19 November 2017

FAZURA SEBAGAI DUTA SHOM

SELAMAT DATANG KE DALAM KELUARGA SAHAJIDAH HAI-O MARKETING FAZURA!

Wah! pertama kali dapat tahu tentang perkabaran baik ini, terus Yong rasa excited sangat. Alhamdulillah pada 2 November yang lepas, Yong dapat jemputan untuk ke majlis Exclusive Meet & Greet with Fazura. 




Memang Yong tak lepaskan peluang ini sebab memang Yong minat sangat dengan Fazura. Tak sabar nak jumpa Fazura secara berdepan. 




Maka pada 2 Nov lepas bertempat di One World Hotel, Damansara awal pagi lagi Yong dah sampai. Ramai juga Crown Diamond Manager yang turut hadir pada hari tersebut. Paling best sebab dapat jadi orang terawal yang dapat menikmati Teh Tarik Garam Buluh iaitu produk terbaru dari SHOM. 




Selain dari memperkenalkan Fazura sebagai Duta SHOM. Pada hari tersebut juga ialah Hari perlancaran album sulung Fazura. Kepada yang berminat nak dapatkan album Fazura boleh la inform Yong ya.






Fazura kelihatan tidak dapat menahan air mata daripada mengalir apabila dimaklumkan album terbarunya, FAZURA telah terjual sebanyak 5,000 unit sejak berada di pasaran pada 23 Oktober lalu. Mestilah beliau rasa terharu dan gembira kan?




Partner of the day. hehe Yong bersama CDM Shaliza. Sebenarnya apa pun majlis syarikat mesti akan nampak muka kami berdua. Tahap wajib dah hadirkan diri ke majlis syarikat tau. Tak datang rasa rugi sangat :)






Dapat peluang bergambar dan selfie bersama Fazura. Alahai, so sweet Fazura. Dah la cantik, sopan & bijak pula tu. 







Antara menu yang dihidangkan. Semuanya sedap tahap 5 bintang! yums.. Ada juga menu yang Yong tak sempat snap iaitu menu udang harimau. Ya Ampun. sedap sangat tau. teringat sampai saat ini. 




Terima Kasih SHOM kerana berikan peluang untuk hadir ke majlis kali ni. Saya rasa berbangga menjadi sebahagian dari keluarga SHOM and

 "Welcome on board to SHOM family" dear Fazura :) 



No comments:

Archive

About Me