Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

18 January 2013

Hai-O JTX 1000 MOTOR OIL | SAYANGI KERETA ANDA!

 Salam semua! haa kali ni nak bercerita tentang penjagaan kereta. Actually yong ni memang failed la kalo suh jaga kereta..apa pun tahu.. yang tau rosak jerk.. dah banyak kali kereta yong rosak.sejak pakai kereta kancil dulu haha.. tak pernah nak periksa kereta tu. then lama-lama terus rosak tanpa bagi hint dulu..

oke takpe itu kisah dulu.. now yong dah mula belajar periksa kereta sendiri..dah pandai ke bengkel kereta sorang-sorang untuk service.. dan sekarang dah pandai pilih Minyak Enjin terbaik untuk kereta yong..Almaklumlah kereta sendiri kan.. jaga kena teliti sket lag..InsyaAllah nanti nak pakai BMW lagi lah kena teliti.. takleh rosak sokmo. habis pokai duit melayang ke bengkel :p

So untuk penjagaan Minyak Enjin, yong memilih Hai-O JTX 1000 MOTOR OIL untuk kereta yong.. so far yong rasa time drive pun agak berbeza.. rasa best jerk.. bagus untuk enjin dan tahan lama.. jauh jugak perjalanan baru kita service baru oke..

Apa yang menarik lagi tentang Hai-O JTX 1000 MOTOR OIL ni?? haa Minyak ni ada SUPERBRAND tau.. apa itu superbrand u ols baca kat sini.. INFO SUPERBRANDS. bagi yong pula iktu fahaman yong, kalo produk yang ada superbrand ni memang produk yang berkualiti dan permintaan nya tinggi..sebagai contoh.. Roti Gardenia.. ada superbrands jugak..sebab tu sedap berbanding roti yang takda Superbrands. betul tak?

So, after this.. u ols pula bole cuba minyak enjin ni. ternyata berbaloi-baloi.. bole je terus contact yong untuk order :) insyaAllah yong cuba beri service terbaik untuk anda

mood nak pakai BWM juga lepas ni hehe..insyaAllah my target untuk tahun ni.amin!







26 December 2012

PERANCANGAN TAHUN 2013 | KERETA BMW

 Salam semua :) 

Tahun 2012 sudah semakin sampai ke penghujungnya.. apakah perancangan anda pada tahun 2013 pula?? azam tahun 2012 sudahkah terlaksana? hehe oke takpe..sekurang-kurangnya 70% dari azam kita tu sudah terlaksa kan? 


Entri kali ni yong nak cerita tentang azam lagi.. next entri baru yong nak share dengan u ols tentang azam yong pada tahun ini dan tahun depan 2013.. ada yang tercapai, ada yang belum dan ada perancangan pada masa depan..


So today yong nak share tentang my new planning about my dream car! waaa~ teruja sungguh bila nak cerita tentang kereta ni.. dulu yong pernah berangan nak memiliki kereta HONDA. sebabnya kereta tu nampak curlas dan agak berpatutan la kalo yong nak memilikinya pun kan.. tapi since makin buat biz ni. IMPIAN yong menjadi lebih BESAR sebesar kereta BMW haha~ oke tak berangan macam tu.. dulu tak pernah tak berangan bawak kereta ni..yelah, first memang la kena ukur baju di badan sendiri..lagipun rasa macam tak layak je nak beli..DUIT takde masa tu hehe


Tapi kan u ols, berangan ni FREE je rupanya..so tak salah kalo kita nak berangan.sambil berangan kita cuba untuk menggapai IMPIAN yang kita bina tu.. Alhamdullillah yong sekarang dah tahu dah jalan bagaiman yong bole dapatkan kereta impian yong tu.. sejak dapat pandu kereta BMW beberapa kali..buat yong makin confident dan rasa MAHU! insyaAllah 2013 yong target for my new car..


