Showing posts with label healthy. Show all posts
Showing posts with label healthy. Show all posts

22 October 2015

3 TESTIMONI TERKINI HERBA MAHARANI

Assalamualaikum. 

Hari ni dapat new testimony from my partners. Alhamdulillah..bagus betul lah Pil Herba Maharani ni.. banyak good feedback yang kami terima. 3 testimoni ni antara yang terbaru. mari kita baca testimoni yang ada.



TESTIMONI PERTAMA

Customer dalam pantang..Customer ni darah nifas dh kering.. tapi lepas ambil maharani keluar lagi. Bagus lah kan? Kalau simpan lama-lama takut ada penyakit lain pula yang datang. Selamat amalkan Maharani ya.





TESTIMONI KEDUA

Customer mempunyai masalah fibroid. 4 cm fibroid! Besar tu. Baru cuba 2kotak herba maharani & fibroidnya 4cm terus kecut & hilang begitu tanpa perlu operation. Doctor yg scan pun hairan dan mengatakan rahim cantik. Hebatkan!! Syukur Alhamdulillah :)

 Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :-
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal





TESTIMONI 3

Client masih single, tapi period lewat 1-2 months. From our Indian client. lepas amal sekotak maharani terus datang period and repeat order.


InsyaAllah akan ada banyak lagi new testimony..nantikan ya. kepada yang nak order Maharani boleh la contact yong. Jika nak COD (cash on delivery) pun boleh. Area Shah Alam dan Klang ye.


Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

01 April 2015

Top 10 Foods That Help Lose Belly Fat - Tips To Burn Belly Fat

Assalamualaikum.. 



Mood nak turunkan berat sekarang ni for my big event in my life.. gitu! takde lah.. nak slim sikit.. baru rasa lebih selesa nak berfashion.. nak pakai dress itu ini.. kan?

So insyAllah I'll update more about healthy tips in my blog.. sama-sama la kita buat ye.. makan nak kena jaga,exercise pun sama.. tak boleh nak bersenam je kalau makan tak jaga.. lambat turun berat kamu tu.





Kalau nak tengok new testimoni atau info tentang #setkurusbajet boleh klik sini ----> Geng Diet TDC


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


30 January 2015

TESTIMONI TERBARU PIL HERBA MAHARANI

Alhamdulillah. 

makin hari makin banyak testimoni baru yang yong dapat. dapat bantu ramai wanita di luar sana. Pil herba maharani ni banyak kelebihan nya tau.. dah cuba tahu la apa rasa dia.. Badan jadi cergas. perjalanan darah lancar. muka pun kemerah-merahan je tau :)































Boleh contact yong untuk order. 


 Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

19 December 2014

SET KULIT CANTIK | GENG ANGGUN TDC

Kulit yang sihat, gebu dan menawan menjadi dambaan semua wanita bukan? Bila kulit kelihatan bersih dan cantik, ianya bukan sahaja menjadi kepuasan diri individu itu sendiri malah meningkatkan keyakinan diri.

Yong memang peka dalam bab kecantikan tapi takdalah cerewet sangat.  As long as kulit bebas jerawat dan nampak bersih, dah buat Yong tampil berkeyakinan dan lebih ceria sepanjang hari.

So today Yong nak share satu gabungan produk untuk penjagaan kulit yang terbaik iaitu 





Kenapa dan apa yang membolehkan Gabungan ini menjadi sangat mengujakan? Mari kita sama-sama baca info dan keberkesanan tentang dua produk ini


LA PRAISE VITALIFT SERUM
  • Menjadikan kulit muka anda lebih anjal, tegang dan gebu.
  • Menggalakkan pembaharuan, pemulihan dan pertumbuhan semula kulit.
  • Mengaktifkan sel-sel kulit yang tidak aktif.
  • Melancarkan sintesis kolagen dan peredaran mikro pada kulit.
  • Mengembalikan keseimbangan lembapan kulit serta keseimbangan pH.
  • Memberi perlindungan antioksidan terhadap ancaman UV dan radikal bebas
  • Melembutkan, menghaluskan dan melicinkan tekstur kulit.
  • Menyegarkan, mencerahkan dan meremajakan wajah.


BB PLUS COLLAGEN
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari


Boleh lihat TESTIMONI di sini ---> TESTIMONI SET KULIT CANTIK



Semua orang mampu miliki SET KULIT CANTIK ni. Harga yang sangat berpatutan dan berkualiti. Sangat untuk dapatkannya seiring kebekerkesan yang bakal anda perolehi. TERPAKSA cantik dan sihat! ohhhh saya suka keTERPAKSAan itu :)



Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com



29 September 2014

HARI KOPI SEDUNIA!


