Assalamualaikum and Hello :)
Ini cerita awal bulan hari tu, masa yong di KL. Alhamdulillah urusan yong untuk pindah ke Rawang semuanya berjalan lancar. Semua dah oke. Terima kasih untuk my mentor Shaliza Aziz yang sudi bantu yong mengakut segala barang untuk pindah. terus slim sampai sekarang.. kan mak?? :P
Ok lepas dah selesai semua. Sempat juga luangkan masa sehari untuk rest kan minda. Orang kata terapi gitu. hehe Yela kan. Perempuan ni. kalau stress ke apa, bawak je g shopping atau p makan. Terusss release tension tu ha..
So yong and Kak Ija pilih untuk ke KLCC dan Pavillion sebagai destinasi "terapi" kami.. hehe. Selesai siapkan urusan, kebetulan time lunch so kami terus makan di Du Viet Restaurant (Vietnamese Restaurant). Makanan nya sedap. Dah lama nak makan makanan macam ni. Alhamdulillah dapat juga. Dulu masa ke Vietnam makan makanan Malaysia je banyak.. tak sempat nak merasa rice roll dan soup macam ni.. memang yummeh!
makanan untuk berdua. Kenyang tau.
After selesai semua, kami terus ke Pavillion pula. So dari KLCC drive pula ke sana. Masuk ke Pavillion terusss tengok board tu.. "ada kedai makan apa ek yang best" (cakap dalam hati padahal baruuuuu je lepas makan tadi.. dasar kuat makan kann?)
Maka sambil jalan-jalan tu, we all plan nak cari kasut baru. Kasut sedia ada dah koyak dan tak elok dah.. we decide masuk ke kedai kasut Aldo. and bukan je kasut menarik perhatian kuuuu..tapi
spek pun ada yee.. ehh 5 kali try spek ni tau. harus ku beli! bukan satu.. beli dua spek terus. lagi satu design jenis lain.. tetap gojes!
Kak Ija pilih kasut sampai sejam."nak pilih yang ni ke nak yang pilih yang tu.." And atlast terus je beli dua pasang ni.. haaa baru puas hati. Kalau beli sepasang je karang tido malam termimpi-mimpi pula kan?
Yong dari tengok je mulanya ambil peluang try juga kasut yang ada... "eh cool juga kasut ni kan?"
dari pandangan lain.. "emm ok cun! Nak beli lah!"
terus bayar dan pakai masa tu juga okeh! haha sebelum tu pakai selipar je.. so tak da la OOTD.. dah beli kasut baru. rasa semangat sikit nak ambil gambar "Outfit Of The Day".. ngeee
Seronok bergelar GLAMpreneur ni. Bukan je asyik berbusiness, ada masa kita luangkan masa untuk family dan diri sendiri juga. Sekali sekali reward diri sendiri apa salahnya kan?
Kalau dulu bergaji rendah, Yong takut nak masuk Pavillion dan KLCC tau u all. Tak layak nak tengok pun barang-barang berjenama di situ. Today Alhamdulillah. Sedikit sebanyak hidup yong improve. Bukan nak cakap now dah kaya raya. atleast berubah 360 darjah dari yang dulu.
Rasa happy dengan perasaan begini sekarang.
Dah puas shopping, sebelum balik tersinggah kedai kek pula.. alahai, hancur lebur diet ku hari tu. Yong tak pernah makan MILE CREPE sebelum ni.. nasib sedap, tak da la rasa menyesal sangat bila makan. kan? hehe
Bagi Yong aktiviti macam ni memang happy..Next time hope boleh ajak rakan-rakan di Utara pula jalan-jalan di sini.
Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com
2 comments:
shopping terapi orang pompuan... terapi orang lelaki? makan makan makan... hahaha
kutuk k ija ye hehe
eh sejam ek yong?
Post a Comment