Showing posts with label bertam. Show all posts
Showing posts with label bertam. Show all posts

17 May 2016

TIPS BERPUASA BERSAMA SET KURUS BAJET



Kini dah masuk bulan Syaaban kan? tak lama lagi je nak sambut Ramadhan. So today Yong nak share siap-siap tips untuk diamalkan di bulan Ramadhan. 

Ada je di antara kita ni yang kurang berselera nak makan pada waktu sahur @ awal pagi kan? Tapi sunat untuk kita bersahur. Dapat pahala. Takkan nak tinggal macam tu je. Tak bagus lah. So jom follow tips ni. Selain dapat pahala u all juga tidak lapar dan akan rasa cergas untuk melakukan kegiatan harian juga beribadah sepanjang hari.

1. Minum 1-2 sachets MIN KAFFE masa bersahur + kurma 3 biji. Ianya bantu anda menahan lapar sampai ke petang. Kepada yang makan berat tu, lepas sahur jangan lupa minum BV ALFALFA juga segelas selepas makan.

2. Masa berbuka confirm makan macam-macam kan? Jadi selepas makan, minum segelas BV ALFALFA untuk singkirkan kolestrol & beri tenaga untuk solat terawih.

3. Ambil GARLIC 2 biji sebelum tidur. Dapat buang angin especially bila berpuasa & for those senang kena gastrik.

SET KURUS BAJET ni hanya sekadar nama. Sebenarnya ketiga-tiga product ni bagus untuk kesihatan & untuk kekalkan kecergasan badan. Tak adalah nanti masa Ramadhan kita lemau jer. Sambil tu dapat turunkan berat juga. Badan pun lebih sihat.

Selamat mencuba & if rasa tips ini berguna, selamat share dengan kawan-kawan & family pula ðŸ˜Š
















Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


19 March 2016

TDC UTARA MONTHLY TRAINING CLASS | MARCH 2016


Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah bulan ini Yong and team TDC Utara telah melaksanakan satu lagi training class khas untuk orang-orang Utara. Pada tahun 2016 ini banyak juga projek bulanan yang kami telah rancang khas buat rakan kongsi tercinta.. InsyaAllah banyak projek akan dijalankan untuk penambahbaikan team kami agar usahawan-usahawan di bawah The Diamond Circle (TDC) lebih semangat dan mempunyai semangat juang yang tinggi.


Kali ini Yong berpeluang menjadi salah seorang speaker di class. Dah lama juga tak jadi speaker di class utara since Yong mendirikan rumahtangga September lepas. dah jadi orang Shah Alam dah sekarang uolz hehe. Alhamdulillah kini Yong dah berbadan dua, sebab tu nampak perut bulat je kedepan kan? 




Pada kali ini Yong berkongsi tips dan rahsia mengenai blog. Bukan nak tunjuk hebat ye tapi yong berkongsi apa yang Yong dah buat untuk majukan business dan dapatkan client melalui blog since 2011. Sayang sangat kalau tak gunakan blog sepenuhnya. Yang best bila buat business ni. Kami diajar penuh menjalankan business online secara percuma. Sebelum ni Yong buat business online juga tapi mana ada orang nak ajar secara FREE. alhamdulillah, dengan TDC, Yong dapat satu platform untuk majukan business lebih kedepan.


Special thanks to kak Nurhazwani Ameen & kak Eida Idris sebab memberi kerjasama yang sangat baik sebagai Emcee & Speaker pada hari tersebut. Kali ni lah nak tonjolkan bakat dan latih diri untuk bercakap di depan kan?



Our class diadakan di Bertam, Pulau Pinang. Syukur kerana sambutan sangat menggalakkan. Ramai juga yang hadir. Ada dari Perlis, Alor Setar, Sungai Petani, Kulim dan Pulau Pinang. Oh tak lupa kepada DDM Olyn yang datang jauh dari Kuala Lumpur khas untuk join our class. Terima kasih atas sokongan ye Kak Olyn :)




Setiap class mesti ada aktiviti kumpulan untuk asah minda & kreativiti.