COFFEE DAY!




Hari ni merupakan hari kopi sedunia yang di sambut di beberapa negara.  yong pun baru je tahu ada hari Kopi sedunia ni.. rasa happy pula sebab yong sekarang merupakan usahawan kopi tau :)

boleh baca info tentang Hari Kopi Sedunia di sini : International Coffee Day

Anda suka minum kopi apa? Yong suka minum Mineral Coffee. Kopi yang berkhasiat dan mengandungi garam buluh.. alhamdulillah.. hari ni ramai pula order mineral coffee dengan yong.. boleh baca info tentang Mineral Coffee di sini ya ---> MINERAL COFFEE



Jika anda berminat untuk order boleh terus contact yong.. atau juga nak cari extra income dengan coffee ni..cepat-cepat ambil handphone terus whatsapp ke no yong ye.. yong akan explain from A to Z. Ternyata coffee ni high demand. sentiasa dapat customer order. jom jadi salah sorang mu protege :)


Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


30 May 2014

TIP JOGGING

Semalam yong dah share tentang kebaikan jogging. today nak sambung sedikit lagi tentang Tips jogging ye. jika nak baca entri sebelum ni just klik disini.


Nak jogging pun kena ada tips juga.. ye la kan.. macam yong ni berapa tahun sekali baru p jogging.. otot semua dah keras dah.. tetiba p jogging mau terkejut dia.. sekali kena p jumpa doctor baru elok haha..

oke pertama sekali...

1. Kalau baru nak start jogging (dah bertahun tak jogging ke kan macam yong), sila jogging sikit-sikit je dulu.. dalam 10-15 minit pun dah cukup. Jangan over sangat nanti pitam atau sakit kaki tu haa.. kejung kang kat situ haha


2. Jangan lupa warm-up sebelum jogging! Sangat penting tu.. Kalau tak nanti otot-otot dalam badan terkejut. mula la sakit lutut la, betis la.. dan confirm lepas tu kena p klinik. selagi tak jumpa doctor selagi tu la dok sakit tau.. ikut pengalaman yong ler nih 


3. Bila dah beberapa hari jogging, jangan guna laluan yang sama Cuba tukar - tukar sket.. Bila dah bertukar tu, takdelah kita rasa boring.. setakat ni yong dah pergi jogging di 3 taman yang berbeza. Setakat ni taman yang ketiga tu paling sesuai dengan jiwa hehe 


4. Sila pastikan anda makan ringan-ringan sebelum berjogging, paling bagus 2 jam sebelum ok? atau minum je Mineral Coffee. lepas tu confirm cergas sampai tengahari. terbaik!


5. Bawa kawan bersama kalo nak lebih semangat, ada teman jogging sesama happy sikit kan.. kalau tak kejap je nak ajak balik dah.. kalau jogging dengan buah hati lagi elok.. makin hari makin bahagia (ini dah mengarut.abaikan)




oke tu je tips kesihatan hari ni.. terima kasih kerana membaca ya :)

29 May 2014

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN JOGGING

Suka bersenam atau jogging tak? yong sebelum ni tak pernah nak bersukan.Jogging? oh lebih baik tidur dari keluar awal pagi untuk bersenam. sungguh teruk perangai malas yong sebelum ni tau. tapi entah kenapa penyakit malas tu dah bertukar jadi rajin since April 2014. haa nampak tak? baru je lagi start rajin bersenam ni. Nak amalkan hidup sihat kononnya sambil maintain cantik dan fit sentiasa.  

Yong risau juga sebab makin hari makin berusia ni kan, tak nak la nanti dah usia 30 an.. muka dan badan nampak lebih berumur dari usia sebenarku hehe :p

Ok so today let me share something about jogging. ye lah. jogging je la yong tahu pun. kalau nak cerita bersenam di gym.. yong tak mahir. gym pun tak pernah masuk lagi haha




Ada beberapa kebaikan yang yong rasakan sejak aktif ber jogging 2 bulan ni.. antaranya ialah.


1. Membantu untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.
Bila kita selalu berjogging, kita dapat tidur dengan lebih senang. Bangun tidur pun rasa fresh dan kurang lemau sepanjang hari. Bagus untuk pengidap imsonia


2. Kurangkan tekanan. 
Sebenarnya semua jenis sukan boleh membantu kita menghadapi tekanan. Ia menambahkan kapasiti dan ketekunan kita dalam kerja dan mendorong kita ke arah kehidupan yang lebih aktif. Contoh nya, jiwa dan fikiran akan lebih tenteram bila tengah berlari tu tau... Berlari sambil menangis pun pernah uolz haha. tapi lepas tu rasa lega sangat. haa cubalah :p


3. Membantu menghilangkan lemak degil di perut anda.
Jongging membakar lemak dan menambahkan tahap metabolisme dalam badan. Yang bestnya, jogging boleh hilangkan lemak degil kat perut! Wow! Really? Tapi kena la jogging slalu dan konsisten.. yong pun perasan perut ni takdalah kedepan macam sebelum ni.. dah makin flat.tambah pula yong mengamalkan pakai korset Premium Beautiful. memang sangat membantu dan mempercepatkan untuk slim.


