Assalamualaikum semua.. wah! sangat teruja nak update cerita tentang pengembaraan yong di Sabah.. actually, tak da lah mengembara sangat kan sebab pergi 3 hari sahaja.. seronoknya kalau yong dapat tinggal lama disana. Rasa bersyukur juga sebab dapat juga menjejaki negeri Sabah. Dah lama yong teringin nak kesana tapi tiada peluang.. kebetulan ada seminar dan kerja disana, maka yong ambil keputusan untuk ke sana bersama partner..
Yong ke sana dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines..Alhamdulillah penerbangan berjalan lancar, makan pun sedap. tu paling penting oke! haha
makanan di pagi hari, lapar sebab tak makan pagi lagi. naik flight tidur sekejap then bangun terus makan.. indah betul hidup kan?
Sampai di Kota Kinabalu.. kami terus ke Promenade Apartment. Disebabkan hotel penuh maka dapatlah kami menginap disini. Alhamdulillah, selesa la juga.. dekat dengan mall dan teksi juga senang nak cari.. dari tempat ini nak ke Filipino market juga dekat, yong jalan kaki ke untuk ke Centre Point Kota Kinabalu, Sabah.Jika ada yang berminat nak stay di apartment ni, boleh la click web nyer di SINI. alamat pula disini
Promenade Apartment
3-G-17, Lorong Api-Api 2, Api-Api Centre, Kota Kinabalu 88000, Malaysia
hari pertama sampai Kota Kinabalu terus jatuh cinta dah.. suka dengan keadaan disana. tak tahu kenapa, mungkin sebab dekat dengan laut buat yong rasa tenang aja.. Petang tersebut sempat jumpa kawan lama. Kenal di alam maya juga..Seronok bila buat business ni.. dapat mengeratkan silaturrahim antara kawan-kawan lama.. so after jumpa kawan, yong dan kak Ija terus ke Philippines Market Kota Kinabalu. Senang je nk cari pasar tu, just search Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Pasar tu depan hotel tu sahaja..
Malam tu kami makan malam di Philippines Market. Ada macam-macam makanan laut dijual disana, yang fresh juga yang kering. Boleh juga beli ole-ole untuk dibawa pulang. Tengok tu yong makan, tak tengok kiri kanan dah. Makan je sampai merah hidung haha. Balik bilik kepala pening. Kolestrol naik kee? haha
tengoklah udang tu. besar kan.. haruslah pilih yang besar sekali. puas hati makan dua orang aja..
antara makanan yang kami berdua makan.. puas hati betul. kenyang sangat..next time nak datang sini lagi..sebab banyak lagi benda tak beli hehe :p
Pemandangan dari bilik apartment
Pada hari kedua di Sabah, berlangsungnya seminar dan class for GLAM Sabah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. terima kasih untuk syarikat kerana beri sokongan penuh dalam menjayakan program untuk GLAM.. terima kasih juga buat mentor-mentor yang yong sayangi kerana sanggup datang dari jauh demi memberi bimbingan kepada GLAM SABAH.. semoga our team makin kuat dan mara ke hadapan.
oke malam kedua tu kami dinner beramai-ramai. yong berpeluang kenal dengan seorang si cantik dari Sabah. Namanya Alyah :) dari Labuan..
So macam biasa, kalo ke Sabah haruslah makan seafood kan.. wah! memang sedap.. masakan yang yong jarang makan pula tu macam butter milk Crab .. waduh! best gilossss!~
sedap! first time makan butter milk crab
sayur licin namanya
tak tahu apa nama ni.cicah dengan sos butter milk barangkali
yang ni butter prawn. manis betul udang ni
haaa kami berlima.. dua orang from utara, dua orang dari sabah seorang KL hehe :) happy dapat kenal kawan baru.
pertama kali tengok kerang sebesar ni. terkejut betul. tak order pun. kalo order takut pula nak makan haha..
Lepas habis makan seafood, kami menuju ke Anjung Senja untuk makan Pisang Cheese. mak aihhhh! serius sedap sangat.. first time dapat makan.. ada juga pisang cheese + choc.. air pula yong order Teh C Special..
dah siap makan! kami ke Tanjung Aru Beach. dapat tengok laut sambil makan jeruk yang masam manis hehe.. rasanya jeruk di penang sedap lagi kot.. haha
so aktiviti satu hari memang padat dan menyeronokkan.. enjoy!
Pada hari Ketiga pula aktiviti kami di waktu pagi ialah shopping di GAYA Market atau GAYA Street. Macam biasa, jalan kaki je ke pasar Gaya tapi balik kami naik teksi sebab tak larat dah nak jalan hehe..
panjang juga pasar ni. macam-macam ada. nak beli ole-ole pun boleh..
haa pokok halau nyamuk.. kalo rumah dekat dah beli dah ni tau :p
kak ija tengah memilih.. banyak nak beli nih
cantik dan murah juga disini
sikat gading gajah kot.. sian kat gajah kan, habis gading dia T__T
antara Ikan yang dibeli.. tak sabar nak tunggu kak ija masak yeah! haha
pelbagai makanan kering.. tudia.. tak pernah tengok pun ada tau
udang kering, ikan bilis.. murah u all.. murah!!!
kuih cincin dan amplang antara makanan yang wajib beli..
dh siap beli adik ni bungkus baik-baik dalam kotak.so senang nak dibawa masuk kapal terbang.. tak da bau pong! jangan risau ya.. beli la banyak-banyak yer..
dah penah membeli kami singgah makan petang sekali.. yong order soto ayam dan ais kacang.. ais kacang disini agak berlainan dari tempat yong.. tapi sedap la juga..
Akhirnya pengembaraan kami berakhir pada sebelah petang.. Flight pukul 6.40 petang.. dah malam pun di Sabah.. sampai KLIA dalam pukul 9.30 malam macam tu.. penat agak penat tapi puas hati.. sampai sekarang masih rindu nak ke Sabah lagi..
InsyaAllah ada masa dan peluang yong mesti nak kesini lagi.. semoga perniagaan yong makin berkembang di Sabah pula.. seronok berada di sabah..warga sabah memang baik dan sporting habis :) anyone yang berada di Sabah berminat nak buat side income boleh contact yong ya.. yong sedia membantu anda semua!
Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com
2 comments:
waaa... bestnyaaaa dia pg sabah...
welkam to sabah dear, nnt dtg lagi..
lain kali gi sandakan lg dear, seafood sandakan lagi murah dr kk..
sya org kk, keja sandakan..
slamat bkenalan dear..
salam ...
seronoknya pi sabah....teringin nak pergi jugak. huhu
Post a Comment