This year from kancil yong dah berubah ke MyVi.. kereta kancil tu pun yong dah pakai beberapa tahun sampai la dah tak larat nak ulang alik KL.. alhamdulillah tak pernah lagi berlaku kejadian teruk sepanjang perjalanan semasa memandu kereta tu.. now dah upgrade ke MyVi tak salah yong nak memiliki kereta yang lebih selesa selepas ni kan.. untuk kegunaan yong..lebih selesa jika yong nak travel jauh-jauh, family pun happy :)



ni antara detik permulaan yong bawak kereta BMW..masih ketaq waktu ni.. dalam perjalanan ke Seremban 2..




kereta ini la yang yong pandu.. thanks to my mentor sudi beri peluang untuk yong memandu kereta beliau..nak bagi semangat pada yong katanya..baru yong lebih berkobar-kobar.. actually, kereta ni kereta dari business online yang kami buat.. ada caranya.. setiap bulan income dari business ni yang payment bayar kereta ni tau. seronok kan?





Another success story from our team, Green Leaders Group, ex-CFO from the corporate world, turned to mumpreneur and full time business woman. 

Congrats to CDM Jasmin Halim & Amar!!




My mentor, Sha Khalid..juga berpeluang untuk memiliki kereta idaman dengan buat business with team Green Leaders Group


Amacam? best tak amik mood macam ni hehe jom kita cuci mata sket dengan beberapa gambar kereta BMW yang sungguh cantik ni hehe



hari tu yong ada nampak BMW merah lebih kurang macam ni..sempat juga amik gambar dan tunjuk pada tok.. wah tok pun excited tau..tok cakap kalo nak beli kereta amik la color ni hehehe curlass habis!

color ni pun oke kan? nampak elegant




sporty nih! tapi sekarang musim hujan tak sesuai kalo takda bumbung hehehe




putih pun cantik~ wah! rambang mata kan? tapi beli kereta ni bukan macam beli ikan bilis di pasar..yong kena kerja kuat untuk pastikan impian yong terlaksana.. u ols doakan juga ye :)  amin


love, 
yong

phone : 0137049413
email: alinacshoppe@gmail.com



04 November 2012

BIOZONE Car Sterilizer | Udara segar dalam kereta




Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi “cold plasma” yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.

Apakah itu ozon? Adakah ia selamat?
Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang berjarak kira-kira 20-30km dari bumi. Fungsi utamanya ialah menyerap sinaran ultra ungu serta melindungi manusia dan tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu kerana ozon mempunyai fungsi yang amat berkesan dalam membasmi bakteria, dan menghalang bakteria daripada membiak. Kuantiti ozon di dalam udara ialah kira-kira 0.01-0.04 ppm. US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan adalah 0.05 ppm di mana pembebasan ozon oleh BIOZONE Car Sterilizer adalah kurang daripada 0.03 ppm, maka ia adalah selamat untuk digunakan.

Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?
BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.

Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti udara dalam kereta?
Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen (O2), menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan. 

Mengapakah kita perlu menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam kereta?
Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau. 

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?
Tidak. BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat memberikan kesan yang lengkap di rumah.



KELEBIHAN PRODUK


  • Menggunakan teknologi “cold plasma” Jepun yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3).
  • Membasmi kuman yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dengan berkesan, mencegah bakteria dan jangkitan virus.
  • Menguraikan VOC dalam kereta misalnya formaldehid, benzena, ammonia, menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain.
  • Membersih dan menyegarkan udara dalam kereta.
  • Ringan, mudah alih dan mudah digunakan.
  • Selamat, mesra alam dan tidak memerlukan penyelenggaraan.

CARA PENGGUNAAN

Masukkan BIOZONE Car Sterilizer ke dalam soket pemetik api rokok dan ia akan dihidupkan (dengan bulb yang menyala). Pasangkan pendingin udara untuk penyegaran udara yang berkesan.





email : alinacshoppe@gmail.com
phone/whatsapp: 013-7049413

Archive

About Me