11 December 2025

360 Thera Socks: Revolusi Stokin Pintar Untuk Kesihatan Kaki

Kesihatan kaki sering menjadi aspek yang kita terlepas pandang, sedangkan ia sebenarnya memainkan peranan besar dalam menentukan kesejahteraan keseluruhan tubuh. 

Menyedari kepentingan ini, hadirnya 360 Thera Socks—stokin inovatif yang menggabungkan keselesaan, fungsi, dan teknologi terkini untuk memberi solusi menyeluruh kepada kesihatan kaki.

Tidak seperti stokin biasa, 360 Thera Socks direka menggunakan teknologi moden bagi membantu meningkatkan peredaran darah serta menyokong kesihatan kaki harian.

Kenapa Kesihatan Kaki Sangat Penting?

Kaki hanya memiliki 26 tulang, tetapi perlu menampung seluruh berat badan kita setiap hari. Mereka bekerja keras untuk:
✔ Menyokong keseimbangan badan
✔ Menyerap hentakan ketika berjalan atau berlari
✔ Membantu pergerakan harian

Tekanan yang kaki tanggung juga bukan sedikit:

  • Berdiri → 2x berat badan

  • Berjalan → 3x berat badan

  • Berlari → 4x berat badan

Sebab itu, penjagaan kaki sangat penting untuk mengelakkan masalah seperti sakit kaki, bengkak, atau gangguan peredaran darah.

Ciri-Ciri Terbaik 360 Thera Socks

1. Jahitan Minimal – Rasa Lebih Selesa

Teknologi jahitan minimal membantu mengurangkan geseran pada kulit, menjadikan ia selesa walaupun dipakai lama.

2. Menyerap Peluh Dengan Efektif

Materialnya menyerap kelembapan dengan cepat untuk memastikan kaki kekal kering dan segar sepanjang hari.

3. Fit yang Sempurna

Direka untuk mengikut bentuk kaki tanpa ruang berlebihan, memberi keselesaan optimum.

4. Daya Regangan Tinggi

Walaupun dicuci berkali-kali, ia kekal dalam bentuk asal dan tidak mudah melonggar.

5. Fungsi Kesihatan Tambahan

Menggunakan benang khas FIR + Graphene untuk:

  • Meningkatkan peredaran darah

  • Mengurangkan bakteria

  • Menyokong kesihatan kaki secara menyeluruh

Teknologi di Sebalik 360 Thera Socks

Benang stokin ini dihasilkan dengan elemen FIR dan Graphene sejak dari proses awal.

  • FIR (Far Infrared Radiation) membantu meningkatkan peredaran darah apabila terkena suhu badan.

  • Graphene pula terkenal dengan sifat antibakteria, sesuai untuk pemakaian harian dan aktiviti aktif.

Setiap stokin dihasilkan dengan mesin khas yang mengait satu demi satu untuk ketelitian maksimum, dan bahagian penting seperti atas dan hujung jari dijahit secara manual untuk memastikan keselesaan.

Kebaikan Menggunakan 360 Thera Socks

1. Menghangatkan Badan Dengan Selesa

FIR membantu meningkatkan suhu dalaman tanpa memberikan rasa panas melampau.

2. Gradual Compression

Tekanan berperingkat meningkatkan aliran darah, amat membantu bagi mereka yang duduk lama atau banyak berjalan.

3. Rekaan 360 Tanpa Sudut Tumit

Lebih sesuai untuk semua bentuk kaki dan mengurangkan geseran.

4. Kualiti Jahitan Yang Lebih Halus

Tiada rasa tebal atau keras pada jahitan—sesuai dipakai sepanjang hari.

Siapa Yang Sesuai Guna 360 Thera Socks?

✔ Pekerja pejabat yang duduk lama
✔ Pekerja lapangan yang banyak bergerak
✔ Orang yang ada masalah peredaran darah
✔ Mereka yang selalu rasa sejuk pada kaki
✔ Individu aktif bersukan
✔ Mereka yang ingin tidur lebih selesa

Dengan gabungan keselesaan dan fungsi kesihatan, 360 Thera Socks adalah pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan kaki secara moden dan efektif.

Jika nak tahu lebih lanjut atau ingin dapatkan sepasang, boleh Whatsapp Ain - 0166933614

Jom cuba 360 Thera Socks & rasai sendiri perubahannya! 











14 December 2019

BIG TAS TEA PERDA, BUKIT MERTAJAM

Hi ampa. Hari ni yong nak share satu lagi restoren yang Yong berjaya singgah pada Sabtu lepas.

Alang-alang out-station kan, wajib la try tempat makan di area yang berdekatan. So this time Yong cuba cafe Big Tas Tea area Perda, Bukit Mertajam.


