24 November 2019

FRIES WITH CHEESE SAUCE

Hai semua! Selamat berhujung minggu. Nak makan apa ye hari ni untuk kudap-kudapan.

Apa kata kita goreng fries nak? Selalu makan dengan sos aje. Jom makan fries dengan cheese pula okay tak?

Aisyah anak yong ni suka sangat makan fries. Kadang duduk saja-saja dia main order je “mama, nak fries”. Maka sebagai mama penyayang mama buatkan jelah untuk anak mama nih.




So kali ni since baru beli fries. Mama belikan juga serbuk cheese. Beli peket kecil je sebab pertama kali nak cuba. Yong beli di kedai bakeri je nih. Ada macam-macam jenis rupanya serbuk cheese ni tau. Yong pilih cheese for wedges.


Mudah je nak bancuh. Bancuh serbuk cheese tu dengan air panas. Nak bancuh cair atau pekat ikut suka korang. Mana-mana pun boleh.



So dah goreng fries ni boleh la letak sos dan cheese atas dia. Terbaik weh. Sedappp.

Lepas ni boleh cuba makan dengan wedges dan hotdog pula. Macam makan di kedai gitu. Best aww. ðŸ˜‹

Cubalah nanti k.

No comments:

Archive

About Me