Selamat Tengahari 🙋🏼♀️
Hari ni Yong nak kongsi sedikit pengalaman Yong stay di Trefoil Service Apartment di Setia Alam.
Actually this is my third time stay here. Sebab utama stay kat sini sebab ada event di Setia Alam Convention Center (SCCC).
So ia memudahkan urusan Yong la jadinya bila stay kat sini. Kadang event ada yang berhari-hari. Jadi elok la stay kat Trefoil aje sebab boleh jalan kaki aje from SCCC. Tak jauh pun.
Yong suka stay sini sebab ada pelbagai kemudahan. Selain dari bilik yang berdekorasi menarik. Ada shower, toilet, small kitchen, kemudahan peti ais, hair dryer, cerek elektrik, iron & board juga ada tv & wifi sekali.
Di apartment ni juga ada kemudahan gym, swimming pool, tennis court, sauna dan tempat riadah. Best giler! Yong dah siap buat jadual aktiviti dengan kawan-kawan sepanjang kami stay di sini.
Untuk trip kali ni kami ke Setia Alam untuk menghadiri Majlis Ulang Tahun Shom yang ke-27 di SCCC. Yong bersama Kak Wani, Kak Sue, Along Farah dan Kak Zue.
We all gerak dari utara around 1 pm. Sampai ke Setia Alam pukul 6 pm. After check in, masuk je bilik yong terus masak nasi. Haha Lapar weh. Seharian tak makan. Lunch jamah daun salad aje huhu
Rice cooker yong bawa nasi rumah. Selalunya bila stay sini Yong akan ke Setia Alam Mall yang berdepan dengan Trefoil apartment ni je.
Mall ni besar. Pelbagai cafe ada. Food court pun ada. Cuma kali ni saja Yong nak cuba rasai pengalaman berkelah dengan kawan-kawan. So yong bawa la periuk nasi kecil ke sini.
Yong dah pesan pada kawan-kawan, kita ni bermusafir jangan banyak songeh. Enjoy je pengalaman kita sepanjang bermusafir. Jangan merungut. Allah tak suka.
Maka malam tu kami dinner simple je. Nasi panas-panas, sambal ikan bilis pedas masakan Yong, salad dan timur Yong bawa, telur rebus dan sambal kering Langkawi Kak Su bawa. Kuih muih hasil tangan mak Along Farah bawa. Enjoy makan memasing. Takda sapa merungut. Bertambah nasi ada la 🤣
Usai makan malam. Terus kami bersiap ke tingkat 7 iaitu lokasi tempat riadah. Spend masa around 45 minit kat situ sambil bersauna sebelum tempat tu close pukul 10pm. Best nya sauna. Hilang kejap rasa bersalah makan banyak kejap tadi tu hihi
Esoknya pula awal pagi lagi kami ke gym. Dapatlah slow walk, berbasikal dan guna peralatan gym sesambil tengok orang berenang kat swimming pool dan tengok pemandangan cantik. Enjoy sangat! 🥰
Alhamdulillah selesai buat aktiviti. Barulah kami naik bilik dan bersiap untuk hadiri majlis. Memasing bersiap sampai jadi cun sangat. Nampak aura kegembiraan di wajah mereka.
Semangat begini yang kami bawa balik ke utara. InsyaAllah next time boleh stay sini lagi. Harga pun tak mahal. Satu malam around Rm150-180 macam tu je kami spend sepanjang 3x stay kat sini.
Next time nak bawa anak pun boleh. Berdepan dengan Setia Alam Mall ni ada padang luas tau. Boleh buat pelbagai aktiviti dengan anak-anak di sini. Ramai orang datang beriadah waktu petang.
Okay sampai sini je coretan Yong. Thank you sudi baca sampai habis. Thanks kawan-kawan join trip kali ni. Thank you partner datang jauh dan dekat. Sayanggg korang 🥰
No comments:
Post a Comment