Banyak juga menu yang menarik tau. Malam tu yong bersama kak Wani Ameen & along Farah Eliana order Nasi Kukus Grill Chicken, Spaghetti & Korean Chicken. Air order chocolate ice & air kosong sahaja.

Semua makanan ni kami share 3 orang. Haha puas hati sungguh makan. Semua makanan ni sedap belaka. Takda apa yang boleh Yong komplen haha 😆






Bukan yong je makan licin, kawan-kawan pun licin gak wehhh. Yang paling terkejut bila tengok air depa. Mak datokkk, air chocolate yang kami order kemain besaq. Memang kena share 3 orang. Itu pun gaduh suruh habiskan. PADU habis aww rasa air chocolate depa. Sekali sedut pun dah kata “sedapnyaaaaa”.

Korean chicken tu first time yong try tau. Ehhh serius hat nih. Sos dia tu memang rasa korean betoi. Tak rugi order. Masing-masing makan tanpa rasa bersalah. Sekali sekala takpa kan?

Pasni korang pun cubalah datang ke Big Tas Tea cawangan berdekatan. Kat Sg Petani pun dah ada rasanya cuma yong je belum sampai lagi.

Orang Penang boleh la p Big Tas Tea Perda okeyyyy. Waze aje terus sampai. Parking pun senang.
Sekian.


SET TARGET

Kegagalan hanyalah kejayaan yang tertangguh. Teruskan usaha, perbaiki kelemahan. Belajar dan terus belajar.

Bagi Yong sendiri, proses pembelajaran takkan terhenti. Kejayaan hanyalah sebuah perjalanan. Nikmatilah ia.

Jadi buat usahawan baru atau yang dah lama. Yong nak share sedikit tips pagi ni. Dalam proses kita berniaga, kita akan belajar menjual, belajar cara dapatkan customer, belajar bagaimana nak branding kan diri kita, belajar ada kumpulan, follow up dan banyak lagi.

Cuma Yong nak INGATKAN. Apa jua yang kita belajar, korang jangan lupa SET TARGET tau 🎯

Boleh buat target jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Sibukkan hal lain tapi lupa target tiada gunanya guys.

Umpama berjalan namun tak tahu mana nak tuju. PENTING sangat bab target ni. Sebelum masuk tahun 2020. Boleh la sediakan satu buku dan start menulis target anda.

Moga bermanfaat.
#SHARE post ini untuk sahabat yang lain.

Ain Zulkarnaind
- dah mula menulis

13 December 2019

POPIA TELUR MUDAH

APA NAK BUAT DENGAN STOK PUTIH TELUR YANG BANYAK NI?
Haaa ini jawapannya ⤵️⤵️⤵️

Kita buat POPIA TELUR MUDAH!

Gituuu nama resepinya haha. Stok putih telur banyak sangat guys dalam peti ais. Jenuh memikir nak masak apa. Kuning telur dah selamat jadi JALA EMAS dah. Si putih telur meh akak popiakan je hehe

Bahan-bahan mudah jur.
Kulit popia size kecil/besar
Putih telur
Minyak/butter/marjerin
Perasa (tengok gambar)
Tambahan : crab stick & sosej

Cara-cara:
• Panaskan marjerin
• Masukkan putih telur dan masukkan geng perasa pastu gaul gaul sampai jadi scramble-eggs.
• Masukkan crab stick & sosej. Gaul sampai masak.
• Sediakan kulit popia. Yong guna size yang besar. Sengaja amik size besar sebab nak makan popia goreng gemok montel. Kikiki
• Okay dah boleh start menggulung pastu goreng.
• Dah siappppp! Jemput makan ye.

Marjerin dipanaskan

Masukkan putih telur

Another bekas putih telur

Masukkan garam

Masukkan perasa

Lada hitam sarawak

kacaukan dia yeee

Masukkan crab stick dan sosej



Kalau takda takpa tau. Kebetulan ada, boh ja semua okay.

Gaul aje semua

Tambahan. Serbuk Cheese.

Cheese sekeping. Takda pun takda hal okay

Dah boleh start menggulung.


Gemuk montel popia kita hehe

Start menggoreng. Api jangan kuat sangat k



Jemput makan. Rangupnyaaaa! 


#Share jika bermanfaat.
Ain Zulkarnaind
- suka masak kuih


BILA DIRI SENDIRI DIUJI

Yong suka baca buku. Dari kecil Yong suka membaca cuma bila makin dewasa Yong lupa akan hobi Yong yang satu ini.

Now, Yong suka baca buku motivasi, buku yang beri manfaat dan inspirasi buat Yong. Then Yong suka kongsikan pula ilmu Yong dapat pada orang lain.