4. Membantu menguatkan otot dan tulang.
Jogging membantu menambahkan kepadatan tulang . Cuba uolz tengok nampak kaki atlit-atlit yang lari jarak jauh tu, nampak macam kurus macam lidi kan kaki diorang, tapi sebenarnya kuat ye.. Yong je belum kuat lagi.. selalu je sakit kaki ni haa.. seminggu pertama start jogging yong mengalami kecederaan di bahagian lutut.. 2 minggu jalan tempang je.. sadis sangat tau tapi berbaloi haha


5. Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda "bekerja". Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.


6. Berat Badan
Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.


7. Osteoporosis
Jika anda jogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.


8. Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.


9. Rasa Bahagia
Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai "Runner's High".


10. Kerungsingan
Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood. 


11. Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat. 


12. Otak 
Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.


13. Kulit
Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.





Banyak kan kelebihan bila berjogging ni? so apa tunggu lagi.. harus cari masa untuk bersenam setiap hari..  we can do it! sihat dan cantik :)






28 May 2014

BIO VELOCITY ALFAFA CONCENTRATRED




Apakah itu Alfalfa? 

Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau. 



Khasiat Alfafa

Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein. 

Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud “Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa  makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. 

Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium. 



Keistimewaan Alfafa

Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan. 

Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.

Mengalkalikan badan

Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu  meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.

Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan. 

Mengurangkan haba badan yang berlebihan
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.

Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya  meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.




 Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

23 May 2014

KELEBIHAN BERAS PERANG

Since yong tengah on diet sekarang ni kan.. semua aspek yong amat titik beratkan. dari makanan, minuman dan senaman. OMG! da start jogging dah sekarang tau.. jangan tak percaya haha

So today yong nak share sikit about beras perang..My friend pun cakap dia makan beras ni and bagus for me yang nak slim ni haa. jom sambung baca, apa kelebihan beras perang ni..

Terdapat dua jenis beras iaitu beras putih dan beras perang. Kebiasaanya, nasi yang kita selalu makan dimasak menggunakan beras putih. Hal ini kerana beras putih lebih lembut dan cepat dimasak. Bagaimanapun jika nasi dimasak menggunakan beras perang, lebih banyak zat akan diperolehi.

Perbandingan beras perang dan beras putih:

1. Beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut manakala beras putih dibuang selaput kulit. Maka, tekstur beras perang lebih kasar berbanding beras putih. 
2. Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, karbohidrat, dan protein yang sama tetapi kandungan zat (garam mineral) yang berbeza. Hal ini kerana semasa proses pembuangan lapisan sekam pada padi untuk menghasilkan beras putih, beberapa jenis zat hilang, antaranya vitamin, mineral, minyak pada sekam (yang dapat membantu mengurangkan kolesterol LDL) asid lemak dan fiber.
3.Beras perang mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan Beras perang mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. Beras perang mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,Beras perang mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.Beras perang mengandungi lebih banyak fiber berbanding beras putih
5. Oleh kerana beras perang mengandungi fiber yang tinggi, pengambilan beras perang dapat mengekalkan berat badan yang ideal dan menurunkan kolesterol dalam badan. Ia juga membantu mengurangi penyakit kencing manis jenis ke-2.

Kebiasaan orang Asia tidak dapat lari daripada mengambil nasi sekali gus menjadikan nasi makanan ruji sama ada untuk hidangan pagi, tengah hari atau malam.

Namun ramai tidak tahu antara beras putih dan perang, beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras yang biasa kita jamah.

Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.

Oleh sebab itu, kebanyakan kita lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar.

Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.

Ini dapat membantu proses berdiet kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah.

Bagi penghidap kencing manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.

Beras perang menjadi pilihan yang tepat sebagai menu yang boleh membantu pesakit kencing manis. 
Walaupun beras perang kurang digemari ramai kerana rasanya yang kurang enak berbanding beras biasa, khasiatnya amat bernilai berbanding beras putih.

Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanser usus. Serat ini menjaga bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.

Untuk kesihatan, cuba amalkan mencampurkan beras biasa dan segenggam beras perang setiap hari dan nikmati kebaikannya.

Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Posted via Blogaway

Archive

About Me