13 December 2019

BILA DIRI SENDIRI DIUJI

Yong suka baca buku. Dari kecil Yong suka membaca cuma bila makin dewasa Yong lupa akan hobi Yong yang satu ini.

Now, Yong suka baca buku motivasi, buku yang beri manfaat dan inspirasi buat Yong. Then Yong suka kongsikan pula ilmu Yong dapat pada orang lain.



Cuma sometimes apa ilmu yang Yong kongsikan itu berbalik semula pada Yong. Yong banyak baca kisah jatuh bangun seseorang. Bagaimana orang boleh BANGKIT SEMULA setelah dia "jatuh" berkali-kali.


MasyaAllah TabarakAllah.

Mudah je kita membaca dan dengar kisah orang. Cuma bila kena pada kita. Allah sahaja yang tahu apa yang jadi pada kita.

Bila diri sendiri diuji baru faham bagaimana perasaan itu. Baru belajar bagaimana proses nak BANGKIT tu. Sesungguhnya IMAN dalam hati tu paling penting kerana bila kita jatuh bukan mudah nak bangun semula. Kebiasaan orang akan terus putus asa, larikan diri dan bersembunyi.

Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita.

Dugaan dan ujian yang kita terima itu memang ujian yang boleh kita tanggung/hadapi. Cakap memang mudah. Nak buat tu bukan senang kan?


Masa inilah Allah nak tengok kita. Masih boleh senyum ke kita? Masih boleh ketawa ke kita? Boleh bersyukur ke kita? Makin jauh atau dekat kita dengan Allah?

Allah.
Berat sungguh nak bercerita. Berat sungguh nak BANGUN semula. Semua ini atas izin Allah.
Jatuh berkali-kali tetap BANGKIT kerana Allah Taala.


SubhanaAllah.


No comments:

Archive

About Me