08 December 2014

MAGNUM KUALA LUMPUR | ENJOY YOUR ICE-CREAM

Assalamualaikum

Pernah dengar tentang Magnum Cafe yang baru dibuka di KL? haa semalam Yong dah ke sana tau. best and enjoy dapat makan aiskrim yang special di situ.


Lokasi Magnum Cafe KL ini terletak di dalam mall Midvalley, Kuala Lumpur. Satu tingkat dengan panggung wayang GSC di Midvalley tu.. Sampai je situ yong nampak ramai betul orang beratur. So yong pun join la beratur.. Oh! rupanya Yong silap. sebenarnya yang ramai-ramai beratur tu hanya untuk pembelian take away. If nak makan di Magnum Cafe tu yong kena naik satu lagi tingkat di atas. naik je escalator di situ terus sampai ke Magnum Cafe tingkat atas.



Pintu depan Magnum Kuala Lumpur



Ramai kan? Masa ni dalam 8 Pm.



Muka happy nak pilih aiskrim pilihan hati :)



banyak jenis aiskrim yang disediakan. Keliru tak tahu nak order apa. And akhirnya kami order dua set aiskrim. 





yang ni ada strawberry and dalam tu macam pavlova la.. sedap sangat! kalau ke sana lagi Yong nak pasti nak order yang ini.. nyum! 



yang ini pula bawah tu macam kek la.. sedap juga di makan dengan aiskrim Magnum Vanilla bersama choc sikit :)

And last ada order Chicken Wing. tapi lupa snap gambar hehe. sedap juga u all. tak rugi cuba.. Anak-anak pasti suka..

Kalau nak ke sana takda teman, Yong boleh teman kan hehe. 

terima kasih kerana membaca :)

2 comments:

♥ irish ♥~ said...

Ade mknn lain di juak jugak ke kt cafe mgnum tuh? Igt kan aiskrim je. Urmmmm sedapnyer tgk aiskrim yg yong pilih...

Najib Ariyan Ali Basha said...

oh tidakkkk... saya takleh singgah midvalley nih... habis laaaaa...

Archive

About Me