Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

30 May 2014

TIP JOGGING

Semalam yong dah share tentang kebaikan jogging. today nak sambung sedikit lagi tentang Tips jogging ye. jika nak baca entri sebelum ni just klik disini.


Nak jogging pun kena ada tips juga.. ye la kan.. macam yong ni berapa tahun sekali baru p jogging.. otot semua dah keras dah.. tetiba p jogging mau terkejut dia.. sekali kena p jumpa doctor baru elok haha..

oke pertama sekali...

1. Kalau baru nak start jogging (dah bertahun tak jogging ke kan macam yong), sila jogging sikit-sikit je dulu.. dalam 10-15 minit pun dah cukup. Jangan over sangat nanti pitam atau sakit kaki tu haa.. kejung kang kat situ haha


2. Jangan lupa warm-up sebelum jogging! Sangat penting tu.. Kalau tak nanti otot-otot dalam badan terkejut. mula la sakit lutut la, betis la.. dan confirm lepas tu kena p klinik. selagi tak jumpa doctor selagi tu la dok sakit tau.. ikut pengalaman yong ler nih 


3. Bila dah beberapa hari jogging, jangan guna laluan yang sama Cuba tukar - tukar sket.. Bila dah bertukar tu, takdelah kita rasa boring.. setakat ni yong dah pergi jogging di 3 taman yang berbeza. Setakat ni taman yang ketiga tu paling sesuai dengan jiwa hehe 


4. Sila pastikan anda makan ringan-ringan sebelum berjogging, paling bagus 2 jam sebelum ok? atau minum je Mineral Coffee. lepas tu confirm cergas sampai tengahari. terbaik!


5. Bawa kawan bersama kalo nak lebih semangat, ada teman jogging sesama happy sikit kan.. kalau tak kejap je nak ajak balik dah.. kalau jogging dengan buah hati lagi elok.. makin hari makin bahagia (ini dah mengarut.abaikan)




oke tu je tips kesihatan hari ni.. terima kasih kerana membaca ya :)

29 May 2014

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN JOGGING

Suka bersenam atau jogging tak? yong sebelum ni tak pernah nak bersukan.Jogging? oh lebih baik tidur dari keluar awal pagi untuk bersenam. sungguh teruk perangai malas yong sebelum ni tau. tapi entah kenapa penyakit malas tu dah bertukar jadi rajin since April 2014. haa nampak tak? baru je lagi start rajin bersenam ni. Nak amalkan hidup sihat kononnya sambil maintain cantik dan fit sentiasa.  

Yong risau juga sebab makin hari makin berusia ni kan, tak nak la nanti dah usia 30 an.. muka dan badan nampak lebih berumur dari usia sebenarku hehe :p

Ok so today let me share something about jogging. ye lah. jogging je la yong tahu pun. kalau nak cerita bersenam di gym.. yong tak mahir. gym pun tak pernah masuk lagi haha




Ada beberapa kebaikan yang yong rasakan sejak aktif ber jogging 2 bulan ni.. antaranya ialah.


1. Membantu untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.
Bila kita selalu berjogging, kita dapat tidur dengan lebih senang. Bangun tidur pun rasa fresh dan kurang lemau sepanjang hari. Bagus untuk pengidap imsonia


2. Kurangkan tekanan. 
Sebenarnya semua jenis sukan boleh membantu kita menghadapi tekanan. Ia menambahkan kapasiti dan ketekunan kita dalam kerja dan mendorong kita ke arah kehidupan yang lebih aktif. Contoh nya, jiwa dan fikiran akan lebih tenteram bila tengah berlari tu tau... Berlari sambil menangis pun pernah uolz haha. tapi lepas tu rasa lega sangat. haa cubalah :p


3. Membantu menghilangkan lemak degil di perut anda.
Jongging membakar lemak dan menambahkan tahap metabolisme dalam badan. Yang bestnya, jogging boleh hilangkan lemak degil kat perut! Wow! Really? Tapi kena la jogging slalu dan konsisten.. yong pun perasan perut ni takdalah kedepan macam sebelum ni.. dah makin flat.tambah pula yong mengamalkan pakai korset Premium Beautiful. memang sangat membantu dan mempercepatkan untuk slim.


4. Membantu menguatkan otot dan tulang.
Jogging membantu menambahkan kepadatan tulang . Cuba uolz tengok nampak kaki atlit-atlit yang lari jarak jauh tu, nampak macam kurus macam lidi kan kaki diorang, tapi sebenarnya kuat ye.. Yong je belum kuat lagi.. selalu je sakit kaki ni haa.. seminggu pertama start jogging yong mengalami kecederaan di bahagian lutut.. 2 minggu jalan tempang je.. sadis sangat tau tapi berbaloi haha


5. Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda "bekerja". Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.


6. Berat Badan
Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.


7. Osteoporosis
Jika anda jogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.


8. Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.


9. Rasa Bahagia
Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai "Runner's High".


10. Kerungsingan
Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood. 


11. Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat. 


12. Otak 
Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.


13. Kulit
Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.





Banyak kan kelebihan bila berjogging ni? so apa tunggu lagi.. harus cari masa untuk bersenam setiap hari..  we can do it! sihat dan cantik :)






Archive

About Me