Showing posts with label hard rock cafe. Show all posts
Showing posts with label hard rock cafe. Show all posts

05 May 2014

APRIL 2014 SERIBU ERTI

Wink! Wink!

Assalamualaikum..

Happy nak share cerita tentang Bulan April yang Awesome. Kepada Glampreneurs pula, larian kita untuk Projek Shanghai sudah ke penghujung.. Alhamdulillah untuk semua pencapaian anda. This month kita tingkatkan lagi prestasi ya :)

Today yong nak cerita tentang beberapa perkara yang berlaku terhadap diri yong sejak bulan April.. ada yang agak biasa dan ada yang agak luar biasa bagi yong..hehe so kita mulakan dengan perkara pertama

JOGGING
buat pengetahuan semua, yong ni sangat TAK SUKA bersenam. ada je alasan bila ajak pergi bersenam. jogging pun liat, nak ke gym apatah lagi. seram macam nampak kucing je perasaan itu.. tapi entah kenapa start awal bulan April yang lepas, yong dah mula ke taman rekreasi. hehe satu perkara yang bagus la kan? tiada sapa suruh bersukan pun. Yong yang "sedar" sendiri.. bila tengok keadaan tok yang sekarang tak sihat menguatkan semangat yong untuk jaga pemakanan dan perlu bersukan untuk jaga kesihatan.



SUSHI DAN UDON
omg! since dapat kawan dan ada geng suka makan sushi ni, perasan dan nafsu untuk makan sushi membuak-buak.. over tak? tambah sekarang suka makan Udon. sejenis mee Jepun.bentuk gemok-gemok macam laksa tapi bukan laksa.. makan bersama soup. fuh! sedapnya.. anyone nak p makan Sushi boleh la ajak yong sama k next time :)






BANGUN AWAL DAN KURANG BUANG MASA
Ini sebenarnya berkaitan dengan jogging juga. bangun awal sebab ready nak pergi jogging, lepas balik jogging banyak kerja boleh settle dengan cepat. Berbanding dulu asyik tido je. kalau tak tido masa di isi dengan makan.. haha


KASUT SUKAN BARU
Sebelum ni yong dah lama takda kasut sukan. kali terakhir maybe semasa belajar dulu kot.. dah 6 tahun habis belajar kolej.. maka memang lama la kan? buat apa nak beli kasut suka kalau tak pergi sukan. betul tak? so untuk kali pertama pergi jogging yong hanya pinjam kasut my auntie jerk. nasib lah sama size.. beberapa hari lepas tu baru yong dapatkan my own sport shoes.. hope lepas ni dapat beli kasut yang lebih cantik lagi and ofcourse selesa untuk bersukan.. ye tak?




BERAKHIRNYA LARIAN UNTUK PROJEK SHANGHAI
Seperti yang sedia maklum, larian untuk Projek Shanghai sudah berakhir pada 30 April yang lepas. Tahniah kepada yang berjaya dan semoga next Pakej kita dapat lakukan dengan lebih baik lagi. Tak sabar nak ke Shanghai ni. InsyaAllah ini percutian percuma yong untuk kali ke-6. Alhamdulillah sangat dipertemukan dengan business GLAM.



GATHERING BERSAMA HRC GENG 
Ini part paling best.. yong sangat excited bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang punyai sama minat mengumpil Hard Rock Cafe Pins. yong kira newbie lagi sebab baru kumpul beberapa je pins.. mereka ni kita otai dah hehe.. anda boleh klik sini dan sini untuk baca kisah yang sebelum ni.




haa amacam? menarik tak? kisah anda pula bagaimana? boleh share dengan yong.. semoga Bulan Mei akan beri seribu erti dan kebahagian kepada kita semua ya.. amin.



