Hari ini nak share sikit pasal kebaikan scrub atau lulur badan. Sapa suka buat scrub. Best kan?? Scrub atau lulur badan ni dah sebahagian dari rutin penjagaan badan. Walau sibuk macam mana pun tetap kena sental sekejap. Kalau tak dapat buat sendiri pun takpa...pergi saja ke SPA
Yong suka lulur badan. Selalunya buat sendiri sahaja di rumah.. lepas scrub. badan rasa lebih segar, bersih dan mulus..
Di mana nak dapatkan body scrub ni? boleh buat sendiri.. u all boleh Google je cara nak buat homemade scrub atau kalau malas. beli je yang dah siap.. ada pelbagai jenis.. pilih yang u all suka ye :)
So jom kita baca apa kebaikan scrub badan ni..
Kebaikan Lulur/Scrub
- Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
- Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
- Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
- Mengurangkan tekanan & keletihan.
- Mengekalkan tenaga.
- Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
- Memperbaiki tekstur kulit.
- Mengurangkan dehidrasi
- Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
- Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
- Menghilangkan warna kulit berbelang.
- Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
- Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
- Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.
best kan? rasa macam nak ke Spa sekarang tak? hehe bukan je wanita elok lulur badan.. lelaki pun boleh tau.. :) cubalah nanti.
No comments:
Post a Comment