05 September 2014

ZUMBA | TREND SENAMAN DI MALAYSIA

Assalamualaikum..
Pernah dengar tentang zumba? apa tu zumba? macam pelik je kan? haa yong pun tak tahu apa tu zumba sebelum ni selepas diperkenalkan oleh seorang rakan selepas yong bergiat aktif dalam bersenam sejak April lepas.

Sebelum ni bersenam setahun sekali pun belum tentu tetapi kini kalau boleh hampir setiap hari yong nak bersenam.. kadang-kadang tak sempat nak ke taman untuk jogging, so yong amik keputusan untuk belajar zumba..


Zumba ni senaman tarian..ala-ala menari gitu.rasa enjoy dan happy.. malah kurang rasa penat.. kalau stress atau sedih elok sangat la cuba zumba ni. sangat membantu buat kita lupakan seketika masalah dan senyum kembali :) So meh nak share sedikit info tentang Zumba ni..yong copy from blog Kevin Zahri


Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.
    1. Apa dia? Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.
    1. Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
    1. Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!
    1. HIIT? Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
    1. Mood down? Jgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.
    1. Seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.
    1. Seksi! Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu.
    1. Senaman kardio: Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.
    1. Kuatkan abs dan pinggang! Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda.





    antara Video kesukaan yong time zumba.. masa dalam 5 minit macam tu je tapi berulang-ulang la yong buat sebab suka hehe.. 




    Senaman Zumba juga berguna untuk melatih otot-otot tubuh seperti, otot pinggul, pinggang, dan kaki. Ada 3 kelas Zumba yang dikategorikan sesuai dengan tingkat kemampuan dan usia Anda, iaitu:

    1. Zumba Gold: Untuk lanjut usia di mana gerakan dansanya dirancang untuk menguatkan tulang serta berfokus pada kelenturan tubuh.
    2. Zumbatomic : Untuk kanak-kanak usia 4-12 tahun. Gerakannya bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan tubuh dan kelenturan anak.
    3. Zumba Fitness: Untuk remaja sampai dewasa. Berguna untuk membantu pertumbuhan dan meningkatkan kesihatan.

    Senaman Zumba adalah alternatif yang tepat jika Anda ingin menurunkan berat badan dengan cara yang menyenangkan.selamat mencuba ye. selamat bersenam dan sihat selalu :)


    2 comments:

    nuyui a.k.a miss YUI said...

    sronok zumba. nanti nak buat lg..ekeke..

    tergelak sorg tgk depan cermin..ekeke

    Unknown said...

    Nk belajar gak la

    Archive

    About Me