Cuma sometimes apa ilmu yang Yong kongsikan itu berbalik semula pada Yong. Yong banyak baca kisah jatuh bangun seseorang. Bagaimana orang boleh BANGKIT SEMULA setelah dia "jatuh" berkali-kali.


MasyaAllah TabarakAllah.

Mudah je kita membaca dan dengar kisah orang. Cuma bila kena pada kita. Allah sahaja yang tahu apa yang jadi pada kita.

Bila diri sendiri diuji baru faham bagaimana perasaan itu. Baru belajar bagaimana proses nak BANGKIT tu. Sesungguhnya IMAN dalam hati tu paling penting kerana bila kita jatuh bukan mudah nak bangun semula. Kebiasaan orang akan terus putus asa, larikan diri dan bersembunyi.

Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita.

Dugaan dan ujian yang kita terima itu memang ujian yang boleh kita tanggung/hadapi. Cakap memang mudah. Nak buat tu bukan senang kan?


Masa inilah Allah nak tengok kita. Masih boleh senyum ke kita? Masih boleh ketawa ke kita? Boleh bersyukur ke kita? Makin jauh atau dekat kita dengan Allah?

Allah.
Berat sungguh nak bercerita. Berat sungguh nak BANGUN semula. Semua ini atas izin Allah.
Jatuh berkali-kali tetap BANGKIT kerana Allah Taala.


SubhanaAllah.


28 November 2019

CARA UKUR PREMIUM BEAUTIFUL THERA PANTS

Assalamualaikum, hari ni Yong nak kongsikan pula cara untuk mengetahui size THERAPANTS anda.

Ok mula-mula sekali anda sediakan tali tape dan tengok di bahagian cm.. Ingat ye sentimeter. Bukan ukuran dalam inci.

Anda hanya perlu ukur dua bahagian iaitu ukur di bahagian pinggang dan puncak punggung.

Dan boleh terus whatsapp saya untuk check size terkini anda.




Setakat ni client yang pakai Thera Pant bukan hanya nak turunkan berat badan semata-mata. Ramai yang sarung seluar magik slim ni untuk bantu hilangkan sakit badan, sakit kaki, selain dari bantu kempiskan perut dan kecilkan peha.

























InsyaAllah, kita ikhtiar dengan Thera Pant. Moga segala sakit-sakit yang kita alami makin berkurang dengan izin Allah. Dah rasa kebaikan TheraPant? Jangan lupa kongsikan dengan orang sekeliling ya.


Ain Zulkarnaind
016-6933614 (Sms/Whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


TAHNIAH QUALIFIER LOKET EMAS BULAN OKTOBER!



Seronoknya bila dapat hadiah EMAS!

Tahniah diucapkan kepada semua qualifier cabaran loket emas untuk bulan Oktober. Kalian menjadi inspirasi buat sahabat-sahabat yang lain.

Bukan main berseri lagi wajah mereka bersama pemimpin. InsyaAllah setiap bulan makin bertambah qualifier dalam kumpulan.



Tak lengkap rasanya bila hadir ke class tanpa dengar kata-kata motivasi daripada mentor. Terus rasa berasap telinga. Panas bontot nih ui! Haha





Tahun 2020 kita siapkan result lebih cemerlang bersama kumpulan. Pasti boleh! 💪🏼💪🏼💪🏼


27 November 2019

TIPS GAYA HIDUP SIHAT

Makan makanan yang sihat, bersenam secara konsisten dan tidak merokok adalah amalan gaya hidup yang sihat.

Ya, memang benar tiga elemen tersebut mempengaruhi faktor hidup yang sihat dan kesihatan kita. 😊

Pagi ini yong kongsikan tip yang boleh membantu tingkatkan gaya sihat seperti ;

✔️ Selalu aktif. Jangan duduk terlalu lama depan komputer atau televisyen. Sekala sekala bangun bergerak dan kekal aktif ya.
✔️ Sinar matahari pagi baik untuk kesihatan untuk mengeluarkan vitamin D. Vitamin D berfungsi untuk mengelak penyakit jantung dan mencegah osteoporosis. Time ni sesuai nak berkebun dan morning walk di taman kan?
✔️ Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan.
✔️Amalan bersenam. Rutin bersenam 30 minit setiap hari sekurang-kurang bantu mengekalkan kecergasan tubuh.
✔️ Berhenti merokok. NO! NO! NO! Katakan tidak kepada merokok.
Tahukah anda kandungan nikotin itu bahaya untuk tubuh. Sayangi diri anda. 😵

Sama-sama kita ingat mengingati sesama kita. Have a nice day.



Ain Zulkarnaind
- Kita kan saling memerlukan 😍

Archive

About Me