Assalamualaikum :)
Today baru berkesempatan nak share story about our trip ke Brunei last two weeks. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Ini kali pertama yong ke negara Brunei.. agak excited juga :) yong ke Brunei bersama my mentor CDM Shaliza Aziz dan juga my partner Kak Azza.. Kami ke sana untuk hadiri seminar dan juga berjumpa our new team.
Perjalanan kami bermula seawal 4 pagi.. disebabkan naik flight pukul 6 lebih so dalam pukul 5 pagi dah berada di KLIA2. malam tu tido pun tak lena.risau terlajak tidur je hehe and lihatlah muka we all di awal pagi.. muka sembab jerk tuu :)
yong and kak azza.. tema hitam putih tanpa dirancang. sehati sejiwa ni orang panggil kan :p
Kami sampai di Brunei dalam pukul 8.55 pagi. Setibanya di airport, rakan kongsi CDM Nurul datang menjemput kami untuk ke hotel. Thanks to Eleena kerana sudi membantu kami ya :)
Kami stay di Hotel Centre Point. Seminar juga diadakan di hotel yang sama.. sampai je di hotel kami dah terus boleh check-in. lega! boleh la rest kejap kan sebelum seminar bermula pada pukul 2 petang. tapi sebelum tu kami sempat berjumpa seorang client yang nak beli Korset Premium Beautiful. Alhamdulillah.. syukur :)
CDM Nurul dari Malaysia mewakili Green Leaders Academy Malaysia memberikan kata-kata semangat. Go green Go!!
sebahagian ahli GLAM from Brunei :)
Kak Azza bersama rakan kongsi beliau dari Brunei
Alhamdulillah.. seminar berjalan lancar. Banyak yang kami pelajari pada hari tersebut. ilmu lengkap dan berbaloi kepada yang hadir terutama kepada usahawan baru.. Rasa seronok sangat dapat jumpa rakan kongsi dari Brunei iaitu Kak Pengiran Normah bersama Kak Hadija.
teman susah senang yong ni.. CDM Ija :)
Semua yang hadir.. BRUNEI best!!
So Seminar habis dalam pukul 7 malam. Malam tu lepas dinner we all just rest dalam bilik hotel sahaja. nak keluar makan jauh pun, hujan masa tu. So dok dalam bilik layan internet sampai tertidur :)
Esok nya kami ada aktiviti menarik iaitu jalan-jalan di Brunei.. Pagi-pagi lagi Kak Pengiran Norma datang jemput kami di hotel bersama seorang lagi rakan beliau iaitu Kak Rossa.. Cantik manis dan peramah kakak berdua ni..
Di bawa nya kami ke sebuah restoren untuk sarapan pagi.. So menu pilihan yong ialah Soto Brunei bersama Teh C. sedap :) tak lupa pulut panggang special dari Brunei.. inti daging di dalam nya.. wah sangat istimewa sebab yong tak pernah pula makan kuih sedap begini di Malaysia.
Sebelum sampai ke Brunei lagi kawan yong dah pesan.. sampai je Brunei jangan lupa ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Ambil gambar di sana.. ha ini buktinya yong dah sampai ke sini :) cantik Masjid ini.
Candid by Kak Azza.. suka benar ambil gambar candid hehe.. Thanks akak.
seterusnya masa untuk naik bot. nak pusing ke Kampung Ayer..
kena pakai jaket keselamatan. yong agak tergamam pada mulanya sebab tak terfikir akan naik bot. lagi pula yong pakai skirt je pada hari tersebut.. memang ayu la kan :) hehe
Banyak info baru tentang Brunei yang yong pelajari sepanjang naik bot mengelilingi Kampung Ayer. di situ ada ramai penduduk. Malah punya kemudahan lengkap seperti sekolah, balai polis dan balai bomba..menarik bukan?
Selepas aktiviti naik bot, kami ke rumah kak Rossa.. haa bab ni paling best.. sebab kami dapat menikmati buah-buahan istimewa yang hanya ada di Borneo.
buah tarap namanya. iras buah cempedak bukan? rasa pun tak sama.. lemak manis rasanya.. nak kopek pun mudah.. tak perlu guna pisau pun.. hairan yong lihat.. kata kawan, buah ini boleh dibuat goreng juga.. wah.. teringin sudah :)
nampak tak muka menikmati? ehh rasa macam nak lagi jerkkk
ini durian merah atau durian dalit orang panggil. hanya di borneo ye.. di Sabah atau di Brunei. actually ini pertama kali yong lihat durian sebegini. terkejut besar yong di buatnya.. kalau ada rezeki. mahu juga bawa balik durian ni ke Kedah.. nak bagi family rasa. hehe
yong bersama kak Rossa
akhir sekali bergambar kenangan bersama Kak Rossa, Kak Hadija dan Kak Pengiran.. terima kasih kerana beri kami layanan yang sungguh istimewa. InsyaAllah kami akan ke sana lagi nanti..
All the best kepada semua and tak lupa kepada anda di Brunei yang juga berminat nak sertai business online bersama yong and team. boleh contact yong oke.. peluang baik sentiasa terbuka buat anda. Jumpa lagi :)
Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com
1 comment:
Teringin juga nk ke brunei. Ada kenalan sana mudahla yong kenal tempat. Nampak pelik buah2 tu.. sbb x pernah jumpa :-)
Post a Comment