Showing posts with label SAJIAN LESTARI. Show all posts
Showing posts with label SAJIAN LESTARI. Show all posts

17 April 2013

PAVLOVA AND NUTELLA BUTTERSCOTH CREPE | MAVELES!!


yong kalo dating dengan kak cik ella tak sah kalo tak makan tau. ada je makanan di depan mata.. contoh nya ahad lepas, jumpa kak cik.siap bawak makanan lagi.. ni haa gambar di bawah.. memang sedap sangat u all.. tak tahu nak cakap cemana.. terbaik punya crepe! pavlova pun nyummeh!



yong dah lama kenal kak cik..dah bertahun..sejak kebelangan ni je kerap jumpa sebab yong stay di KL lama sket.. best dapat jumpa kak cik.. kak cik baik..peramah.. macam-macam yang kami borak..tapi masa sokmo cemburu dengan kami huhu..

u all yang tak pernah kenal kak cik ella. jemput singgah ke blog beliau yer.. tekan je gambar tu untuk ke blog kak cik :)


Have a nice day!

07 February 2013

LAKSA KUALA PERLIS | SAMA TAPI TIDAK SERUPA


Haaa.. cerita bab makan sure ramai nak tengok kan? sapa suka makan laksa bole la tekan button LIKE dibawah ye hehe thanks :)


oke siapa pernah makan laksa kuala perlis.. beberapa minggu lepas yong ada ke Kuala Perlis untuk jumpa client yang nak pakai korset premium beautiful.. memang langkah kanan, sampai je di sana client tu ajak makan laksa kuala perlis pula.. Alhamdulillah~ terus On je yong.. ye lah kan.. dah memang hantu LAKSA..laksa apa pun tak kisah..asalkan laksa.. 

so yong pun order la sepinggan laksa.. mulanya nampak biasa ja.. tapi hairan la juga kenapa ada kuih karipap dan pulut udang atas meja.. maybe untuk dimakan after makan laksa ni kot.. tapi rupanya bukan! client yong bagitahu suh makan kuih tu dengan laksa.. maksudnya masukkan pulut udang ataupun makanan berbentuk karipap tu dalam kuah laksa dan makan..

erk! pelik je kan? tapi yong cuba juga.. dan rasanya memang sedap! isk isk isk.. kalo pergi lagi sekali ke kuala perlis memang yong nak makan banyak sket laksa dengan pulut udang ni.. first time makan tu malu-malu kucing juga..ye lah kan makan dengan client..haruslah sopan santu gitew.. ahaks!



ni la rupa laksa tersebut.. kuah dia sedap..pulut udang tu pun sedap juga.. cuma yang kuih macam karipap tu yong lupa apa nama dia.. katanya inti dia ada udang gitu.. cara makan pun sama..masukkan dalam kuah laksa dan makan! hehe tak sabar nak cuba lagi nanti.

InsyaAllah esok yong akan ke perlis lagi.kalo sempat bole la ke kuala perlis untuk merasai keenakkan laksa kuala perlis.. u ols patut cuba.tak rugi tau.sedap!

nak ajak yong makan sekali? bole je.. terus sms atau call no ni okay? 013-7049413

take care~ love ya!

12 December 2012

ROAD TOUR SELATAN | JOHOR BHARU

Setelah berakhirnya sesi roadtour ke Pantai Timur, now yong nak bercerita tentang sesi roadtour ke Selatan pula.. perjalanan kami bermula pada 1 Disember 2012 dari Kuala Lumpur.. Sampai je di Johor Bharu, kami terus ke Grand Paragon Hotel for business discussion for our team di sana.. banyak yang kami bincankan terutama for our target pada tahun 2013.. insyaAllah semoga semuanya bakal menjadi kenyataan.. amin! 


antara yang dapat hadir.. thanks u ols! dari tak kenal kini kita dan menjadi satu keluarga yang hebat! lelaki pun ada buat business ni tau..


Then malam, kami dinner di Senibong Village..makan seafood u ols! amboi.. sangat lah fresh.. terutama ketam dia..huaaa.. memang yong teruja habis tau.. sangat sedap... jom tengok gambar di bawah..


ketam masak cili rasanya ni hehe..seriously sedap!


lobster masak telur apa tah ni.. pun sedap!


udang masak mentega.. kurang menyengat rasanya  tapi tetap habis licin hehe


sotong celup tepung..  dan ada lagi juadah lain.. nasi makan sikit je yang lebih tu ratah lauk tu ha.. Alhamdulillah.. kenyang! best sangat tempat ni..dari kedai makan ni je dah bole nampak singapore.. huaa.. lama dah tak pergi singapore.. hope pasni dapat la ke sana lagi.. rindu tau nak ke USS hehehe


Then hari kedua yong dan kak ija ke Batu Pahat.. rakan baik yong waktu belajar di Melaka dulu bertunang..so yong sebagai kawan yang baik haruslah ke majlis beliau kan.. heheh nanti yong kahwin eida datang pulak k :p 

Alhamdulillah penuh jadual kami di Johor Bharu..semoga sesi perkongsian dari kami membawa satu titik baru dalam kehidupan anda.. yong hanya membantu dan akan terus membantu anda untuk capai apa yang yong dapat sekarang.. sama-sama kita bergerak dalam satu team oke! BEAUTILICOUS BOLEH!


last session, meeting with partner before balik ke kuala lumpur.


alas perut dengan chezzy wadges from THISTLE HOTEL tempat kami menginap.. memang sedap... next time u ols bole cuba oke? kepada yang nak jumpa yong juga, u ols bole set time dengan yong ye.. just spend  time sebentar dengan yong untuk yong share about our biz online.. just gunakan 2 jam sehari gunakan facebook dan blog secara berkesan dan u ols bole nikmati hasilnya.. u can do it! just contact me a.s.a.p yeahhh! 


ok..terima kasih kerana sudi membaca.. have a nice day!


phone : 0137049413
email: alinacshoppe@gmail.com



Archive

About Me