30 April 2014

HARD ROCK CAFE MELAKA WITH HRC GENG

Assalamulaikum :) 

yeah! akhirnya yong berkesempatan juga berkunjung ke Hard Rock Cafe Melaka. Hari tu yong ada juga ke Hard Rock Cafe di Kuala Lumpur dan juga Penang. Tapi kali ni agak excited sebab ini kali pertama yong nak jumpa HRC Pins family :)


Pintu depan Hard Rock Cafe Melaka



Yong ke Melaka bersama beberapa orang kawan.. kami sama-sama minat mengumpul Hard Rock Cafe Pins. ok actually yong baru je terjebak dengan hobby ni.. so my collection only seciput. tak macam kawan-kawan yang lain.. dah beratus pins dah mereka kumpul..

Kami sampai awal di Melaka. Cafe pun belum buka lagi time tu tapi perut dah lapar ya amat.. so tunggu sekejap di The Rock Shop sambil tengok-tengok t-shirt, scaft dan pins.. yong belum pernah beli mana-mana koleksi pins from Hard Rock Cafe Melaka.. So that day memang decide akan beli walaupun satu pins.




Since we all dah lapar. Sampai je sana terus pilih menu nak makan.. OMG! banyak pula menu. blur yong nak order di saat itu.. Jom kita tengok apa menu yang we all order...





Iwa punya menu. Nampak menarik kan. Sedap katanya :) portion pun besar. puas hati.



Taraaa! ni adik Zul punya.. setengah ekor ayam dia makan.. fuh! makan ke apa tu Yong pun kurang pasti. yang penting habis oke beliau makan ayam itu.. hehe ok next time Yong nak order yang tu pula. tapi dengan syarat sehari sebelum tu kena puasa dulu dan lepas makan kena jogging pagi dan petang selama seminggu hehehe




Menu Abang Alif. Peminat ayam tegar. bab sayur tu kurang pasti beliau minat juga ke tak haha. tapi sayur tu nampak colorful kan.. menyelerakan.. besar juga portion nya. harga berpatutan sebab malam tengahari kenyang sampai malam. 




haaa ini baru menu yong.. macaroni cheese dengan ayam. sedap. rasanya ini bukan menu diet kot :p



meriah kan tengok gambar makanan ni. nak repeat lagi nanti yay!



Burger ni Nuqman punya.. besar oke.. makan beger je pun dah kenyang belum sentuh fries lagi.. adeh.. hebat betol makan makanan besar-besar gini...



nampak gaya tu? Nuqman anda memang HEBAT! 






Sempat celebrate Birthday Iwa di Hard Rock Cafe.. wah bestnya bila reramai di situ sama-sama menyanyi lagu Happy Birthday untuk Iwa.. paling best bab makanan tu la..brownie dengan aiskrim vanilla. Sangat sedap walaupun manis. haha sekali sekala oke la makan. kalau makan selalu boleh kencing manis oke.. heee





Lepas makan we all teruskan aktiviti dengan main Board Games. ada dua permainan dan sangat best sekali.. lepas ni boleh la nak cari board games pula buat main bersama family.





Patut 7 orang tapi 2 orang tak dapat hadir.. so ada lima je orang yang  datang..5 jam juga di sana..macam-macam yang dibualkan..ingat ke mereka tak nak balik rumah dah haha next time kita gathering lagi okies?




gambar wajib la kan amik depan Hard Rock Cafe :)





HRC Geng Family :)




cute kan?? lepas keluar dari Hard Rock we all ke gerai-gerai cenderamata berdekatan situ.




Thanks all yang tolong snap gambar yong ya.. rasa jadi retis sat hahaha. apa pun u all memang thorbaekkk :)  Anyone yang nak ke Hard Rock Melaka. ini boleh ke alamat yang tertera

Address:
No.28 Lorong Hang Jebat 75200, Melaka, Malaysia
or just clik HERE

05 March 2014

IT'S ALL ABOUT HARD ROCK CAFE PINS

Hard Rock Cafe Pins? apa tu ye? 


yeah! first time yong dapat soalan bertanyakan tentang Hard Rock Cafe Pins 3 minggu lepas.. 


time tu terus blur.. apa benda la agak nya tu kan.. memang pernah ke Hard Rock Cafe tapi tak pernah tahu pun tentang Pins yang dikatakan tu.. So mari lah kita tengok gambar selanjutnya..



