31 March 2015

DAY TRIP TO JAKARTA, INDONESIA | MARCH 2015

Assalamualaikum :)


Last weekend yong berkesempatan ke Jakarta sekejap for my day trip.. sekejap tu memang betul sekejap.. tak sampai pun 24 jam hehe.. Alhamdulillah.. biar pun tak lama tapi dapat pengalaman berharga di sana..


Tujuan utama yong ke sana ialah mahu berjumpa my business partner iaitu Yessy Arianti.. Yong panggil Cici je.. Dah lama kenal cuma belum pernah berjumpa.. So hari tu yong dapat la berjumpa dengan Cici di sana.. Rasa gembira sangat dapat berjumpa beliau dan suaminya.. Cici tinggi orangnya, cakap pula lemah lembut sekali. Kami punyai hobi yang sama iaitu suka travel dan juga collector Hard Rock Cafe Pins.. seronok bila dapat berbual panjang dengan Cici..




bergambar di depan Living World




First jumpa pagi tu Cici terus bawa Yong ke Living World.. breakfast dulu di kedai Bakmi GM. fuh best juga. banyak jenis bakso ada.. Menu yong, Cici yang tolong pilihkan sebab yong jadi confius, tak tahu nak makan mana satu..tak faham pun satu hal.. hehe 





ni picture dari google je sebab yong tak sempat snap. maklumlah lapar kan. sampai je makanan terus je makan sampai lupa nak snap :p 

Bakmi Special ni tau.. aduh teringat sampai sekarang. u all if nak tengok menu lain di Bakmi GM ni boleh la ke website mereka --- > BAKMI GM




ini pula namanya Pangsit Goreng.. makan sambil cicah sos nya.. aduh sedap juga.. rasa nak lagi tapi makan nak dapat kalau di Malaysia ni ye? kena ke Indonesia lagi la jawabnya ya. itu lah.. hari tu makan sikit sangat..


habis je makan Yong terus ke sesi berkongsi ilmu dengan Cici.. Rasa puas dapat share ilmu one by one dengan Cici.. sebelum ni hanya berhubung melalui whatsapp aja :) blogging session pula di teruskan di rumah Cici aja.. sempat yong berkenalan sama keluarga Cici. sungguh baik layanan mereka kepada yong. ada ole-ole juga di berikan.. terima kasih ibu.




Sempat juga Yong jalan-jalan di Living World. Shopping mall di situ banyak restaurant.  Yong berkesempatan makan aiskrim ni.. pelik kan? tapi sedap!  Jeju Aiskrim namanya.. famous di Jakarta sekarang ni tau.




Semasa Yong di rumah Cici.. beliau hidangkan air NutriSari ni pada yong.. sekali minum sedap nya rasa dia.. rasa macam minum air oren sebenar. terus yong tanya.. air apa ni.. nak beli juga lah bawa balik ke rumah.. so sebelum pulang, Cici dan suami bawakan yong ke The Food Hall.. macam supermarket la lebih kurang. sempat la yong beli sepeket dua NutriSari ni.. tak sabar nak kasi Tok yong minum sama..


Yong ke Jakarta dengan flight paling awal.. pulang pula dalam 9 pm macam tu. so sampai di Malaysia about 12 am gitu lah.. satu perjalanan yang panjang tapi yong rasa happy sangat.. Satu pengalaman baru buat Yong.


Alhamdulillah makin berkembang empayar business yong.. Moga makin luas ke negara serantau. seronok buat business ni.. Alang-alang buat business kan.. biar seluas-luasnya.. Terima kasih kepada semua rakan kongsi tercinta..


Dan kepada anda pula, jika ada yang berminat nak buat extra income boleh lah contact yong.. tak kisah anda di mana..InsyaAllah yong akan bantu sama seperti yong bantu Cici dan rakan kongsi yang lain..



"Hold my hand, I will take you there to your dream. Somehow, someday & somewhere"



Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

No comments:

Archive

About Me