalo rumah dekat dah beli dah ni tau :p




kak ija tengah memilih.. banyak nak beli nih 



cantik dan murah juga disini



sikat gading gajah kot.. sian kat gajah kan, habis gading dia T__T

 oke sebagai aktiviti penutup. yong and kak ija ke Pasar Filipino sekali lagi untuk beli makanan kering dan ole-ole.. tak lupa beli ikan yang dah dibekukan.. jangan risau.. semua seafood yang kita nak beli akan dibungkus dan sesuai dibawa naik kapal terbang.,


antara Ikan yang dibeli.. tak sabar nak tunggu kak ija masak yeah! haha



pelbagai makanan kering.. tudia.. tak pernah tengok pun ada tau


udang kering, ikan bilis.. murah u all.. murah!!!


kuih cincin dan amplang antara makanan yang wajib beli..


dh siap beli adik ni bungkus baik-baik dalam kotak.so senang nak dibawa masuk kapal terbang.. tak da bau pong! jangan risau ya.. beli la banyak-banyak yer.. 



dah penah membeli kami singgah makan petang sekali.. yong order soto ayam dan ais kacang.. ais kacang disini agak berlainan dari tempat yong.. tapi sedap la juga.. 


Akhirnya pengembaraan kami berakhir pada sebelah petang.. Flight pukul 6.40 petang.. dah malam pun di Sabah.. sampai KLIA dalam pukul 9.30 malam macam tu.. penat agak penat tapi puas hati.. sampai sekarang masih rindu nak ke Sabah lagi.. 

InsyaAllah ada masa dan peluang yong mesti nak kesini lagi.. semoga perniagaan yong makin berkembang di Sabah pula.. seronok berada di sabah..warga sabah memang baik dan sporting habis :) anyone yang berada di Sabah berminat nak buat side income boleh contact yong ya.. yong sedia membantu anda semua!


Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com




07 February 2013

LAKSA KUALA PERLIS | SAMA TAPI TIDAK SERUPA


Haaa.. cerita bab makan sure ramai nak tengok kan? sapa suka makan laksa bole la tekan button LIKE dibawah ye hehe thanks :)


oke siapa pernah makan laksa kuala perlis.. beberapa minggu lepas yong ada ke Kuala Perlis untuk jumpa client yang nak pakai korset premium beautiful.. memang langkah kanan, sampai je di sana client tu ajak makan laksa kuala perlis pula.. Alhamdulillah~ terus On je yong.. ye lah kan.. dah memang hantu LAKSA..laksa apa pun tak kisah..asalkan laksa.. 

so yong pun order la sepinggan laksa.. mulanya nampak biasa ja.. tapi hairan la juga kenapa ada kuih karipap dan pulut udang atas meja.. maybe untuk dimakan after makan laksa ni kot.. tapi rupanya bukan! client yong bagitahu suh makan kuih tu dengan laksa.. maksudnya masukkan pulut udang ataupun makanan berbentuk karipap tu dalam kuah laksa dan makan..

erk! pelik je kan? tapi yong cuba juga.. dan rasanya memang sedap! isk isk isk.. kalo pergi lagi sekali ke kuala perlis memang yong nak makan banyak sket laksa dengan pulut udang ni.. first time makan tu malu-malu kucing juga..ye lah kan makan dengan client..haruslah sopan santu gitew.. ahaks!



ni la rupa laksa tersebut.. kuah dia sedap..pulut udang tu pun sedap juga.. cuma yang kuih macam karipap tu yong lupa apa nama dia.. katanya inti dia ada udang gitu.. cara makan pun sama..masukkan dalam kuah laksa dan makan! hehe tak sabar nak cuba lagi nanti.

InsyaAllah esok yong akan ke perlis lagi.kalo sempat bole la ke kuala perlis untuk merasai keenakkan laksa kuala perlis.. u ols patut cuba.tak rugi tau.sedap!

nak ajak yong makan sekali? bole je.. terus sms atau call no ni okay? 013-7049413

take care~ love ya!

20 November 2012

JOM MAKAN PIZZA SEDAP | Pizza San Francisco at The Mines

Salam semua :) today yong nak share satu pizza sedap ni..pizza ni yong makan di Pizza San Francisco di The Mines.. dah lama teringin nak makan pizza ni.. tapi takda kesempatan nak p..alhamdulillah 2 minggu lepas yong kebetulan ada appointment di The Mines..dapatlah yong makan disini.. ternyata berbaloi sebab sedap!


rupa pizza tu..terlupa apa nama dia.. kenyang jugak makan pizza ni sebab inti penuh hehe :) harap dapat la p The Mines lagi untuk makan makanan di sana.. banyak betul restoren makanan best-best.. wehuu~ kepada yang nak makan pizza di atas ni..yong sediakan alamat lengkap restoren Pizza San Francisco yer.. jemput mai :p


The Mines
L1-65, L1, Mines Shopping Fair, Jalan
Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri
Kembangan.
           
Tel: 016-2621051

More Locations:

Archive

About Me