09 November 2018

FIRST TIME AISYAH CHECK-UP JANTUNG DI PENANG


Assalamualaikum, entri kali ini sempena Aisyah pertama kali check-up jantung di Penang. Buat yang belum tahu, Aisyah merupakan seorang pesakit thalasemia. Jadi ini adalah salah satu check up tahunan yang perlu Aisyah jalani. Alhamdulillah so far so good. Takda apa yang membimbangkan mengenai jantung Aisyah cuma Aisyah perlu datang ke hospital setiap bulan macam biasa untuk check HB beliau.


4 November 2018. First time datang ke Hospital Penang bersama Abg Halim. Nervous pun ada risau takda parking dan sebagainya. haha


Risau je lebih padahal semua okay jee. Biasalah parking susah tu kan. Dah nama pun hospital. Cuma yang bagusnya hopsital Penang dah ada parking bertingkat. Mudahlah nak parking walaupun yang kosong tu ada kat tingkat atas je hehe


Ramai juga pesakit yang bakal terima rawatan. Kami sampai sana pukul 10. Pukul 12 baru nama dipanggil. Ya Allah lama betul menunggu. Mujur result okay. Sejuk hati ni.





Dah habis urusan di hospital, my partner kak Wani Ameen datang ambil kami tiga beranak ronda Penang. JALAN-JALAN CARI MAKAN! Weehuuu!




Our first pit-stop, McDonald Drive Thru sebelah Times Square Penang. Abg Halim teringin nak makan burger Spicy McDeluxe and me ofcourse mengidam Ice Chocolate yang sedap bonar nih. Akhirnya dapat juga minum. Inilah kali pertama sis minum Ice-Chocolate McCafe. haha kesian sungguh!



Time lunch dah kan, memang la lapar benor jadinya. Tapi terpaksa la tunggu dulu beratur untuk dapatkan Mee Goreng sotong yang super sedap nih. Pekena pula dengan coconut shake special ni serius terangkat. Kedai ni buka time weekday je tau. Korang datang time weekend memang tak buka. Tengok kedai jela kalau datang hehe



Ni mee goreng sotong special. Mee lebih sotong pun lebih. Puas hati makan. Kenyang sampai malam. Tip Top. Dah lama teringin nak makan kat sini. Akhirnya dapat juga rasa. Alhamdulillah. You guys kalau nak datang sini boleh waze alamat di bawah okay.

Hameed Pata Mee Sotong
 Esplande Food Court,
19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang




Next we are going to Fruitmade.Kedai aiskrim yang tengah viral masa kini. Aiskrim dari buah-buahan. Bukan je aiskrim yang dijual di sini. Jus buah-buahan pun ada. Fresh sangat!




Bulan ni bertemakan pisang. Jadi dapatlah kami aiskrim pisang dan cokelat. Makan tengah panas cepat benor ais ni mencair tau. Stress juga sis. But not to bad to try. Korang datang Penang mai la try aiskrim nih ya. Alamt di bawah ni.


 Fruitmade
6, Lebuh Cannon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang



Last pit-stop at the day. Lepas makan aiskrim buah terus ke kedai aiskrim ni pula. Kak Wani dah gian dengan aiskrim perisa seasalt kat kedai ni. Ya Allah heaven betul dok makan je seharian. Tambah pula makan aiskrim back to back. Layan je tekak nih.




Ini pilihan Yong. Flavour Manggo + Milo Tarik. Nice. Wafer yang Yong pegang tu pun sedap. Perisa Dark Chocolate. Kedai ni lokasinya di 

Urban Artisan Cafe Penang Georgetown
122-C, Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang



Ini pula pilihan kak wani, Ocean Seasalt + Lime. Flavour ni memang layan betul korang. Sedap! 

Sebenarnya banyak lagi tempat makanan sedap di Penang. Cuma masa mencemburui. Terpaksa la stop dan bersambung di lain hari. Korang yang mana plan nak datang utara ni untuk jalan-jalan cari makan. Boleh la cuba makan kat tempat Yong pergi ni okay.

Tata.



Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com




No comments:

Archive

About Me