Dah siap discuss maka lepas tu haruslah present kat depan kan :)  macam-macam idea keluar time tu haaa




Then next slot mestilah slot motivasi. This time CDM Shaliza Aziz pun turut ada di class. Semangat berapi-rapi dah kami semua. Semua tak sabar nak update blog and jalankan business lebih laju sebab nak ke Beijing secara percuma. 


Jangan tak tahu sekarang ni pakej percutian percuma ke Beijing sedang berlangsing. Masih sempat nak grab peluang ni tau.. Kalau anda pun suka travel kita boleh geng! Jom jadi my travel partner :)




Ddm Olyn in action. Beliau share tips bagaimana beliau dapatkan client from blog untuk beli Premium Beautiful Corset.. Sales belas-belas ribu pula tu.. Client dari blog sahaja tau! wow! Jelesss sangat! Memang nak follow tindakan beliau!





Sesuatu kerja/business jika dibuat secara berkumpulan, usaha semakin mudah, idea semakin banyak, suasana lebih meriah & hasil juga lebih banyak? Setuju bukan?





Qualifier cabaran bulan February.. Yong dah janji nak hadiahkan something from Osaka. Harap mereka suka dengan hadiah yang Yong beri. Bulan ni mesti nak all out lagi okay! All the best ladies..


Seronok kan bila bekerja dalam satu team. Buat business macam ni lebih enjoy. Idea pun tak kering. Kita anda di luar sana masih terfikir nak belajar business secara online. Marilah join TDC, be one of my protege. Kita buat sama-sama. InsyaAllah berjaya pun sama-sama.


Jangan malu segan hubungi saya ye.


Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


07 December 2015

HOTEL JANNAH, KEPALA BATAS PULAU PINANG



Assalamualaikum. Hari ni baru berkesempatan nak update tentang Hotel Jannah di Kepala Batas. Alhamdulillah..Yong dan suami berpeluang menginap di sini selama 1 malam sebelum balik ke Sungai Petani. Rumah Yong di Sungai Petani lebih kurang setengah jam je dari Kepala Batas ni. Saja nak dok hotel kan hehe


Rasa excited pula dapat menginap di hotel. Actually peluang ini Yong dapat sebagai hadiah kahwin juga. Terima kasih Kak Ros beri peluang menginap di Hotel Jannah. Service bagus. Bilik Hotel pun cantik..


Yong dan suami bertolak agak lewat dari Shah Alam. maka dah lewat malam baru sampai di Kepala Batas. Masuk je bilik terus nampak ada swan atas katil! wuhuu :) happy sangat. terus honeymoon mood tau!






Harga hotel ni sangat berpatutan dan dapat disewa oleh mereka dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada bergaji tinggi ataupun sederhana. Hotel Jannah ini terletak di Kepala Batas Seberang Prai yang di kelilingi dengan beberapa institusi pengajian dan hanya tiga minit sahaja dari Tol Bertam.


Hotel Jannah ni juga sangat berdekatan dengan pelbagai kedai dan restoren. Nak beli barang pun mudah. Juga berdekatan dengan Shopping Complex Sunshine. Ada cinema juga tau. boleh pergi tengok wayang sekali heeee


Nak makan juga tak susah sebab Hotel Jannah sendiri ada cafe dan bakery. Makanan yang best-best disediakan tau. boleh cuba nanti. harga pula sangat berpatutan. Murah sangat tau.




Me and husband :) 


Facebook Hotel Jannah : klik sini ~~~> Jannah Hotel 


Jika Berminat nak menginap di sini boleh la hubungi email dan no telefon di bawah


  • 51, JALAN DAGANGAN 10, PUSAT BANDAR BERTAM PERDANA, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
  • 0133988696 / 04-5770085

Archive

About Me