Hi ampa. Hari ni yong nak share satu lagi restoren yang Yong berjaya singgah pada Sabtu lepas.
Alang-alang out-station kan, wajib la try tempat makan di area yang berdekatan. So this time Yong cuba cafe Big Tas Tea area Perda, Bukit Mertajam.
Banyak juga menu yang menarik tau. Malam tu yong bersama kak Wani Ameen & along Farah Eliana order Nasi Kukus Grill Chicken, Spaghetti & Korean Chicken. Air order chocolate ice & air kosong sahaja.
Semua makanan ni kami share 3 orang. Haha puas hati sungguh makan. Semua makanan ni sedap belaka. Takda apa yang boleh Yong komplen haha 😆
Bukan yong je makan licin, kawan-kawan pun licin gak wehhh. Yang paling terkejut bila tengok air depa. Mak datokkk, air chocolate yang kami order kemain besaq. Memang kena share 3 orang. Itu pun gaduh suruh habiskan. PADU habis aww rasa air chocolate depa. Sekali sedut pun dah kata “sedapnyaaaaa”.
Korean chicken tu first time yong try tau. Ehhh serius hat nih. Sos dia tu memang rasa korean betoi. Tak rugi order. Masing-masing makan tanpa rasa bersalah. Sekali sekala takpa kan?
Pasni korang pun cubalah datang ke Big Tas Tea cawangan berdekatan. Kat Sg Petani pun dah ada rasanya cuma yong je belum sampai lagi.
Orang Penang boleh la p Big Tas Tea Perda okeyyyy. Waze aje terus sampai. Parking pun senang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment