12 September 2013

KOPI DAN KESIHATAN TAK DAPAT DIPISAHKAN

Ramai di kalangan kita yang suka minum coffee kan?? Tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam, secawan kopi panas yang segar beraroma memberi nikmat dan kepuasan yang tidak terhingga kepada penggemarnya. Today yong nak share dengan anda semua antara kebaikkan minum kopi, berkait rapat dengan kesihatan kita.
1. Melindungi jantung.
Peminum kopi yang mengambil 1-2 cawan kopi hitam setiap hari memiliki risiko terkena stroke lebih rendah dibandingkan mereka yang tidak minum kopi. Hal ini disebabkan oleh adanya antioksidan yang terkandung dalam kopi.
2. Mencegah diebetes
Antioksidan kopi, khususnya klorogenat dan guinides, memainkan peranan untuk meningkatkan sel tubuh terhadap insulin yang membantu mengatur gula darah. Faktanya, orang yang minum kopi setiap hari memiliki risiko lebih rendah terkena diabetes.
3. Menjaga kesihatan hati
Kopi juga dapat meminimakan risiko munculnya sirosis dan penyakit hati lainnya. Satu analisa dari sembilan kajian menemukan bahawa kopi mampu menurunkan risiko kanser hati sebanyak 43%. Hal ini kerana peranan antioksidan dan kafein di dalamnya.
4. Meningkatkan kekuatan otak
Minum kopi secara teratur juga dapat membantu mengurangi risiko demensia dan Alzheimer, atau lebih dikenali sebagai Parkinson. Antioksidan yang terkandung di dalam kopi membasmi kerosakan sel otak dan membantu jaringan saraf untuk bekerja lebih maksima sehingga otak bekerja lebih baik.
5. Membantu menghilangkan sakit kepala
Kajian membuktikan, 200 miligram kafein dapat membantu menghilangkan sakit kepala, termasuk migrain.


Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

No comments:

Archive

About Me