Showing posts with label HAFIZ ATAN. Show all posts
Showing posts with label HAFIZ ATAN. Show all posts

22 April 2013

MY VERY FIRST CHANEL BROOCH

Assalamualaikum semua :) hari ni Isnin dah ye.. wah! ada yang Monday Blues tak? harap takda la ye.. tu tengok gambar di bawah..pakai blazer biru.. tapi bukan Monday Blues yekk :p


gambar ni diambil semasa photoshoot our team di shah alam.. wah gitew! yong ni bukan artis atau model tau.Alhamdulillah ada juga peluang join photoshoot and make-up dengan make-up terkenal.. today nak cerita tentang my very first Chanel Brooch. syukur sangat..impian jadi kenyataan.dah lama yong nak beli Brooch ni tau. sebelum ni dok tengok je yang orang lain punya.. so semasa di Paris hari tu..yong memang tak lepaskan peluang shopping brooch ni di sana.. 

Macam-macam reka bentuk ada..rambang dah mata ni haa.. at last dapat juga pilihan kalbu. memang puas hati sangat.. next year ke negara lain pula..yong aim nak beli Chanel Handbag and another Chanel Brooch :)


muka happy after shopping :) tak sabar nak pakai u all.. hehe


snap kotak je.. isi dia tu yang yong pakai.. 


bole letak kat blazer, but selalunya yong akan pakai di kepala la.. cool kan?? tak sabar nak tambah koleks.. kawan-kawan yong yang lain pun pakai juga tapi corak yang lain..semuanya cantik belaka..


oke akhir sekali nak ucapkan thanks kepada tuan photographer kita..tak sabar nak tengok our team punya pictures..pelbagai gaya.. dah macam model hehe padahal kami semua dari latar belakang yang berlainan :)

stya tune!

08 April 2013

Teaser - Photoshoot for GLAMpreneurs | Top Beautilicous

Semalam yong ada photoshoot for our team.. best sangat dapat join sama-sama photoshoot ni. pelbagai perasaan ada.. yang penting photoshoot kali ni memang syok habis oke!

harap cepat dapat our pictures.. hope memang da bomb da diva la ekk hehehe :p












03 December 2012

ROTAN AYAH | VIDEO



Satu garapan dari cerita kanak-kanak Saiful Nang sendiri yang mempunyai seorang bapa yang garang dan mendidik menggunakan rotan. Cerita ini mengekalkan lebih kurang 70% originaliti cerita asal dan digarap dalam pendekatan filem pendek bagi yang masih mempercayai bahawa rotan masih menjadi satu pendekatan yang logik asalkan tidak keterlaluan dalam pembentukan disiplin dan akhlak anak-anak untuk menjadi seorang yang kental dan mempunyai jatidiri yang tinggi. Filem pendek ini ditunjangi oleh tenaga kerja dalaman dan beberapa pelakon cilik seperti Adik Adam. Keseluruhan produksi ini dijalankan dalam panasnya bulan Ramadhan dan pengambaran disiapkan sepenuhnya dalam 2 hari menggunakan peralatan keseluruhannya secara "in-house".

TUNJANG UTAMA

Ayah : Hafiz Atan
Atan : Adik Adam

KREW PENERBITAN

Penerbit Eksekutif : Azman Salikin & Ahim Rani (CS Brunei)
Idea dan cerita asal : Saiful Nang
Skrip : Azim & Moji
Pengarah : Azim
Pengarah Fotografi : Moji
Kamera : Wafiy Zamree, Khalis Misral
Peralatan : Adeq esqobar
Pengurus Produksi : Nurul Azmah
Narration : Syibli Fakih
Editor : Azim




ENJOY!

Archive

About Me