Since yong buat promosi tentang T-shirt Hard Rock Cafe, ramai juga yong dapat kenalan baru. Tak sangka pula ramai yang meminati t-shirt Hard Rock Cafe ni kan?.. So dah tahu dah yang Hard Rock Cafe Surfers Paradise 
lokasinya 600 meter je dari our hotel yang kami stay maka haruslah ke situ 
kerap sikit kan? :P



Yong kenal tentang Hard Rock Cafe pins ni pun from my new friend, Mr Z 
(bukan nama sebenar LOL ).. beliau ni pengumpul Hard Rock Cafe Pins tegar kat
Malaysia ni.. banyak betul koleksi beliau..rasanya asal tengok pins je beliau 
beli. So koleksi yang beliau ada bukan je from Malaysia, malah banyak 
dari negara luar juga.. Sangat cantik dan unik pula tu.. Jeles pula yong..
Dan jika anda juga salah seorang dari collector Hard Rock Cafe Pins,  
boleh la hubungi yong oke?




Gambar wajib snap tanda dah sampai sini





So di Hard Rock Cafe Suffer Paradise yong hanya membeli beberapa pins je.. for me only 2 pins. Yang selebihnya, orang lain punya.. di bawah ni antara koleksi yang ada.. tak banyak pun stock yang ada di sana masa tu tapi alhamdulillah dapat juga bawa balik pins from Suffer Paradise.. kalau tak nanti Mr.Z terjun laut di Sabah nun :p








Unik kan? kecil dan berharga pula tu. kalau hilang boleh tahap menangis juga awww haha


Antara koleksi Mr.Z . Yang ni baru satu board je ni tau.. yang belum ada di board tak sempat nak kira lagi katanya hehe maybe next entry will update ya :)



So disebabkan dah beli pins from negara luar. Maka macam tak lengkap jika tak singgah di negara sendiri pula kan..apatah lagi di negeri sendiri.. Maka bila sampai je di utara yong sempat juga singgah ke Hard Rock Hotel di Batu Feringghi, Penang... Thanks to my partner, Nadd Jane yang sudi teman yong ye hari tu :)









one day nak stay di hotel ni dengan member.. yeah! will make it happen babe!


Ok, tanpa membuang masa, tujuan pertama datang sini sebab nak beli pins dan Hard Rock Charm. Tapi apakan daya, charm saja takda, So yong beli la bracelet sekali bersama barang-barang lain.. Nampak tak? nak beli pins je mulanya.tu cemana boleh p beli barang lain pula tu.. (penyakit boros dah mai dah :P ) sekali bawa balik bracelet also wristlet from Hard Rock T__T




cantik kan?? next time nak kumpul charm from Paris dan negara lain pula.







Antara Pins from Hard Rock Penang... so agak puas hati.. baru nak masuk 3 minggu kenal Hard Rock pins tapi dah berjaya kumpul beberapa pins from beberapa negara.. yeah!



My mentor pun ada cakap yang yong sesuai nak kumpul Hard Rock Pins ni sebab :

~kecil
~mudah dibawa
~exclusive 


so bermulalah pengembaraan saya sebagai collector Hard Rock Pins tapi belum lagi lah se"TEGAR" Mr.Z kan? thanks banyak beri tunjuk ajar ya. Dari zero knowledge now yong dah faham sikit tentang benda alah ni....yay!



notakaki: ada orang cakap, pins ni exclusive. nanti makin lama makin mahal. boleh jual 3 kali ganda dari harga sebenar. WHAT! kalah rantai emas daku ... LOL! tapi kalo dah sayang.. nak jual memang meraung juga nih kan. jadi kena simpan elok-elok la jawabnya.



oke sekian :) selamat membaca. Hubungi saya jika anda juga meminati Hard Rock Cafe Pins..


Next trip is Shanghai.. nak follow yong? text me ya!



love,
Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com



Archive

About Me