19 November 2017

KEK 2 BAHAN | KEK COKELAT VIRAL

Masa asyik dok scroll Instagram. Yong ada nampak kawan Yong buatkak kek cokelat untuk anaknya. Saja la Yong tanya resepi. Eh tak sangka pula kek ni mudah sangat. Dua bahan je diperlukan iaitu Susu Choc dan Biskut Oreo / Cream O





Apa lagi, terus la bergegas ke kedai untuk beli bahan ni. Dah la senang nak buat. Bahan pun sikit. Maka sesuai la untuk orang yang malas. Malas nak buat tapi rajin je nak makan ye dak? Jangan gitu okay. Kena rajin sikit. Dah makan kek kena la rajin exercise. Tak gitu?


Okay jom kita start buat. Sebelum tu baca resepi dulu ya.



KEK COKELAT VIRAL

Bahan-Bahan :
2 paket oreo / biskut cream O

200ml susu dutch lady choc 


Topping choc ni tambahan je tau. 
Yong cairkan choc chips bersama mentega. taknak letak pun boleh. 
Kek saja pun dah sedap sangat.


Cara- cara :
Kisar oreo sampai hancur (Guna pengisar kering. Yong guna blender biasa saja).
Masukkan susu dutch lady, 
kacau sebati lepas tu kukus 20-25minit (ikut acuan masing-masing)







Hiasan tu suka hati u all la ye. Yong saja beli choc tu nak bagi Aisyah menarik nak makan hehe. Selamat mencuba. Kek choc ni lembut & moist gitu. Sedap.


No comments:

Archive

About Me